18 January, 2010

Ubat Pandai..

Tiada ubat untuk pandai! Kalau rajin berusaha, mengulangkaji pelajaran dengan konsisten dan sentiasa hadir ke kelas@sekolah tentu akan membuahkan hasil. Kadang-kadang terfikir juga kenapa ada segolongan masyarakat terutamanya ibu bapa yang percaya ada ubat untuk menjadi pandai! Mungkin mereka terpedaya kerana ubat itu berlabelkan gambar seorang budak genius..



Ingat apa.. beri makan ubat kemudiannya tidak perlu belajar boleh terus jadi pandai?  Kalau ada ubat sebegitu.. Aku pun nak juga.. Mungkin kalau Aku makan lebih boleh jadi "Super Genius" :D

Percayalah tiada jalan mudah untuk menjadi pandai dan berjaya.

2 comments:

anif® said...

Benar, mana ada ubat pandai.. Tapi memang kesian la orang (termasuk ler saya) yang asyik nak jalan pintas jer.

anif® said...

Mungkin itu kelemahan Manusia. Err "Orang Melayu" terutamanya... Mudah sangat kena exploit!