Showing posts with label UKM. Show all posts
Showing posts with label UKM. Show all posts

09 September, 2009

McCurry Vs McDonalds.. McDin

Tersenyum bila Aku membaca berita ini di akhbar online. Patutnya dah lama orang-orang Scotland yang mempunyai "Surname" Encik Mc menyaman McDonalds sebab menggunakan nama keluarga mereka atau menuntut royalti atas penggunaan nama tersebut!


Teringat semasa zaman "Uni" dulu ketika tinggal di Taman Kajang Utama, ada seorang peniaga burger bernama Brother Din yang berniaga di hadapan jalan masuk ke taman. Kami gelarkan Brother tu, "McDin"!

Biasalah budak-budak "Uni", bila dapat elaun atau loan pergilah ke McDonalds. Kalau sudah hujung bulan, Burger McDin pun ok juga :D

Entah ada lagi ke tak Burger Brother McDin tu sekarang? Dah lama tak ke Kajang!

25 May, 2009

Saing?

Lebih kurang 11 tahun yang lalu.. Di UKM (Kamsis Dato Onn)

Dah jadi kebiasaan bagi orang Johor menggunakkan perkataan "saing" untuk merujuk kepada perbuatan "bersama-sama". Kebetulan pagi itu Aku pergi ke bilik seorang rakan kemudiannya disertai oleh rakan-rakan yang lain dari berlainan negeri. Kebetulan memang Aku belum bersarapan dan Aku pun mengajak mereka untuk pergi bersarapan bersama,

Aku: Ko nak pegi breakfast ke? Jom saing!
Jo: Ko ajak Aku gaduh ke?
Aku: ???? 




Hahaha... Rupa-rupanya di Sabah. Kalau mengajak "Saing" itu maksudnya ajak bergaduh!

Aku: "Saing" yang Aku maksudkan tu ialah ..mari la pergi sama breakfast.
Jo: Ooooooooooooooooo..
Ahmad: Apa pulak gaduh. Orang Kelantan kata "saing" tue kawan la
Aku & Jo: ????? Saing = Kawan?

Pagi itu tambah satu lagi ilmu.. "Saing" boleh bermaksud bersama-sama, bergaduh dan kawan! Cuma kalau di Johor biasanya merujuk kepada bersama-sama, manakala di Sabah merujuk kepada bergaduh dan di Kelantan merujuk kepada kawan atau teman! By the way.. Jo orang Sabah, Ahmad orang Kelantan dan Aku orang Johor. Entah di mana mereka sekarang ni..

14 May, 2004

Mat Zam Kawin - 15/05/2004

Kami bertiga ke Felda Selancar, Muadzam Shah pada 15/052004. Kebetulan pada masa tue "Azza" sedang menunggu hari untuk bersalin dan dah pun ada di kampung. Mat Zam nih kira kawan baik jugaklah masa di UKM, selain dari sama kursus (Ekonomi), kami juga adalah housemate.

Malam tue Aku invite Samad & adiknya tidur di rumah. Esok pagi-pagi kami terus bertolak ke Selancar menaiki kereta baru Samad. :)

Mat Zam & Wife


Aku, Mat Zam & Wife, Samad



Mat Zam nih nama betulnya ialah Mat Zamri Hassan. Kitaorang suka panggil dia Mat Zam sebab mudah nak ingat & panggil. Anyway "Tahniah" buat Mat Zam sempena Majlis Perkahwinannya.