02 February, 2010

Kenapa Saya Merokok!

"Perokok sekarang memang sudah hilang sifat budimannya. Kalau tak percaya cuba lihat di persekitaran, bersepah-sepah puntung rokok!  Aku pun pernah merokok dahulu.. tetapi Aku jenis yang tidak membuang puntung rokok sembarangan..."



Kira-kira 17 tahun dahulu....

Aku tidak pernah merokok semasa zaman persekolahan. Mungkin itu juga sudah dikira cukup baik kerana hampir kesemua kawan-kawan merupakan perokok "tandas"!  Namun semuanya bermula ketika Aku diterima melanjutkan pelajaran ke sebuah Politeknik di Negeri Pahang. Ketika berada di semester pertama, rekod bersih itu masih berjaya dikekalkan. Alhamdulillah.

Apabila berada di semester kedua, Aku dan rakan-rakan yang lain mengambil keputusan untuk tinggal di luar. Maka bermulah cabaran yang agak hebat di jiwa remaja ini. Tinggal di rumah sewa, tanpa pengawasan ibu dan bapa serta orang tua sememangnya memerlukan ketahanan mental yang kuat. Aku tahu sememangnya untuk berhadapan dengan situasi ini Aku perlu tegas menyatakan pendirian, dan tidak terlalu terikut-ikut dengan rentak rakan-rakan lain disekeliling dengan mudah. Tetapi apakan daya, untuk merasa diterima dalam kelempok mereka Aku perlu melakukan sesuatu "serupa" dengan mereka sekurang-kurangnya.

Bagi seorang remaja untuk kelihatan "cool" dan berbeza daripada orang lain adalah amat penting! Selain itu mempuyai ramai kenalan serta kumpulan yang "cool" juga penting!

Bagi rakan-rakan telah pun merokok, mereka telah naik setingkat lebih tinggi dengan mencuba pelbagai perkara baru. Tak perlulah Aku terangkan apakah perkara-perkara baru itu. Yang pastinya ianya memang tidak baik dan bersifat sangat negatif!  Akhirnya perkara buruk yang paling ringan yang mampu Aku ikuti ialah merokok! Bila sudah merokok, Aku seolah-olah telah diiktiraf  menjadi ahli kumpulan yang selama ini Aku sangka paling "cool" di dalam dunia!

Secara tidak bijaknya, Aku merokok kerana hendak diterima di dalam kumpulan dan untuk kelihatan "Gentleman".  Teruja melihat gaya seorang lelaki sebenar yang merokok tetapi masih tampil kemas. Konon-kononya la.. Ceh!



13 comments:

anif® said...

ngee :D sy tak rase org y smoking tu cool pun. sy rs diorng y smoking ni tak syg diri..ni just personal opinion. 

anif® said...

Setuju dengan kamu. "Cool" itu hanya tanggapan semata-mata.

anif® said...

i dont smoke.. and will never smoke.. =)

http://kenwooi.com

anif® said...

Bgusla tau rokok tu xelok coz some smokers didnt think so. I dont smoke and insyaAllah will never be a smoker. Stop while u can. cheers~

anif® said...

Fakta pasal merokok tu tak elok, Semua orang tahu! Tapi kalau dah nama manusia nih. Yang tak elok tu juga nak di buat!

anif® said...

Please don't try it! Once hook up, take years to quit.

anif® said...

saya merokok ketika di darjah 6. puncanya kerana bergaul dgn kwn2 sebaya..

alhamdulilah, nasib baik dapat hilangkan tabiat itu sampai skrg..

anif® said...

Alhamdulillah..

anif® said...

merokok memang bahaya tuk drinye snrik serta org keliling yg brade hampir dgnnye..and ada laki yang tak boleh nak buang habit ni.. huhuhu

anif® said...

Aisey! Ambil masa untuk menyedarkannya. Apa-apa pun kena sentiasa beri dia dorongan untuk buang tabiat buruk tu.

anif® said...

zaman remaja.. memang kita nak sangat diterima oleh kawan.. kadang2 mmg kawan tu lebih penting dari segala..

anyway, tahniah sebab berjaya lari dari rokok!

anif® said...

Masa tu..kawan-kawan memang penting. Kuasa majoriti menenggelamkan suara minoriti. Kalau tidak ikut bakal hilang kawan.

anif® said...

kan? apa la punya kawan. kita kena ikut dia..