Kini hanya kami berempat tinggal di rumah sewa tersebut. Tiga daripadanya perokok dan hanya seorang tidak. Gaya kehidupan beransur-ansur berubah. Maklumlah sekarang Aku sudah ada pendapatan sendiri walaupun gajinya tidak besar, cukuplah untuk tidak menyusahkan ibu dan bapa di kampung. Bekerja di jabatan tersebut hampir empat bulan sebelum mendapat pekerjaaan di sebuah institusi kewangan.
Bekerja walau di mana pun, Aku tetap dikelilingi perokok. Baik di Jabatan kerajaan mahupun swasta. Golongan seperti ini berada di mana-mana. Dipendekkan cerita, sekitar Mei 1995 Aku telah diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku mendapat tempat di Universiti tanpa menyambung ke peringkat Diploma terlebih dahulu. Memohon terus dengan menggunakan Sijil Politeknik. Jalan yang Aku gunakan sedikit berbeza daripada rakan-rakan yang lain. Apa-apa pun kebanyakkan kami berjumpa semula di Universiti Kebangsaan Malaysia walaupun lewat setahun berbanding rakan-rakan lain yang seusia yang masuk ke Universiti melalui STPM ataupun Matrikulasi. Setelah ditolak dan dipindahkan beberapa mata kredit, Aku yakin boleh menamatkan pengajian sekitar tiga tahun setengah.
Sebenarnya tiada yang istemewa bila diterima masuk sebagai pelajar semula. Maklumlah sebelum ini telah pun bekerja, menikmati setiap sen daripada pendapatan dan kini rutin catuan telah berkuat kuasa semula. Aku mengambil sedikit masa untuk membuat beberapa penyesuaian dan penyesuaian ini sangat membantu diri dalam membuang beberapa tabiat buruk seperti merokok. Oleh kerana tiada lagi sumber pendapatan, perkara-perkara yang tidak berapa perlu telah pun dikurangkan dan dihapuskan sama sekali. Ini termasuklah membeli rokok. Kalau dahulu Aku beli pek dua puluh batang, sekarang Aku beli pek tujuh batang. Perlahan-lahan Aku telah berjaya mengurangkan pembelian dan penggunaan.
Di tempat dan suasana yang baru, Aku lebih selesa dikenali sebagai seorang yang tidak merokok walaupun kadang-kadang Aku merokok terutamanya apabila berjumpa dengan kawan-kawan lama. Kini Aku telah mula menolak pelawaan apabila di hulurkan rokok. Lama-kelamaan tabiat itu semakin berkurangan dan ketika berada di tahun ketiga semester pertama, Aku berani mengatakan yang Aku telah berhenti merokok sepenuhnya. Akhirnya tercapailah hasrat untuk berhenti merokok sekiranya Aku dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi walaupun ianya tidak berlaku sekelip mata.
6 comments:
never tried smoking before.. all i know that it's bad for health =)
http://kenwooi.com
Better don't try friend! All smokers realized that it's bad for health! They just ignore it..
Tahniah kerana telah berhenti merokok. Suka orang yang tak merokok. Tanda dia sayangkan keluarga dan mementingkan kesihatan insan disekelilingnya
Betul kata kamu. Tetapi apa yang lebih menusuk jiwa bila Ustaz saya kata asap itu makanan jin. Bila kita merokok seolah-olah kita berdamping dengan jin!
asap itu makanan jin...itu perkara baru yg dipelajari hari ini. TQ. Will tell my hubby on this!
Memang betul.. itulah yang Ustaz Saya kata. Salah satu makanan Jin selain daripada tulang.
Post a Comment