Showing posts with label Nurin Amani. Show all posts
Showing posts with label Nurin Amani. Show all posts

05 April, 2010

Nurin Amani Dan Nurin Iman


Bila Aku ambil gambar Nurin Amani dengan kucing, tiba-tiba teringat yang kakaknya juga ada gambar seperti ini. Merujuk kepada "entry" lepas - Nurin Iman Vs Kucing http://www.anif.co.cc/2006/07/04062006-nurin-vs-kucing.html.




"Entry" lama yang dibuat sekitar Jun 2006 ketika itu Nurin Iman lebih kurang sebaya dengan adiknya sekarang.

Cuma bezanya si Adik ini lebih berani manakala si Kakak kelihatan takut-takut. Kakak hanya berani dari jauh sahaja. Personaliti mereka memang nyata berbeza.


30 March, 2010

Bazar JB - Kami Kembali!

Sebaik sahaja meninggalkan dari Restoran Sedap Corner, kami terus menuju ke Danga Bay. Lebih kurang setengah jam di sana, kami dapati tiada apa yang menarik. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk Bazar JB. Kali terakhir ke sana ialah sekitar Februari 2009 - http://www.anif.co.cc/2009/02/bazar-jb.html

Pada masa itu memang tidak ramai peniaga berniaga di situ tetapi kini bilangan peniaga semakin bertambah dan keadaan mulai sesak. Bila sudah ramai peniaga dan pengunjung, tempat meletak kenderaan pula menjadi satu masalah besar!




Walaupun bilangan peniaga sudah bertambah, pihak Majlis Badaraya sentiasa mengawas dan menyelia kawasa bazar. Hasilnya peniaga berniaga di kawasan yang teratur dan sentiasa dipantau kebersihannya. Selain itu, Aku dapati bahawa pihak Majlis Bandaraya juga telah menyediakan tandas awam, berbeza ketika mula-mula ia diperkenalkan. Jadi masalah tandas awam bukanlah masalah lagi bagi pengunjung dan peniaga di situ.


Seperti biasa, Aku lebih berminat dengan barangan lama yang di jual di situ. Nampaknya sekarang ini semakin banyak peniaga yang menjual pelbagai barangan terpakai. Cuma masa sahaja yang tidak mengizinkan untuk Aku "explore" semuanya.


Tetapi apa yang lebih menarik perhatian ialah peniaga yang menjual permainan terpakai. Nampaknya sekarang, bilangan mereka juga telah bertambah sekali ganda.

Sudah pastilah yang paling gembira ialah Nurin Iman dan Nurin Amani. Walaupun sudah diberikan lampu hijau untuk membeli, mereka tidak tahu mana satu yang hendak dipilih! Akhirnya Nurin Iman mendapat apa yang dihajatinya selama ini iaitu "Mini Wardrobe & Bed" untuk barbie dan Nurin Amani mendapat telefon "Sesame Street" dengan harga yang amat berpatutan.




21 March, 2010

Nurin Amani Bersama Atuk

Hari ini kami pergi ke Kip Mart, Tampoi untuk berbelanja barangan dapur. Kip Mart merupakan antara destinasi biasa untuk kami sekeluarga berbelanja. Minggu ini agak berbeza sedikit kerana kami ditemani oleh Emak dan Abah. Sudah hampir seminggu mereka berada di sini.




Nurin Iman dan Nurin Amani, sangat gembira kerana Uwan dan Atuk sentiasa melayan kerenah mereka. Antara mereka berdua, Nurin Amani yang paling manja. Setiap kali bangun tidur terus mencari Atuk!



Lihatlah gayanya bersama Atuk kesayangan ketika berada di Seng Kopitiam, sementara menunggu emaknya membeli sayur di gerai berhampiran.



04 March, 2010

Adik Demam..

Hari ini Nurin Amani demam. Gigi ketujuhnya sudah mahu keluar. Selepas diberi ubat demam, dia sudah mula nampak sihat dan kembali aktif. 


Apa yang merisaukan mengenai demam pada kanak-kanak ialah ia boleh datang secara tiba-tiba. Nampaknya malam ini kami kena pantau keadaannya. Kalau sepanjang malam ini suhunya normal, Insyallah esok dia akan pulih sepenuhnya tetapi jika sebaliknya, mungkin Aku terpaksa ambil cuti kecemasan untuk menghantarnya ke klinik!



23 February, 2010

Apa Kakak Buat, Adik Akan Ikut!

Nurin Iman anak sulung kami sudah pun berusia enam tahun. Selepas kelahirannya kami sentiasa memastikan yang dia mendapat apa yang terbaik yang mampu kami sediakan. Walau bagaimanapun, sebagai anak sulung banyak perkara yang dia ingin buat terpaksa kami halang dan kawal. Maklumlah dia anak pertama dan kami juga pertama kali menjadi ibu dan bapa. Banyak perkara yang kami takutkan dan bimbang!

Kemudian barulah kami menyedari, tindakan mengawal keterlaluan tidak baik untuk perkembangan personaliti dan pembelajarannya. Kini kami lebih terbuka.



Berbeza dengan adiknya, kami tidak terlalu mengawal. Lagipun kalau kami cuba mengawal tentulah tidak berapa berkesan kerana proses pembelajarannya bermula dengan meniru segala apa yang kakak lakukan. Jika kakak melakukan perkara positif, adik akan turut mengikut dan begitu juga sebaliknya. Hmm.. Satu proses yang masih panjang!

12 May, 2009

Bila Nurin Iman Penat!!??

Bila Nurin Iman penat dan malas berjalan, terpaksalah berkongsi "Stroller" dengan Adiknya. Macam-macamlah kerenahnya.. Nasib baiklah adiknya "sporting" kalau tak tentu dia dah mengamuk.


Nak di dukung dah besar, tak larat la. Ni lah pilihan yang ada. Walaupun "Stroller" tu adik yang guna sekarang, dulunya Nurin Iman yang punya. Adik sentiasa dapat barang 2nd hand dari kakaknya.. Kesian kat Adik :D

08 May, 2009

Jusco Bukit Indah

Kami ke Jusco Bukit Indah tempohari. Sejak ianya di buka memang tak pernah lagi ke sana. Tak jauh dari rumah, lebih kurang 8km. Dah tak tau nak ke mana sebenarnya. Nak pergi tempat yang dekat dengan rumah, kemudian baru teringat Jusco Bukit Indah! Selalunya kami ke Sutera Mall.




Sambil jalan-jalan dan beli pakaian untuk anak-anak. Nurin Iman pun dah tau pilih pakaiannya sendiri! Lagi beberapa tahun adiknya pun sama. Masa tu mungkin Aku akan mula pening kepala :D

06 April, 2009

Nurin Amani Dah 8 Bulan!

Nurin Amani dah 8 bulan. Sekarang nih dia dah mula nak merangkak. Tak boleh "lepa" tentu ada perkara yang dia akan buat. Rasanya dalam banyak-banyak perkara, yang paling dia suka buat ialah "kacau" kakaknya :D dan pantang nampak kakanya buat kerja sekolah.



Nasib baiklah kakaknya tak kisah sangat, malah lebih banyak mengalah. Kalau tak tentu "kecoh"! Yang paling kecil ni tentunya takkan nak mengalah.

09 December, 2008

Life in Black N White - Nurin Amani & Nurin Iman


Nurin Iman dah mula buat gaya pelik :D Macam-macam aksi. Kalau nak ambil gambar susah nak suruh dia diam! Anyway tak kisahlah, kanak-kanak sedang membesar tentu banyak yang diaorang nak explore!



Nurin Amani pula, dah nak masuk 5 bulan. Dah semakin aktif dan dah mula nak meniarap. Dah beberapa kali juga dia berjaya meniarap sendiri. Cuma masih belum pandai nak "reverse" balik bila dah meniarap!

22 October, 2008

Nurin Amani - 4 Bulan

Alhamdulillah, sekarang Nurin Amani dah 4 bulan. Semakin aktif, suka tersenyum dan dah pandai ketawa :D

13 August, 2008

Me & Blog Update

Minggu ni memang agak menyeronokkan! Hujung minggu, Aku balik ke Seremban untuk mengambil Azza dan anak-anak. Azza dah pun dah habis berpantang. Sepatutnya Aku ambil mereka lebih awal tetapi disebabkan Aku nak ke Macau/Zhuhai, terpaksa di tangguhkan ke minggu satu lagi.

Nurin Amani dah selamat tiba di Johor. Risau juga dibuatnya takut-takut dia tak dapat menyesuaikan diri. Masa di Seremban, Uwan sentiasa ada melayannya. Takut dia tak biasa sebab Uwan tak ikut balik sama kali ini. Alhamdulillah dah beberapa hari ni di ok. Aku punya jadual seharian dah pun kembali normal.

