28 July, 2009

HP iPaq Hx 2495b New ROM

PDA HP model iPaq Hx 2495b ini dibeli tahun lepas dari seorang kawan. Walaupun dah memilikinya lebih dari setahun, pada kebanyakkan masa ianya hanya terletak di atas rak dan tak digunakan.

ROM asal bagi pda ini ialah Windows Mobile 5. Dari awal lagi memang terdapat "bug" pada ROM tersebut. Antaranya ialah kehilangan kuasa bateri secara tiba-tiba dan WiFi connection yang tak stabil. Masalah tersebut berjaya diatasi dengan mengemaskini ROM version 1.02 dari Hewlett Packard.

Kebetulan dua minggu yang lepas, tergerak untuk mencari ROM baru untuk PDA tersebut. Err .. Cooked ROM atau Modified Version yang sesuai. (HP memang dah tak support ROM baru untuk PDA ini). Memang tak menghampakan, rupa-rupanya sejak setahun dulu dah ada beberapa projek yang aktif untuk iPaq Hx 2000 series! Ada beberapa ROM yang telah pun di download untuk dicuba diantaranya WM 6.1 Classic (tommy_adsl), YuRRiX, Kozhura dan Misar. Semua ROM tersebut adalah berdasarkan Windows Moblie 6.1 yang telahpun di "port" untuk iPaq Hx 2000 series.

Dan pada awal bulan ini ada projek yang lebih "extreme" dan berjaya dilakukan iaitu "port" Windows Mobile 6.5 ke iPaq Hx 2000 series oleh Spiaatie. Tetapi Aku lebih berminat dengan WM 6.1 kerana ia lebih stabil dan banyak "feedback" positif mengeninya.

Setelah beberapa hari mencuba, akhirnya ROM WM 6.1 Classic dari projek Tommy_adsl menjadi pilihan. Kerja-kerja mem "Flash" ROM ke iPaq amat mudah, tak sampai 15 minit ianya siap dan boleh digunakan. Dan inilah hasilnya:






No comments: