Showing posts with label Space Gambus Experiment. Show all posts
Showing posts with label Space Gambus Experiment. Show all posts

02 May, 2010

Brand New Video: SGE feat Pak Samad


Rujuk - http://kamalsabran.blogspot.com/2010/04/brand-new-video-sge-feat-pak-samad.html untuk lebih lanjut mengenai projek ini.

Karya seni yang hebat seperti ini tidak mendapat tempat di media arus perdana! Memang amat mengecewakan. Sepatutnya rancangan televisyen seperti Melodi yang amat popular itu, mengutip berita-berita seperti ini untuk diberitahu dan diwar-war pada penonton.

Gossip sebagai rencah utama didalam rancangan hiburan sememangnya akan mematikan seni itu sendiri.. Anggap sahaja rancangan hiburan di Malaysia sudah hilang fokus!

12 March, 2010

Pelik Dan Unik Tetapi Tidak Menyakitkan Telinga

Ulasan Album Space Gambus Experiment yang dibuat tempohari  telah disiarkan kembali di Blog Encik Kamal Sabran. Untuk lebih lanjut - http://kamalsabran.blogspot.com/2010/03/space-gambus-experiment-pelik-dan-unik.html






09 March, 2010

Space Gambus Experiment - Review Part 2

Aku sepatutnya menulis ulasan ini bulan Januari yang lepas, iaitu sebaik sahaja Aku menerima kiriman CD daripada Encik Kamal Sabran. Tetapi apa boleh buat, ada komitmen lain yang perlu didahulukan.

Aku bukannya pengulas professional. Apa yang diulas hanya berdasarkan pengalaman yang amat cetek dan sebagai peminat muzik. Sebagai pendengar dan peminat muzik, kadang-kadang Aku tercari-cari karya yang berbeza daripada yang lain. Sebaik sahaja menerima Album Space Gambus Experiment, buat seketika Aku berjaya melupakan muzik aliran arus perdana.

Pemain CD yang telah berhabuk di atas rak dibersihkan semula. Maklumlah sudah lama tidak mendengar lagu-lagu menggunakkan CD. Muzik digital telah mematikan seni mendengar lagu! Pertama kali mendengar lagu-lagu dari Space Gambus Experiment memang mengujakan. Perasaan yang sama seperti pertama kalinya Aku mendengar Album Play Metallica By Four Cellos oleh Apocalyptica, 13 tahun yang lalu.






Muzik ini Aku kategorikan sebagai New Age, walaupun Aku sebenarnya  tidak tahu apa sebenarnya kategorinya! Walau apa pun, mendengar muzik ini membuatkan Aku seolah-olah berada diawang-awangan dan relaks. Bunyi-bunyian pelik dari kosmik dan gambus menjadikkan album ini unik. Pelik dan unik tetapi tidak menyakitkan telinga. Mantap!

Terdapat 10 buah lagu di dalam album ini.  Antara lagu-lagu yang menarik perhatian ialah Pengembara Cahaya, Sonik Al Kosmik, Gerhana, Pulang Kakanda Bulan dan Dari Dalam Kalbu.


Album ini juga memperlihatkan susunan muzik yang bagus. Muzik di dalam album ini seolah-olah bersambung diantara satu dengan yang lain. Penghasilan album ini memang amat teliti. Dari segi susunan muzik, booklet serta kulit album!  Tema "Retro" pada CD benar-benar mengembalikan nostalgia.

Album ini perlu dimiliki oleh semua. Lupakan sebentar muzik arus perdana. Hayati kehebatan album Space Gambus Experiment. Syabas diucapkan pada Encik Kamal Sabran dan rakan-rakan lain yang menjayakan album ini.

Untuk lebih lanjut sila rujuk - http://kamalsabran.blogspot.com

10 January, 2010

Space Gambus Experiment - Review Part 1

Aku mengetahui tentang kewujudan projek ini bila terbaca di sebuah blog mengenainya beberapa bulan yang lalu.. Kemudian blog tersebut telah membawa Aku ke YouTube.

Aku berpendapat bahawa ini merupakan satu projek yang amat menarik kerana ianya menggabungkan elemen muzik analog tradisional dan digital.  Selain daripada itu, terdapat elemen "cosmic radio wave" yang turut di integrasikan ke dalam setiap lagu. Cukup untuk meletakkan projek ini berada didalam kelasnnya yang tersendiri.





















Setelah beberapa bulan menunggu, akhirnya album ini dilancarkan secara rasminya pada 27 Disember 2009. Sebaik sahaja album ini dilancarkan, Aku pun segera memesannya.  Bermula dengan menghantar email kepada penerbitnya En Kamal Sabran  yang menyatakan bahawa Aku amat berminat untuk memiliki album tersebut. Aku kemudiannya melengkapkan pembelian tersebut dengan memindahkan wang sebanyak RM20 dan menyertakan butir-butir peribadi dan alamat untuk tujuan penghantaran. 

Alhamdulillah semalam album yang telah ditunggu-tunggu telah pun sampai.  Insyallah cuti hujung minggu ini akan dihabiskan untuk mendengar kesemua lagu-lagu yang terdapat didalamnya.