Memandangkan mood sedang bagus, buat apa pun tentu menarik. Sepanjang minggu ini Aku sempat menolong Bro Zalie untuk mengupdate blog untuk First Batch XSMVPJB 84/85. Memang dah lama sebenarnya nak menolong beliau untuk mengemaskinikan blog tersebut terutamanya di bahagian layout/template blog tersebut. Alhamdulillah blog itu telah berjaya di kemaskini dengan jayanya tanpa masalah. Selain itu Aku sempat juga mengemaskini blog-blog peribadi Aku yang lain terutamanya Radio Blog yang dah lama di abaikan. Apa lagi tukar layout la!

Berdasarkan feedback dari Bro & Sis yang melawat blog untuk First Batch XSMVPJB, perubahan blog tersebut amat menggembirakan mereka. Aku gembira bila tengok semua orang gembira :)

21 July, 2008

Weekend @Seremban

Hujung minggu yang lepas Aku balik ke Seremban untuk melawat Azza dan anak-anak yang masih lagi di sana. Kali ini Aku memandu sendirian dari JB. Bertolak agak lewat kira-kira jam 11:00, malam Sabtu dan tiba di Seremban lebih kurang pukul 1:40 pagi.

Sebenarnya Aku nih dah terbiasa memandu malam. Arwah Emak dulu memang cukup risau kalau Aku sampai ke kampung awal pagi. Masa di UKM dulu memang dah terbiasa tidur lewat. Pukul 12:00 tengah malam, baru nak ke Medan Selera untuk makan malam bersama kawan-kawan. Selepas menghantar mereka balik ke Kamsis, tiba-tiba kalau terasa nak balik ke kampung dan kira-kira boleh lepas duit minyak dan tol, Aku akan terus balik ke Kluang pagi itu juga! Masa bujang dulu Aku memang macam tu. Alhamdulillah selama ini tiada insiden yang tak diingini berlaku.

Memandu malam atau awal pagi membuatkan Aku lebih fokus! Itu pendapat peribadi Aku. Sebenarnya kita akan lebih fokus apabila cukup rehat dan tidur sebelum memulakan perjalanan tak kira perjalanan malam atau siang.

Petang Sabtu Aku ke Giant Senawang sebab nak membeli barangan keperluan rumah dan baby. Sambil itu Aku ambil sedikit masa untuk berjumpa kawan lama yang kebetulan bekerja di situ. Sejak Aku memulakan Projek Wachaaaaaaaaa, banyak maklumat yang Aku perolehi tentang kawan-kawan sekolah dan sekarang ialah masa untuk menjejaki mereka. Mana yang sempat dan berhampiran akan Aku mulakan dahulu. Oleh kerana Aku dah berada di Seremban, Aku terus menghubunginya. Masa di sekolah dulu beliau ialah junior tetapi semasa di UKM, kami satu batch! Aku lambat setahun masa masuk UKM sebab selepas habis POLISAS dulu Aku terus bekerja sebelum menyambung pengajian. Sebab itu bila di UKM, Aku sama batch dengan junior sekolah.

Rupa-rupanya kawan Aku nih dah lebih tujuh tahun bekerja di Giant Senawang! Aku tak tahu pun di Seremban ni ada kawan yang dah tersesat dan dah jadi orang Seremban nampaknya.


Minggu ini Nurin Amani akan ke klinik untuk first check up, jadi Aku tinggalkan kereta di kampung untuk memudahkan Azza ke klinik nanti. Balik ke JB nanti, macam biasalah.. naik Plusliner. Balik ke JB pada hari Isnin. Aku ambil cuti Isnin jadi Aku ada banyak masa untuk Azza dan anak-anak sepanjang minggu ni.

Dah dekat pukul 11:00 malam ni..Nurin Amani tak mahu tidur lagi!

Nurin Amani pun seolah-olah tahu Aku balik! Malam minggu yang lepas dia tak mahu tidur. Selalunya pukul 8:00 malam dia dah nyenyak tidur. Penat Azza mendodoikannya, akhirnya pukul satu pagi baru dia lelap. Tapi Aku puas sebab dapat bermain-main dengannya :)


05 July, 2008

Uwan Mandikan Saya la...

Nurin Amani dah berusia 20 hari. Pada masa gambar ini diambil usianya baru 18 hari. Beratnya dah bertambah ke 3.4kg. Alhamdullilah dia sihat dan cergas. Cuma ada sedikit ruam di mukanya, normal buat baby seusianya.

Uwan mandikan Nurin Amani..

Sejuk ye...

Barut Indon Style.. Azza buat sendiri!

