27 February, 2010

Hidup Tanpa Bateri! Bolehkah?

Hidup tanpa bateri tentu sukar. Masakan tidak, semua peralatan daripada sekecil-kecil jam tangan sehingga ke jam dinding (kecuali yang mekanikal dan automatik), handphone, PDA, laptop dan kamera digital serta kenderaan memerlukan kuasa bateri. Secara perlahan-lahan dan secara tidak sedar, kehidupan seharian kita sebenarnya telah dikuasai oleh bateri. Selain itu, Kita secara sedar atau tidak sentiasa membawa toksik di dalam saku atau beg!

Pada masa hadapan bateri juga juga akan digunakan untuk menyimpan tenaga yang dijana dari dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu solar dan angin. Dibidang automotif, kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya dan juga hybrid akan memasuki pasaran. Semua itu melibatkan penggunaan bateri dengan skala yang besar.




Kalau sekarang kita risau dan bimbang kesan plastik dan polisterina terhadap alam sekitar. Pada masa hadapan kita pasti akan risau dengan kesan bateri terpakai yang akan merosakkan alam sekitar jika tidak dilupuskan dengan cara yang betul! Secara tegasnya, Aku lebih risaukan ancaman bateri daripada polisterina!

Pada masa hadapan pelbagai alasan dan frasa baharu dalam bahasa juga akan muncul berkaitan dengan bateri contohnya "Maaf, Saya terlambat, kereta/motor Saya kehabisan bateri!". Oh! Pada zaman tersebut penggunaan petrol atau diesel tentu dianggap sebagai sebagai "amalan kuno"!  Hidup tanpa bateri! Bolehkah?

6 comments:

anif® said...

kesedaran masyarakat kita tentang recycle dan membuang sampah secara bijak masih kurang.. patut perbanyakkan je tong2/pusat2 recycle.. jadi x susah utk kita membuang barang secara bijak.. x kira la polisterina atau bateri..

p/s: sokong usaha hari tanpa beg plastik di hypermarket.. tapi sepatutnya bukan 1 hari je dalam seminggu.. patut tiap2 hari..

anif® said...

KIta nih dah lama dimanjakan dengan plastik. Kalau nak hapuskan memang susah.. tapi bertukar ke bio degradable plastic bag pun idea yang menarik. Yang saya tahu.. buat masaini hanya Aeon Jusco & Ikea guna beg plastik jenis tu.

anif® said...

petronas pon kan?

anif® said...

Ooo ye ke.. yang itu Saya tidak tahu. Tapi kalau betul baguslah. Tanggungjawab sosial perlu sentiasa ada di syarikat besar macam ni.

anif® said...

blh tapi kena invent sesuatu yg baru utk menggantikan bateri..yg lebih mesra alam..klu x silap Jusco ada menyediakan kotak utk kumpul bateri lama utk tujuan recycling..

30 tahun dulu masa dkt kg pakai bateri sel kering..berbentuk 4 segi, ditengah2nya berbentuk bulat..

anif® said...

Wah.. tak dapat nak bayangkan bateri tu la.. Macam mana ek?