23 February, 2010

Jaguh Carburetor

Motorsikal ini asalnya kepunyaan Abah. Abah beli motorsikal ini sekadar suka-suka. Pada kebanyakkan masa ia tersimpan di dalam rumah. Cuma kadang-kadang ia dibawa keluar untuk memanaskan enjin. Secara amnya motorsikal ini memang tidak digunakkan sangat.

Sekitar tahun 2002, Aku pinjam motorsikal ini dari Abah untuk ke tempat kerja disebabkan kereta mengalami kerosakkan dan terpaksa berada dibengkel lebih daripada dua hari. Sejak itu keinginan untuk bermotorsikal timbul semula. Walaupun hanya menggunakkannya selama seminggu, keseronokkan mula datang kembali dan segala skil menunggang yang telah lama ditinggalkan dapat dikutip semula sedikit demi sedikit.




Hendak dijadikan cerita, motorsikal ini kemudianya di bawa oleh adik ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2005. Semasa berada di sana, "Carburetor" motorsikal ini dicuri! "Carburetor" motorsikal ini popular dikalangan pencuri kerana ia boleh dijual dan digunakan untuk kerja pengubahsuaian meningkatkan prestasi skuter!

Untuk menggantikkan "Carburetor" yang hilang itu, kosnya amat tinggi. Kalau tidak silap harga "Carburetor" asli Modenas Jaguh sekitar RM600. Akhirnya beliau menggantikkannya dengan "Carburetor" ciplak seakan-akan asli.  Fahamlah, masa itu dia pelajar. Itu sahaja caranya untuk  membolehkan motorsikal itu beroperasi semula dengan kos yang mampu ditanggung.


Akhirnya dua tahun lepas, Aku membeli motorsikal ini daripada Abah. Daripada tidak digunakkan dan tersimpan sahaja di rumah lebih baik Aku gunakan untuk ke tempat kerja. Oleh kerana "Carburetor" motorsikal in bukan yang asal, prestasi motorsikal ini tidak berapa bagus. Kuasa pecutan sering terganggu dan kadang-kadang enjin termati sendiri ketika menunggang!

Oleh kerana "Carburetor" motorsikal ini telah pun diubah suai sebelumnya, Aku mengambil keputusan untuk menukar kepada jenis yang lain. Berdasarkan cadangan daripada beberapa kenalan dan pihak bengkel, "Carburetor" asli Yamaha RXZ amat sesuai untuk dipasang ke Modenas Jaguh. Walaupun berlainan jenis tetapi "Carburetor" Yamaha RXZ hanya memerlukan pengubahsuaian paling minumum untuk di pasang di Jaguh dan yang paling penting ia dapat memulihkan prestasi ke tahap asal  serta pada kos separuh lebih murah daripada "Carburetor" asal Modenas Jaguh.  Alternatif terbaik buat pemilik Jaguh yang mengalami masalah serupa dengan kes Aku.

10 comments:

anif® said...

dulu masa bujang mmg handal tunggang motosikal di jalan raya..
tp skrg nie dah tak berani dah..dah lama tinggalkan dunia motosikal..

anif® said...

Selepas ada kereta memang dah tak sentuh lagi motor. Tapi bila jalan-jalan di JB dah mula sesak/traffic jam, rasanya berbaloi untuk kembali aktif bermotorsikal. Senang nak pergi dan balik kerja.

anif® said...

pandai kayuh basikal jaa.. =)

anif® said...

Masih belum terlambat.. Boleh belajar :D

anif® said...

hi aniff, that's a nice bike. kalau pergi kerja lebih mudah guna motor kan.

anif® said...

Thank you..btw Bike nih dah hampir 11 tahun usianya. Kalau nak cepat/mudah ke tempat kerja memang kena pakai bike!

anif® said...

huhu.. 1, takut xsampai.. mcm haru je kat traffic light nk kena turun dr seat untuk tahan motor.. basikal xpe la..

2, bonceng pon cuak.. wawawa

anif® said...

Kalau tunggang easy rider kaki boleh sampai. Lebih rendah dari skuter.

anif® said...

rasanya lepas kenaikan harga minyak 1/5/2010 nanti, tentunya motosikal akan kembali popular...

anif® said...

Nampaknya begitulah..