Showing posts with label Rechargeable Battery. Show all posts
Showing posts with label Rechargeable Battery. Show all posts

27 February, 2010

Hidup Tanpa Bateri! Bolehkah?

Hidup tanpa bateri tentu sukar. Masakan tidak, semua peralatan daripada sekecil-kecil jam tangan sehingga ke jam dinding (kecuali yang mekanikal dan automatik), handphone, PDA, laptop dan kamera digital serta kenderaan memerlukan kuasa bateri. Secara perlahan-lahan dan secara tidak sedar, kehidupan seharian kita sebenarnya telah dikuasai oleh bateri. Selain itu, Kita secara sedar atau tidak sentiasa membawa toksik di dalam saku atau beg!

Pada masa hadapan bateri juga juga akan digunakan untuk menyimpan tenaga yang dijana dari dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu solar dan angin. Dibidang automotif, kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya dan juga hybrid akan memasuki pasaran. Semua itu melibatkan penggunaan bateri dengan skala yang besar.




Kalau sekarang kita risau dan bimbang kesan plastik dan polisterina terhadap alam sekitar. Pada masa hadapan kita pasti akan risau dengan kesan bateri terpakai yang akan merosakkan alam sekitar jika tidak dilupuskan dengan cara yang betul! Secara tegasnya, Aku lebih risaukan ancaman bateri daripada polisterina!

Pada masa hadapan pelbagai alasan dan frasa baharu dalam bahasa juga akan muncul berkaitan dengan bateri contohnya "Maaf, Saya terlambat, kereta/motor Saya kehabisan bateri!". Oh! Pada zaman tersebut penggunaan petrol atau diesel tentu dianggap sebagai sebagai "amalan kuno"!  Hidup tanpa bateri! Bolehkah?

18 July, 2008

20KVA UPS - Tukar Bateri Baru

Hari ini 30 buah bateri baru telah sampai untuk menggantikan bateri UPS yang dah pun berusia 3 tahun. Sebenarnya UPS ini ialah untuk backup UPS 120KVA yang menyokong Server dan Network Room di company ketika berlakunya gangguan elektrik.


Kerja-kerja memasang dah hampir siap






Maintenance Free Rechargeable Sealed Lead Acid Battery


Bila bercerita tentang UPS teringat beberapa tahun dahulu semasa Nathan baru menyertai company yang membuat "service" UPS di tempat Aku ini. Pada masa itu dia masih baru lagi dan kurang berpengalaman. Petang tersebut setelah Aku siap memproses data dan membuat backup, Aku telah memberi "green light" untuk Nathan "service" UPS . Entah di mana silapnya bila dia matikan UPS tu, satu floor opis Aku blackout! Dan bila dia menghidupkan semula UPS itu.. banyak equipment di server dan network room rosak! Kalau tak salah Aku, ada 2 unit server dan beberapa unit switch mengalami "power supply" terbakar! Nasib baik kejadian itu berlaku selepas telah siap memproses data dan membuat backup main server, kalau tidak tentu banyak masalah lain yang akan timbul! 

Aku punya "angin" hari itu jangan ceritalah. Terkebil-kebil mamat tu kena marah! Mana tak "angin" satu badan, pasal dia Aku kena buat kerja lebih masa untuk menukar switch yang rosak dan power supply yang dah terbakar. Nasib baik juga pada masa itu Aku memang ada menyimpan alat ganti.. jadi bolelah membaiki kerosakkan dengan kadar segera dan seterusnya mengurangkan "downtime".



Lepas tukar mestilah kena buat testing - Nathan


Sejak itu Aku, bila dia datang untuk buat service UPS Aku akan pastikan yang Aku telah melengkapkan semua tugasan di bahagian Aku dan memastikan dia mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Bila benar-benar yakin baru boleh mula "service" UPS! Rasanya dia sekarang dah cekap dan berlajar dari kesilapan dahulu! Apa-apa pun kena beringat, terutamanya berurusan dengan pembekal atau vendor terutamanya yang baru dan kurang pengalaman.


25 May, 2008

Rechargeable Battery?


Keseronokan bergadgets akan terhenti bila kehabisan kuasa.. habis bateri huhu.. Nyawa setiap gadgets seperti handphone, ipod, digital camera dan sebagainya ialah bateri. Power packs (Bateri) yang terbaik adalah bekalan yang amat perlu bagi seorang yang serious dengan gadgets.