Baru lepas mandi dan pakai baju baru :)

22 June, 2008

Nurin Amani - Part 2

Azza dan baby di benarkan keluar dari wad pada 18/06/2008. Kami sampai di hospital pada waktu melawat tengahari dan Aku pun terus menguruskan pembayaran bil hospital. Memandangkan hari itu terdapat ramai ibu-ibu yang akan discharged sama, pengurusan dokumen menjadi lambat sedikit. Setelah doktor siap menulis laporan, kami di berikan sedikit taklimat oleh ketua jururawat mengenai pendaftaran kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara, dokumen-dokumen yang diperlukan dan prosedur yang perlu diikuti semasa membuat pendaftaran. Taklimat yang disampaikan itu sangat jelas dan amat membantu.

Terima kasih kepada semua kakitangan wad 1A di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kerana memberi layanan yang baik semasa Azza dan baby berada di sana.

20 June, 2008

Nurin Amani - Part 1

Alhamdulillah Nurin Amani selamat di lahirkan pada 17/06/2008, awal 2 minggu dari due date. Rasanya dia dah tak sabar nak melihat dunia. Anyway Aku amat bersyukur sebab kedua-duanya sihat. Memang agak terkejut juga pada mulanya apabila menerima panggilan daripada Azza mengatakan yang dia dah terasa sakit malam tue (Isnin, 16/06/08). Aku pun terus ke Terminal Bas Larkin untuk mendapatkan tiket untuk balik ke Seremban malam itu juga. Nasib nampaknya menyebelahi Aku, dapat tiket dari kaunter Plusliner untuk perjalanan jam 9:30 malam. Alhamdulillah.

Sampai di Seremban lebih kurang pukul 1:00 pagi. Nazri, Emak, Azza dan Nurin datang menjemput Aku di Terminal One. Aku ingatkan Azza dah ada di hospital, rupa-rupanya dia tunggu Aku sampai dari JB! (Kalau ikutkan perancangan yang telah pun dibuat, sebaik sahaja Azza merasa sakit, Abang ipar kami akan diminta untuk menghantar Azza ke hospital). Kami terus ke Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban. Azza di daftarkan masuk ke wad lebih kurang pukul 1:40 pagi.




Tengahari itu Aku dan Emak melawat Azza dan bawakan dia masakan dari rumah. Masakan hospital mana best hehe. Menurut Doktor, Azza dijangka bersalin malam nanti. Hmmm.. Harap-harap sempatlah nak ke hospital malam nanti.

7:45 malam, Azza telefon rumah emak mengatakan yang dia akan dipindahkan ke "labour room". Kali ini Aku bertekad untuk sampai ke hospital secepat mungkin. Sampai di hospital dalam pukul 8:30 malam dan Aku terus ke labour room. Menunggu hampir sejam setengah namun tiada apa-apa berita. Kemudian keluar seorang Doktor pelatih memanggil nama Aku. Aku pun tanpa melengahkan diri terus mengikutinya masuk ke labour room. Hospital Seremban memang sudah diiktiraf sebagai hospital mesra bapa sejak 1999. Ini bermaksud bahawa suami boleh menemani isteri semasa proses kelahiran.


"Awak nak temankan isteri masa bersalin nanti? "

"Kalau setuju sila baca borang ini dan tandatangan di bawah"

"Err Saya Ok.. nak masuk temankan isteri"

"Ramai orang cakap dia ok..tapi bila nampak darah dia pengsan"

"Insyallah saya ok"


Bila dah isi serta menandatangani borang dan mendapat pelepasan untuk menemani isteri sewaktu bersalin, Aku terus di arahkan ke bilik no 2. Memang kesian tengok isteri yang sedang sakit nak bersalin.. tak dapat nak digambarkan. Azza tak lekang beristifar sepanjang waktu semasa berada di labour room.

Aku menemai Azza dari mula sehingga selesai proses kelahiran. Memang ini merupakan satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan seumur hidup. Peluang seperti ini sepatutnya mesti diambil oleh semua bapa! Tempat jam 10:36 malam, Nurin Amani selamat dilahirkan. Alhamdulillah!

Pukul 12:45 malam Azza dan baby telah pun di pindahkan semula ke wad. Setelah mereka berdua di pindahkan di wad barulah Aku berpeluang untuk mendukung Amani buat kali pertama dan mengazankannya. Azza kelihatan gembira dengan kehadiran baby baru kami.

Pagi itu doktor mengesahkan Azza dan baby sihat. Tengahari nanti baby dan emaknya dah boleh keluar wad. Tak sabar nak tunggu orang baru balik ke rumah!