Hari ini 30 buah bateri baru telah sampai untuk menggantikan bateri UPS yang dah pun berusia 3 tahun. Sebenarnya UPS ini ialah untuk backup UPS 120KVA yang menyokong Server dan Network Room di company ketika berlakunya gangguan elektrik.
Kerja-kerja memasang dah hampir siap
Bila bercerita tentang UPS teringat beberapa tahun dahulu semasa Nathan baru menyertai company yang membuat "service" UPS di tempat Aku ini. Pada masa itu dia masih baru lagi dan kurang berpengalaman. Petang tersebut setelah Aku siap memproses data dan membuat backup, Aku telah memberi "green light" untuk Nathan "service" UPS . Entah di mana silapnya bila dia matikan UPS tu, satu floor opis Aku blackout! Dan bila dia menghidupkan semula UPS itu.. banyak equipment di server dan network room rosak! Kalau tak salah Aku, ada 2 unit server dan beberapa unit switch mengalami "power supply" terbakar! Nasib baik kejadian itu berlaku selepas telah siap memproses data dan membuat backup main server, kalau tidak tentu banyak masalah lain yang akan timbul!
Aku punya "angin" hari itu jangan ceritalah. Terkebil-kebil mamat tu kena marah! Mana tak "angin" satu badan, pasal dia Aku kena buat kerja lebih masa untuk menukar switch yang rosak dan power supply yang dah terbakar. Nasib baik juga pada masa itu Aku memang ada menyimpan alat ganti.. jadi bolelah membaiki kerosakkan dengan kadar segera dan seterusnya mengurangkan "downtime".
Sejak itu Aku, bila dia datang untuk buat service UPS Aku akan pastikan yang Aku telah melengkapkan semua tugasan di bahagian Aku dan memastikan dia mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Bila benar-benar yakin baru boleh mula "service" UPS! Rasanya dia sekarang dah cekap dan berlajar dari kesilapan dahulu! Apa-apa pun kena beringat, terutamanya berurusan dengan pembekal atau vendor terutamanya yang baru dan kurang pengalaman.
No comments:
Post a Comment