26 March, 2006

Bali 4/3/2006 - 7/3/2006

Sejak Aku mula berkerja, inilah pertama kalinya aku menyertai "Company Trip". Rasanya dah 5 tahun Aku bekerja di syarikat ini. Sebelum ini sudah banyak kali Aku terlepas kerana terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan. Tahun 2002,  Aku tidak dapat pegi sebab Aku hendak bertunang.. Tahun berikutnya 2003,  Aku tidak dapat menyertainya kerana baru sahaja melangsungkan perkahwinan.. Tahun berikutnya 2004 pula, Aku tidak dapat mengikutinya sebab baru dapat baby!



















Gambar ini Aku ambil dari dalam bas. Sudah tidak tahu hendakn buat apa sebenarnya! Signboard dan kabel elektrik yang berselirat. Pening kepala aku melihatnya. Macam mana agaknya kalau ada masalah? Mesti susah nak troubleshooting. :)
















Bagi Aku bila pergi bercuti, tujuan utama ialah untuk merehatkan fikiran dan minda. Tetapi bila sudah sampai di sana, baru Aku tahu merehatkan fikiran dan minda sebenarnya tidak wujud! Memenatkan badan dengan berjalan ke sana dan ke sini, serta  menjelajah dari satu kedai ke kedai yang lain = membeli belah merupakan terapi merehatkan minda yang sebenar! Selagi ada duit memang tidakboleh duduk diam, tentu ada sahaja rancangan.  Bila sudah kehabisan  duit barulah tenang... Jadi betullah "teori" yang mengatakan membeli belah ialah sejenis terapi yang menenangkan :D


Lorong kecil sebelah hotel..menghala ke pantai



Sayang sepanjang percutian ini, Aku tidak dapat mengambil banyak gambar kerana terdapat sedikit masalah dengan kamera digital.  Err masalah kehabisan kuasa bateri yang amat kritikal sebenarnya. Hmm lain kali Aku akan bersedia dengan membawa bateri tambahan.

















Aku ambil video ini semasa pegi ke pantai di belakang Hotel Jayakarta. Seronok la pulak bila tengok diaorang tunjuk skill.








Ombak.......... 
 
 
 
 

No comments: