Pengalaman menaiki bas ekspress sejak dari alam persekolahan sehingga kini memang menunjukkan yang situasi itu kerap terjadi. Kalau dahlulu semasa Aku berusia belasan tahun, Aku tidak kisah sangat bila pihak petugas kaunter meminta Aku memecahkan duit dahulu sebelum membeli tiket bas. Terpaksalah ke gerai-gerai berdekatan, menebalkan muka meminta duit ditukar pada not yang lebih kecil atau kalau tidak mampu menebalkan muka terpaksa membeli sesuatu untuk mendapat pecahan baki dalam not yang lebih kecil! Oh! Itu cerita lapan belas tahun dahulu!
Kira-kira dua tahun yang lalu ketika Aku ingin membeli tiket bas ekspress untuk perjalanan ke Seremban, sekali lagi Aku diminta untuk menukarkan duit kecil terlebih dahulu sebelum dapat membeli tiket. Keadaan masih tidak berubah! Kisah ini terjadi di kaunter penjualan tiket bas ekspress yang agak terkenal! Memang menyirap darah bila sampai gilirin untuk membeli tiket, pihak kaunter memberikan alasan remeh pada pelanggan!
Kalau tiada duit kecil..Adakah itu masalah pelanggan? Itu masalah pengurusan syarikat! Bersedialah secukupnya terutama pada masa cuti atau hujung minggu di mana terdapatnya peningkatan dikalangan penumpang yang menggunakkan perkhidmatan pengangkutan awam.
Aku tidak lagi bertoleransi dengan keadaan sebegitu! Sepatutnya kualiti perkhidmatan yang diberikan menjadi lebih baik berbanding lapan belas tahun dahulu. Pelanggan sebenarnya ada hak untuk dilayan dengan baik.
Bila petugas kaunter bas ekspress tersebut menyuruh Aku menukar duit terlebih dahulu.. Terus Aku katakan padanya, "Itu bakan masalah Saya!" "Saya pelanggan dan saya patut dilayan dengan baik.." "Sekarang Awak pergi cari orang awak untuk tukar duit ini!" Sebaik sahaja Aku kata begitu kepadanya.. beliau terus mengambil duit Aku, menyerahkan tiker dan memulangkan bakinya! Eh! Ada pulak duit kecil! **kebingungan**

13 comments:
wow. simpan lagi tiket 2 tahun lepas~ =-O
saya rasa peniaga-peniaga ni memang sengaja cakap takde duit kecik takpun diorang malas nak pegi tuko.. memang sakit hati jugak bila jadi gitu...
pernah alami sampai 2-3 kedai cakap benda sama, mau tak pening kita dibuatnya...
Saya naik bas tak selalu.. Setahun mungkin sekali. Sebab itu masih simpan tiket :D
Pening dan keliru sebenarnya. Dalam kaunter itu ada dua tiga orang yang tak buat apa-apa. Saya perhatikan siap ada penyelia lagi. Patutnya diorang lah yang pastikan pelanggan diutamakan. Bukan dibuli!
saje je tu.. kalau org malas n x berkira, org akan kata 'keep the change.." kalau 10 org ckp, dpata RM1 dah..
pemalas sebenarnya org kaunter tiket tu...
Haha.. kalau dah macam tu memang sah pemalas!
Mungkin Saya patut cakap "Keep The Change" & masalah tiada duit kecil akan selesai kot!
Sebenarnya Saya kecewa kerana perkhidmatan bas yang bagus itu dicacatkan dengan petugas kaunter yang tidak mesra pelanggan!
wahh, dah lama aku tak naik bas express..dulu kerap jugak gunakan perkhidmatan ini utk pergi course dkt kl..
setuju dgn en. RED, kerani dkt kaunter tu pemalas..klu dah xnak kerja berhenti sahaja...
Sekali sekala naik bas seronok juga!
tp 10 sen pon tetap ada nilai..
Setuju.. 10 sen pun bernilai juga.
Post a Comment