Bila dia sudah tenang, Aku mempelawanya, "Nah.. Ambil sebatang, sambil-sambil bakar surat tu, bakarlah rokok tu sekali!" Dengan tidak berfikir panjang, dia menerima pelawaan Aku dan terus menyalakannya. Sedutan pertama menyebabkan dia terbatuk-batuk!
Itu cerita 17 tahun yang lalu.
Sejak itu, dia telah menjadi seorang perokok. Hasil usaha Aku memperkenalkan En Rokok kepadanya. Usaha yang amat berjaya tetapi Aku tidak pernah bangga mengenainya. Sehingga sekarang, Aku amat menyesal kerana memperkenalkan tabiat buruk itu kepadanya.
Kadang-kadang terdetik juga di hati.."Kalaulah dulu Aku tidak memberikannya rokok..." Tentu dia bukan seorang perokok tegar sekarang!

4 comments:
oh kamu!! kenapa buat dia jadi begitu.. kamu bertanggungjawab tarik dia keluar dari lubang hitam tu
Heheh...learn from it.
Sedang berusaha..
Memang menjadi satu pengajaran. Sepatutnya Saya membantu memulihkan semangat bukan menambah kerosakkan.
Post a Comment