Hari secara rasminya Sun Ultra Enterprise 3000 di tamatkan perkhidmatannya. Sepanjang 10 tahun berkhidmat tanpa banyak masalah, dah tiba masanya untuk berehat selama-lamanya. Tepat pada pukul 10:45 pagi, Aku tutup "Main Switch" untuk server tersebut. Banyak kenangan sepanjang bekerja bersama server nih, semenjak tahun 2000 sehingga 2008.

Server nih dah ada di Opis nih sebelum Aku masuk bekerja di sini. Oleh kerana server ini di maintain oleh CSA/SUN Malaysia, Aku tak pernah risau kalau ada masalah pada hardware dan softwarenya. Cuma masa untuk menunggu part replacement membuat Aku akan tido di Opis :) 24 hours service.. part datang dari KL/Singapura. Software jarang bermasalah, cuma Hardware, Backup Tape Drive (DDS3) nih kerap bermasalah sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Kalau diikutkan standard server masa kini, sudah pasti server ini diketegorikan sebagai terlalu usang! Processornya cuma 200Mhz, RAM 512MB, HardDisk 2GB X 2. Ada 4 External Hard disk setiap satunya berkapsiti 2GB. Apa-apa pun itu teknologi 10 tahun dahulu.


Clarion HDD nih punyalah besar.. Kapasiti HDD cuma 2GB setiap satu X 6 unit. Teknologi 10 tahun dulu la katakan. Sekarang nih Thumb Drive pun dah ada yang berkapsiti 8GB :)
Sekarang nih beban tugas Sun Ultra Enterprise 3000 nih telah pun diambil alih oleh Sun Fire V445. Server yang lebih pantas tetapi dengan saiz paling kecil cuma 4U (Lebih kurang saiz 4 buah router/switch) Kalau dahulu untuk buat backup memakan masa lebih kurang 10 minit, sekarang cuma 1 minit diperlukan. Untuk membuat proses end of day, Ultra Enterprise 3000 akan mengambil masa 15 hingga 20 minit. Sun Fire V445 melakukannya dalam masa kurang daripada 5 minit! Nampaknya sekarang Aku punya operator tak boleh lagi la nak kelentong Boss, kata machine slow!
No comments:
Post a Comment