Showing posts with label URL. Show all posts
Showing posts with label URL. Show all posts

19 April, 2010

Header | Banner Baru.. Yey!

Tiba-tiba teringatkan satu header banner yang terbengkalai, jadi dengan rajinnya Aku pun mula mengubah suai dan menyiapkannya untuk dipasang diblog. Tak sampai lima minit untuk disiapkan dan inilah hasilnya..


Ok sekarang blog ini sudah dikemaskinikan dengan Header | Banner yang baru.. Aku memang sukakan "artwork" yang seringkas mungkin.



08 April, 2010

Blog Ini Kembali Ke PR3

Segala usaha bertahun-tahun tiba-tiba lenyap. Sebelum menukar domain, blog ini sudahpun mencapai PR3. Memang pun sejak dari awal lagi Aku sudah menjangka yang PageRank akan terjejas jika Aku meneruskan hajat untuk bertukar ke "Custom Domain". Jadi, Aku terima dengan hati yang terbuka yang Aku akan bermula semula dari bawah.



Page Rank


Semalam cuba untuk menyemak semula PageRank blog ini menggunakan domain baru. Terkejut sekejap kerana ia sudah kembali berstatus PR3. Alhamdulillah! Aku sangat gembira. Selama sebulan blog ini tiada PageRank!



Apa itu PageRank?
Benefits on having a High PageRank (PR)
Google PageRank Checker



31 March, 2010

Blog Ini Sudah Berusia 6 Tahun!

Bulan April 2010, blog ini genap berusia 6 tahun! Itu tidak termasuk dengan beberapa halaman peribadi yang dibangunkan di Geocities dan Lycos. Kalau dicampur kesemuanya iaitu sejak mengenal dunia internet dan html, sudah lebih dua belas tahun mungkin. Secara spesifiknya berblog, sudah enam tahun!

Bermula dengan keseronokkan mencuba perkara baharu dan kemudiannya membuat beberapa "entry" tentang Nurin Iman. Blog ini pada awalnya terhad pada cerita berkenaan Nurin Iman sahaja selama beberapa tahun. Memang diakui Nurin Iman ialah pendorong untuk Aku berblog kerana ada sahaja keletahnya untuk dirakam dan diulas

Selama bertahun-tahun Aku tidak memandang blog ini secara serius. Menulis bila suka atau bila ada idea serta meninggalkannya dan kadang-kala terlupa blog ini wujud! Akhirnya pada akhir tahun 2009, Aku mengambil keputusan untuk membuat beberapa perubahan, terutamanya dari segi gaya penulisan menjadi lebih serius, lebih rasmi dan mengutamakan Bahasa Kebangsaan. Berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan bahasa rojak.

Untuk makluman, URL asal blog ini ialah http://cakkkkkkkkkk.blogspot.com yang dirasakan terlalu panjang dan sukar untuk diingati berdasarkan daripada respon dan teguran daripada rakan-rakan. Kemudian, Aku terfikir untuk menggantikkan URL yang panjang itu dengan yang lebih ringkas untuk mudah diingati. Segeralah Aku mencarinya..




Domain Name

Akhirnya "Domain Name" yang diidam-idamkan dapat diperolehi daripada http://www.co.cc, maka bermulalah blog  Anif.. Version 2.0 menggantikan tajuk dan tema lama,  Cakkkkkkkkkk!!!  - Life Little Surprises. - Rujuk "entry ini" - http://www.anif.co.cc/2010/01/domain-name-baru-yey.html

Gaya Penulisan

Sebenarnya gaya penulisan ini banyak dipengaruhi oleh beberapa blogger tegar yang telah diikuti sejak beberapa tahun yang lepas. Antaranya ialah abdullahjones, I am Stradust, The Wierd, The Fat & The Ugly, Adrina Adi dan lain-lain.  Aku sukakan gaya selamba penulisan mereka seolah-olah apa yang mereka fikirkan terus diterjemah ke keyboard untuk membentuk identiti penulisan tersendiri. Unik!

