25 November, 2009

Yahoo Messenger 10


Tergerak untuk menyemak versi terkini Yahoo Messenger.   Version 10 dah keluar rupanya!   Terus download dan upgrade.  Seperti sebelumnya  proses "installation dan "setup" sememangnya amat mudah dan berjalan dengan lancar.



Antara fungsi  terbaharu dan yang telah ditambaik baik diantaranya ialah "Enhanced video calling"  yang membenarkan imej video dengan kualti terbaik serta mampu untuk memaparkan imej video pada paparan penuh (full screen).

Selain dari itu YM juga mampu untuk memaparkan aktiviti rakan-rakan lain di Twitter, Flickr dan lain-lain servis melalui fungsi "Y! Updates" yang diletakkan di tab bersebelahan "Contact".
 
Untuk komputer yang mempunyai satu user/account semuanya berfungsi dengan baik.  Tetapi apabila Aku cuba "istall" dan "setup" untuk komputer di rumah yang mempunyai multiple account/user barulah nampak masalahnya.   Hanya profile yang digunakan untuk meng "install" sahaja dapat digunakan.  Apabila bertukar ke profil lain terdapat mesej *.dll error apabila aplikasi YM hendak di mulakan.



Masalah ini tidak berlaku pada versi YM sebelumnya, Version 9.   Mungkin terdapat "bug" pada YM terbaharu untuk PC yang mempunyai multiple account/user. 




Setelah menggunakkan untuk beberapa hari, Aku mendapati bahawa YM Version 10 ini memang berbaloi untuk di "install" dengan beberapa "cool features" seperti  paparan penuh sidang video.

Walau bagaimanapun  bagi pengguna yang berkongsi PC (multiple user/account) berkemungkinan akan menghadapi masalah apabila menggunakan applikasi ini.  Terpaksa tunggu sehingga Yahoo mengeluarkan "patch" untuk memperbetulkan "bug" pada applikasi tersebut.




24 November, 2009

Domain Crash - Part 2

Pagi-pagi lagi sudah berada di tempat "user" untuk menyelesaikan bebrapa isu  yang tertunggak.  Masalah konfigurasi berubah dan tidak ikut sepenuhnya setelah berpindah semula ke domain lama.  Antara masalahnya ialah Outlook Express tidak dapat diakses dan file hilang semasa prosess "File and Settings Transfer".

Data  dari file server telah berjaya di "syncronize" kembali.  Nampaknya segala isu besar telah diselesaikan.  Lepas Hari Raya Haji nanti Aku akan mulakan projek untuk  "Clean Installation"  Domain Server (Active Directory) yang telah "corrupt" sistem pengopersiannya itu.

Berkenaan dengan idea untuk mengimplentasi NAS atau SAN dalam perancangan LAN dan WAN telah pun dibincangkan dengan "Boss".  Reaksinya amat positif!  Sekarang ini sedang buat review beberapa produk berkaitan dengan NAS.   Harap-harap ianya akan menjadi kenyataan.

23 November, 2009

Domain Crash - Part 1

Sejak minggu lepas Aku memang agak sibuk!  Memandangkan domain server yang baru itu telah buat hal terpaksalah bekerja lebih sedikit untuk kembali kepada sistem sokongan kecemasan (Domain server lama). Nasib baik juga server lama itu belum ditamatkan perkhidmatannya, kalau tidak tentu keadaan akan lebih kusut.

Apa-apa pun semuanya telah kembali ke keadaan sedia kala setelah 2 hari bertungkus-lumus  memindahkan pengguna  yang terlibat  ke domain lama.  Cuma tinggal beberapa isu yang melibatkan "setting" pada PC pengguna yang masih belum diselesaikan.  Insyallah minggu ini semuanya akan diselesaikan.

Domain server yang bermasalah itu akan di baiki bila keadaan mengizinkan.  Berkemungkinan ia perlu di format semula untuk membolehkan "clean installation" dilakukan.   Kali ini Aku tidak akan mengaktifkan fungsi "File Server" kerana  "Domain Server" berserta "File Server" adalah bukan satu idea yang bagus!  Untuk fungsi "File Server"  adalah lebih baik sekiranya Aku mengintegrasikan SAN (Storage Attached Network)  dalam perancangan LAN & WAN!  Harap-harap "proposal" Aku diterima :D