Rakan: Eh nombor apa yang ko suruh dail tu?
Aku: Itu nombor untuk membuat panggilan kecemasan.
Rakan: Haa? Patulah dia tanya apa yang kecemasannya?
Memang ramai yang tidak mengetahui untuk membuat panggilan kecemasan melalui telefon bimbit, nombor 112 boleh digunakan. Selepas itu pihak penyedia rangkaian seperti Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain akan menyambungkannya ke agensi yang berkaitan seperti Polis, Hospital atau Bomba.
Perkara yang menarik tentang nombor 112 ialah panggilan juga boleh dibuat tanpa menggunakkan "kad sim" atau telefon terbut dikunci "key pad"! Maksudnya jika kita mempunyai telefon bimbit lama yang sudah tidak digunakan tetapi masih berfungsi ianya boleh digunakan untuk membuat panggilan kecemasan. Cuma perlu sentiasa pastikan baterinya sentiasa bercas penuh. Manalah tahu sekiranya terdapat situasi kecemasan, telefon lama itu akan menjadi penyelamat keadaan.
Selain daripada itu, panggilan hanya dapat dibuat dikawasan yang mempunyai liputan sahaja daripada mana-mana penyedia rangkaian.
Oh! Situasi kecemasan yang Aku maksudkan ialah yang benar-benar memerlukan bantuan contohnya kemalangan, kebakaran dan sebagainya. Tidak membayar bil telefon bimbit atau kehabisan kredit "pre paid" bukan kecemasan ya!
Rujuk Wiki - http://en.wikipedia.org/wiki/Emergency_telephone_number

9 comments:
ohh baru ku tau, sebelum ni tau 999,911,994 dan 360 je.. ;)
Sekadar berkongsi info sebab ramai yang tidak tahu. Terutamanya boleh dail 112 tanpa kad sim.
noted...dail 112
xde sim pun boleh ke? lorr.. ingatkan kena ada sim je..
kalau xde kedit, xleh eh kol 999 direct?
kenapa, tiap kali saya diredirect kat blog ni, dia kata:
A username and password are being requested by http://www.gengblogger.com. The site says: "protected area"
Ooo.. ada satu link ke www.gengblogger.com down sejak semalam. Rasanya ada masalah dengan main server. itu yang keluar log in box!
Ada certain phone boleh guna 999 direct. tapi ikut spec GSM, 112 adalah piawaian industri.
Kalau ada telefon bimbit lama yang masih elok tetapi tidak digunakan, boleh simpan dan diguna untuk kecemasan.
huhu.. dulu masa mula2 dpt hp makcik (besar mcm botol air) on2 je, dia kata emergency call only.. 112.. xsangka lak kalau xde sim pon leh kol.. rasa mcm pernah dail.. hurmm.. O:-)
Yup betul lah tu.. Kalau takde kad sim biasanya akan appear kat display S.O.S ataupun emergency call only.
Post a Comment