Tergerak untuk menyemak versi terkini Yahoo Messenger. Version 10 dah keluar rupanya! Terus download dan upgrade. Seperti sebelumnya proses "installation dan "setup" sememangnya amat mudah dan berjalan dengan lancar.
Antara fungsi terbaharu dan yang telah ditambaik baik diantaranya ialah "Enhanced video calling" yang membenarkan imej video dengan kualti terbaik serta mampu untuk memaparkan imej video pada paparan penuh (full screen).
Selain dari itu YM juga mampu untuk memaparkan aktiviti rakan-rakan lain di Twitter, Flickr dan lain-lain servis melalui fungsi "Y! Updates" yang diletakkan di tab bersebelahan "Contact".
- Untuk komputer yang mempunyai satu user/account semuanya berfungsi dengan baik. Tetapi apabila Aku cuba "istall" dan "setup" untuk komputer di rumah yang mempunyai multiple account/user barulah nampak masalahnya. Hanya profile yang digunakan untuk meng "install" sahaja dapat digunakan. Apabila bertukar ke profil lain terdapat mesej *.dll error apabila aplikasi YM hendak di mulakan.
Masalah ini tidak berlaku pada versi YM sebelumnya, Version 9. Mungkin terdapat "bug" pada YM terbaharu untuk PC yang mempunyai multiple account/user.
Setelah menggunakkan untuk beberapa hari, Aku mendapati bahawa YM Version 10 ini memang berbaloi untuk di "install" dengan beberapa "cool features" seperti paparan penuh sidang video.
Walau bagaimanapun bagi pengguna yang berkongsi PC (multiple user/account) berkemungkinan akan menghadapi masalah apabila menggunakan applikasi ini. Terpaksa tunggu sehingga Yahoo mengeluarkan "patch" untuk memperbetulkan "bug" pada applikasi tersebut.

No comments:
Post a Comment