Showing posts with label Pemandu. Show all posts
Showing posts with label Pemandu. Show all posts

06 May, 2010

Saya Anti Rasuah Dengan Tidak Memberi Rasuah!

Sudah sembilan belas tahu Aku memandu dan menunggang motorsikal. Sudah banyak pengalaman berdepan dengan pihak berkuasa semasa memandu dan menunggang motorsikal. Jadi cerita ini berkisar dari pengalaman tersebut.

Sepanjang tempoh tersebut sudah empat kali Aku di saman. Tiga daripadanya merupakan saman memandu melebihi had laju dan bakinya merupakan saman akibat kesalahan meletakkan kenderaan. Pada kebanyakkan masa Aku sebenarnya sedar ketika melakukan kesalahan tersebut. Sengaja melakukannya dan telah bersedia mengambil risiko.


Kalau sudah bersedia mengambil risiko dan kemudiannya di tahan Polis, besedialah pula untuk menerima surat saman!  Jangan berikan pelbagai alasan untuk melengah-lengah cerita.  Mengaku sahaja kesalahan tersebut dengan sejujurnya. Mungkin kalau bernasib baik akan dilepaskan tetapi jangan sekali-kali cuba menutup kesalahan dengan cuba menyogok penjawat awam itu! Itu tindakkan yang tidak "gentleman" langsung!



Pada pendapat Aku, jika tiada "pemberi" tentunya tiada "penerima" dan pembuka jalan bagi amalan rasuah bermula dari pihak yang melakukan kesalahan!  Ya.. kita (masyarakat)!  Amalan menyogok (rasuah) ini sememangnya perosak kepada sistem undang-undang.  Prinsip hidup Aku amat jelas iaitu menolak amalan tersebut dan Aku tidak mahu menjadi penyumbang kepada kerosakkan sistem undang-undang negara tercinta ini.

Kita asyik menyalahkan pihak Polis itu dan ini. Macam-macam tohmahan yang dilemparkan kepada mereka.  Mungkin ada yang kurang setuju dengan kenyataan tersebut, tetapi berdasarkan pengalaman itulah hakikatnya, rasuah berpunca dari pihak yang konon-kononnya berani mengambil risiko tetapi bila tertangkap akibat dari kesalahan yang dilakukan, tidak berani menerima akibatnya! Hipokrit!

Saya anti rasuah dengan tidak memberi rasuah!

22 April, 2010

Berhati-hati Ketika Memotong "Low Loader"

Hari Sabtu yang lepas kami sekeluarga balik ke Seremban.  Setengah jam memulakan perjalanan, Aku memotong sebuah "low loader" kosong yang dipandu agak laju.  Ketika betul-betul berada disebelah kenderaan tersebut, tiba-tiba seketul batu bata mengelungsur daripada "low loader" tersebut dan terus mengenai bahagian bawah kiri kereta yang dipandu..



Bunyinya amat kuat sehinggakan semua yang ada didalam kereta terjaga!  Nasib baik juga, ia terkena dibahagian kiri tepi bawah kereta. Kalau ia mengelunsur dan terkena di bahagian hadapan mungkin banyak kerosakkan yang akan berlaku dan kemungkinan paling teruk ialah kemalangan!




Aku pun tidak faham kenapa perlu untuk mereka (pemandu) ini membiarkan batu atau kayu di atas pelantar "low loader" kosong! Sepatutnya mereka memastikan bahawa tiada benda asing yang terdapat dia atas pelantar tersebut sebelum memulakan perjalanan.  Akibat sikap tidak perihatin mereka mungkin akan menyebabkan kemalangan!

Walau apa pun jika didalam perjalanan ternampak "low loader", berhati-hati ketika hendak memotongnya.   Dikhuatiri ada kayu beluti atau batu bata yang digunakan untuk menyendal jentera berat yang telah tertinggal dan boleh jatuh bila-bila masa diatas jalan raya!

Kredit (gambar) - http://www.mudah.my

11 March, 2010

Lepas SPM.. Part 2

Kejadian ini berlaku ketika di dewan ujian untuk peperiksaan bertulis.. Untuk melayakkan Aku mendapat Lesen Belajar Memandu "L".