Mungkin cerita mereka biasa-biasa sahaja tetapi apa yang paling penting didalam kebiasaan pastinya tetap ada keistimewaan.

3 Column Layout

Berkenaan dengan format "3 Column Layout" , pertama kali Aku melihatnya ialah di blog The Wierd, The Fat & The Ugly, sejak itu Aku menyukai format "3 Column Layout" ini kerana ia memberi banyak ruang untuk melakukan susun atur dan memaparkan maklumat yang diinginkan di dalam satu halaman. Sehingga kini Aku masih lagi mengekalkan format "3 Column Layout" di blog ini.

Font

Blog ini pada asalnya menggunakkan font Arial dan sans-serif. Pada awal Februari 2010, Aku menukarnya kepada Comic Sans Ms Font.

Widgets

Dahulu blog ini dipenuhi dengan pelbagai "Widgets" yang menyebabkan "page loading" agak lambat. Akhirnya Aku mengambil keputusan untuk membuang "Widgets" yang dirasakan tidak perlu dan menggantikkan dengan yang penting sahaja untuk kelihatan lebih ringkas dan mempercepatkan "page loading".

Mozilla Firefox 

Blog ini cantik dan elok rupa parasnya bila dipaparkan menerusi pelayar Mozilla Firefox. Jika menggunakkan Internet Explorer terdapat beberapa masalah berkaitan dengan "font","link" dan "column" yang tidak dapat dipaparkan dengan betul.

Selain daripada itu blog ini juga serasi dengan Chrome dan Safari.

Mungkin ada satu dua perubahan yang bakal dilakukan di blog ini pada masa akan datang tetapi buat jangka masa terdekat ini Aku cukup berpuas hati dengannya. Walau apa pun "Blog Ini Sudah Berusia 6 Tahun!" Alhamdulilah, Aku masih lagi diberi kekuatan untuk menulis.


12 January, 2010

Domain Name Baru.. Yey!!

Secara rasminya hari ini Aku menukar "Domain Name!"  Sebenarnya sudah lama Aku menyimpan "Doamin Name" ini untuk kegunaan masa hadapan. Dengan kedatangan tahun 2010, inilah masa yang sesuai untuk membuat penghijrahan. Sekarang blog ini boleh di akses melalui http://www.anif.co.cc. Walau bagaimanapun, URL yang lama masih lagi boleh digunakan.

"Domain Name" ini diperolehi dari http://www.co.cc. Kalau bernasib baik, Anda mungkin boleh mendapat "Domain Name" yang bagus dan bersesuaian dengan konsep halaman web atau blog secara percuma. Tidak rugi untuk mencuba.

Tutorial untuk menukar "Domain Name & URL" dari standard blogger juga disediakan dengan terperinci di http://www.co.cc. Tetapi harus diingat, untuk menukar "Domain Name & URL" memerlukan perancangan yang rapi kerana banyak perkara yang berkait dengan "Domain Name & URL" akan terjejas sama contohnya seperti akaun Nuffnang dan Advertlets.

Bila sudah menukar Domain Name, jangan lupa pula untuk mengemaskini butiran "Domain Name & URL" terbaharu di Nuffnang, Advertlets dan lain-lain perkhidmatan berkaitan dengan "listing".

07 May, 2008

My New Domain & Url Redirection!

Semalam aku dah mendaftar di http://www.cc.co/ untuk menggunakkan perkhidmatan Url Redirection dan mendaftar domain name yang baru untuk blog ini. Maklumlah http://cakkkkkkkkkk.blogspot.com/ nih kadang-kadang susah nak ingat.

Untuk memudahkan rakan-rakan yang lain mengingati blog ini, Aku telah mendaftar domain http://www.anifmd.co.cc/.

Mulai sekarang selain daripada menggunakkan Url biasa, blog ini juga boleh di access dengan menaip http://www.anifmd.co.cc/. Lebih mudah dan senang ingat! :)