Masih ingat pada tahun 1990 bila membeli Walkman pertama, sejak itu earphone tak pernah lekang dari telinga. Dah beribu biji bateri juga di gunakan dan dibuang begitu sahaja bila habis digunakan. Tergerak pada satu hari ketika membelek-belek bateri di Parkson dan ternampak Rechargeable Battery. Huh! Bateri boleh cas? Menarik nih! Mesti cuba. Masa tue tahun 1992, kalau tak silap beli bateri jenama Eveready Rechargeable siap dengan chargernya sekali. Aku beli dua set bateri! Seronok tak terkata bila ada bila buat one time investment dan boleh dipakai berulang-ulang kali. maksimum 1000 kali cas. Masa tue kalau nak cas bateri kena tunggu 6 jam sekurang-kurangnya baru penuh. Guna satu set dan satu set lagi cas. Begitulah rutin seharian. Bateri yang diguna tue pun tahan la untuk sehari dua. Maklum la Aku nih pendengar Walkman paling hardcore pada zaman tue. Kalau beli bateri biasa, mau sudah jatuh bangkrap! Itu baru ada sebuah walkman..

Lama juga selepas tue Aku tak bermain dengan gadget lagi.. itu pun sejak Walkman kesayangan hilang.. Rumah kena masuk maleng! Selepas tue bila masuk ke zaman Uniiversiti aku sudah gila PC pulak. Bila habis Uniiversiti dan bekerja, keinginan bergadgets timbul semula dengan kehadiran handphone, iPod dan seterus digital camera.


Gadget terutamanya digital camera memang power hunger. Tak sampai beberapa jam pakai berterusan, dah habis bateri! Untuk menyelesaikan masalah tue Aku beli GP PowerBank M520 Rechargeable Battery 2300mAh dengan 2 hours charger. Memang convenient la untuk Aku sekeluarga. Bila habis bateri, cas jer. Lagipun Nurin memang suka main dengan digital camera tue sebab tue kalau tak pakai Rechargeable Battery, memang tak larat la nak layan alkaline. Nak dijadikan cerita ntah macam mana pada satu majlis Rechargeable Battery tue boleh tertukar dengan salah seorang sepupu kami. Nak mintak balik tak pasti dah masuk kat kamera mana? Huhu.. burn la jawabnya.


Oleh kerana GP Rechargeable Battery 2300mAh tue dah hilang tak dapat dikesan, kenalah cari pengganti. Setelah melakukan beberapa survey di net dan beberapa web online shopping, terjumpa satu jenama yang sebelum ini Aku sendiri pun tak pernah dengar "Eneloop"! Sebenarnya Eneloop nih dihasilkan oleh Sanyo. Rechargeable Battery yang lain daripada kebiasaan. Itulah pendapat Aku pada Eneloop nih. Eneloop ini bukan sebarangan bateri. Walaupun ianya dikategorikan sebagai Rechargeable Battery, ianya masih mempunyai sifat seperti bateri alkaline biasa. Contohnya, Eneloop boleh terus digunakan pada gadgets tanpa dicas dahulu selepas dibeli dan perkara menarik tentang Eneloop ialah ia boleh menyimpan kuasa bateri setelah di cas, selama setahun. Bagi Rechargeable Battery yang biasa, kuasanya akan beransur-ansur hilang walaupun ia tidak digunakan selepas di cas.

Selepas lebih setahun menggunakkannya, Aku amat berpuas hati dengan prestasi Eneloop Rechargeable Battery. Tak dapat dinafikan memang membantu menjimatkan kos membeli bateri. Kebelakangan ini barulah nampak pengeluar lain cuba untuk memperkenalkan bateri keluaran mereka yang serupa dengan teknologi Eneloop. Contohnya GP memperkenalkan ReCyko, Sony dengan Cycle Energy dan lain-lain. Tak tau lah siapa tiru siapa..


Bila dah dapat bateri yang bagus, kenalah cari charger yang pantas. Bergantung pada kelajuan mengecas, lagi pantas charger itu berfungsi maka semakin mahallah harganya. Walaupun Aku telah menggunakan Eneloop, Aku masih lagi menggunakan GP PowerBank M520 (2 hours) Charger. Cukuplah buat masa ini.. Mungkin kalau ada rezeki nak upgrade ke versi yang boleh full recharge 15 minit! Itu yang terpantas ada dipasaran sekarang ni.

Membeli Rechargeable Batteries dan Charger bukan semudah yang disangkakan, kena buat sedikit research dulu dan menyesuaikannya dengan gadget yang ada. Persepsi yang mengatakan bahawa Rechargeable Batteries lambat untuk dicas sebenarnya tidak tepat. Jika kita memilih charger untuk prestasi tinggi (high end) tempoh mengecas ialah kurang dari sejam (Charger terpantas yang ada dipasaran ialah 15 minit). Jika memilih charger pertengahan (medium end), tempoh mengecas kurang dari 2 jam dan jika kita memilih normal charger (low end), tempoh mengecas ialah 6 jam. Kebanyakkan pengguna memilih normal charger di sebabkan faktor harga yang murah dan menganggap semua Rechargeable Batteries/Charger semuanya sama.