Seperti biasa kami di minta seorang demi seorang, untuk membaca carta yang mengandungi aksara untuk menentukan keadaan pengelihatan sebelum dibenarkan masuk ke dewan untuk menduduki ujian bertulis.



Kami cuma dikehendaki menyebut apa yang ditunjukkan secara rawak sahaja. Tidaklah sesusah mana pun.. bahkan untuk yang rabun pun amat mudah. (dengan syarat kena pakai kaca mata lah), kalau tak tentu semuanya kabur!

Kemudian tiba giliran seorang yang pemuda yang hampir sebaya dengan Aku. Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan memintanya menyebut huruf yang beliau tunjukkan..

Pegawai: Ini huruf apa?
Pemuda: "A"
Pegawai: Bagus. Yang ini pula?
Pemuda: "B" eh bukan "D" eh..
Pegawai: Kenapa dengan Awak ni? Awak rabun ke?
Pemuda: Tak.. 
Pegawai: Habis tu?
Pemuda: Errr.. Saya tak tahu membaca!
Pegawai: Laaa... macam mana kamu hendak ambil ujian bertulis nih?

Rupa-rupanya sejak dari tadi, pemuda tersebut menghafal jawapan yang orang lain berikan. Tapi macam mana nak hafal kalau semuanya ditunjukkan secara rawak?  Kasihan sungguh Aku padanya.

Balik dari menduduki ujian, Aku menceritakan perkara itu pada Abah. Menurut Abah, di zamannya ujian untuk mengambil lesen belajar memandu dijalankan secara temuduga. Oh! Mungkin pemuda tadi diberikan "option" tersebut. Jadi tak perlulah Aku risaukannya :D

Sekarang ujian memandu bertulis sudah tiada lagi, sudah diganti dengan ujian berkomputer. Lebih cepat dan efisien tetapi kalau masih tidak tahu membaca tetap tidak boleh lulus!

Gambar, kredit - http://www.allaboutvision.com/eye-test/

10 March, 2010

Lepas SPM.. Part 1

Sembilan belas tahun dahulu, Sebaik sahaja tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional... 

Ada lebih kurang tiga bulan sebelum keputusan peperiksaan diumumkan. Pada masa itu Aku tercari-cari aktiviti yang sesuai untuk dilakukan. Tiba-tiba Abah mencadangkan supaya Aku belajar memandu dan Aku terus sahaja bersetuju dengan cadangannya tanpa berfikir panjang.. "Cool".

Keesokan harinya Aku terus mendaftar di sekolah memandu. Pada masa itu, Modul Kurus Pemanduan Berhemah selama lapan jam baharu sahaja diperkenalkan Jabatan Pengangkutan Jalan. Kalau tak silap, kami merupakan "batch" kedua yang menghadirinya. Pada masa tersebut, yuran belajar memandu boleh dirunding. Maksudnya jika sudah pandai membawa kereta atau menunggang motorsikal, yuran yang dikenakan lebih rendah dan begitu juga sebaliknya. Belajar memandu dan menunggang juga tidak perlu ikut jam. Kalau rajin hari-hari pun boleh berlatih dan itu pun yang Aku lakukan.

Disebabkan Aku menumpang Abah setiap pagi untuk ke sekolah memandu, Aku tiba awal sebelum sekolah memandu itu dibuka! Bila staff sekolah memandu itu tiba, Aku membantu mereka membuka pintu "shutter" dan mengeluarkan motorsikal dari dalam premis.

Sepanjang hampir dua bulan Aku seolah-olah sebahagian daripada staff sekolah memandu tersebut. Manakan tidak, setelah membantu mengeluarkan motorsikal, Aku diminta oleh mereka untuk mengisi minyak motorsikal sebelum ke padang latihan!  Tetapi tidak mengapa kerana Aku suka berbuat begitu. Kepercayaan yang mereka berikan menambahkan lagi keyakinan bila menunggang motorsikal cuma yang tidak seronok ialah motorsikal itu ada logo "L" yang amat besar! Untuk menyedapkan hati Aku anggap "L" itu bermaksud laju! Hehe..




