Hari Sabtu yang lepas, luangkan masa untuk ke bengkel untuk buat pemeriksaan fizikal keatas Jaguh. Mekanik tue pun "suspect" perkara yang sama dengan Aku, cuma dia lebih menumpukan pada "Oil seal" sedangakan Aku lebih pada "drain plug nut". Maklumlah, Aku tak ada cukup "tools" untuk memeriksa semasa di rumah.
Mula-mula buka penutup "sprocket"/rantai di tepi kotak gear. Bersihkan sepenuhnya sisa-sisa minyak dari rantai. Bila semuanya dah bersih, ketatkan "drain plug nut" dan selepas itu perhatikan dengan betul, bahagian mana yang basah..

Rupa-rupanya kebocoran itu sebenarnya berpunca dari "oil seal" di tuas penukar gear Jaguh. Haa... memang Aku tak jangka langsung! "Diagnostic" mekanik tue tepatlah :D
Nasib baiklah cuma "oil seal". Kalau tak tentu banyak kerja! Tukar "oil seal" tak sampai pun 5 minit dah siap! Alhamdulillah.. selasai satu masalah :D. Tapi yang tak berapa menariknya "Oil seal" yang diganti tue bukannya "original" untuk Jaguh, rasanya dari EX5! Nampaknya Aku kena ke Modenas juga untuk beli "oil seal" yang "original". Lepas nih boleh pasang sendiri! Untuk sementara waktu masih boleh bertahan.

No comments:
Post a Comment