Bila tiba dipadang latihan, Aku melakukan latihan seperti yang diarahkan oleh "instructor". Bila sudah lengkap rutin latihan motorsikal, Aku memulakan latihan memandu kereta pula. Begitulah rutin harian sepanjang hampir dua bulan.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah Aku lulus kedua-dua ujian. Mulalah berangan-angan untuk memandu kereta ke sekolah apabila mengambil keputusan SPMV nanti. Menurut "instructor" lesen Aku akan siap dalam masa seminggu.

Seminggu berlalu, akhirnya Aku mendapat panggilan daripada sekolah memandu memberitahu bahawa lesen memandu Aku telah siap. Gembira bukan kepalang.  Petang itu juga Aku mengambilnya. Malam itu, Aku mendapat berita yang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional akan dikeluarkan esok.  Terus memberitahu Abah akan hajat untuk meminjam keretanya untuk mengambil keputusan SPMV.

Abah selamba menjawab..

"Baru dapat lesen sehari dah sibuk nak bawa kereta!, Dah, esok pergi ke sekolah naik bas aje"

Hehehe.. Oh! Zaman itu lesen  "P" belum diwujudkan lagi.

Gambar, kredit - http://cha86.blogspot.com/

01 March, 2010

Split Personality?

Personaliti kita berubah sebaik sahaja memasuki kereta. Kalau di rumah kita seorang bapa atau isteri yang penyayang, sebaik sahaja menekan pedal minyak semuanya berubah menjadi pelumba kereta "Formula One!" Pantang dicabar! Sentiasa bersedia memberikan tindak balas.

Aku berani mengatakan bahawa rakyat Malaysia sememangnya mempunyai "Split Personality" terutamanya mereka yang memandu kenderaan, lebih-lebih lagi penunggang motorsikal! Personaliti pertama ialah personaliti sebenar dan personaliti kedua sebagai ahli sukan ekstrim!



Memandu memang menyeronokan, meningkatkan kadar aliran adrenaline setara dengan sukan ekstrim. Mungkin ramai yang tidak sedar mengenainya. Jika anda memandu perasaanya sama seperti kita melakukan aksi-aksi didalam sukan ekstrim yang lain. Istilahnya kasarnya ialah "Berani Mati!"

Seperi peserta sukan ekstrim, risiko maksimum untuk mereka ialah kematian. Kematian yang seronok mungkin? Patutlah kempen keselamatan jalan raya di Malaysia tidak pernah berkesan! Mereka seronok melakukannya...


16 February, 2010

Basah Tapi Tidak Hujan!

Kalaulah pemandu kereta tadi perihatin, tentu Aku tidak basah. Mungkin beliau tidak perasan. Tidak mengapa kerana Aku telah memaafkannya. Maklumlah penunggang motorsikal mana ada yang ambil peduli.

Err Encik pemandu kereta, lain kali kalau hendak mencuci cermin pandang-pandanglah belakang, kiri dan kanan juga!




17 January, 2010

Boleh Hilang Darah Sekejap Bila..

Perkara-perkara yang boleh buat kita hilang darah sekejap (Dari perspektif penunggang motorsikal) :

1. Kena hon dengan lori!
2. Kenderaan dihadapan tiba-tiba menukar lorang secara tiba-tiba.
3. Kena himpit dengan kenderaan lain.
4. Tiba-tiba kenderaan dihadapan membrek secara mengejut.
5. Nampak penunggang motorsikal lain jatuh depan mata.

Walau apa pun, amalkan pemanduan yang berhemah. Terutamanya "bikers". Kita ni kalau kemalangan sentiasa jadi mangsa, walapun tak salah!

06 January, 2010

Bahasa Pemandu

Aku senyum, mengangkat tangan dan memberi isyarat, tetapi pemandu disebelah masih lagi tidak faham. Mungkin dia menyangka Aku mahu menguratnya! Agak sukar untuk menukar lorong ketika kenderaan sedang banyak di atas jalan.  Mujur pemandu dibelakangnya memberi laluan. Alhamdulillah, masih ramai lagi pemandu di Malaysia yang berhati mulia!