
Satu idea yang baik dan menarik oleh MBJB memandangkan kawasan itu agak suram sejak CIQ baru dibuka. Lagipun aktiviti sebegitu sememangnya akan menghidupkan kembali bandaraya Johor Bahru. Kalau dulu Aku memang liat kalau nak ke Pusat Bandar. Maklumlahlah Johor Bahru dah memang terkenal dengan kesesakan lalu lintas.

Sejak CIQ baru dibuka, Pusat Bandar Johor Bahru agak tenang dari kenderaan dan lalulintas. Haa.. Aku suka la keadaan macam nih! Baru seronok! Parking pun mudah! Barulah sesuai nak bawa keluarga bersiar-siar sekitar bandar.
Macam-macam barangan ada dijual di sana, tapi dalam banyak-banyak barangan yang di jual oleh peniaga di situ, Aku tertarik dengan beberapa peniaga yang menjual barangan terpakai dan antik. Cuma kami ke sana dah agak lewat, tak sempatlah nak meneroka kesemuanya. Dapatlah tengok-tengok dahalu. Mungkin lain kali, kena datang awal sedikit barulah dapat "explore" sepenuhnya.Waktu urusnianga, hari-hari biasa bermula jam 6:00 petang sehingga 12 malam. Hujung minggu, bermula jam 7:00 pagi sehingga 12:00 malam.
4 comments:
nnt aku sampai johor bleh la ko bawa jalan2. hotel sah2 kat rumah ko jer. muahahaha...
Aha.. Meh le.. :D
bila adu masallah.janji kosong aja,mana tandas awan.dan surau..
Mungkin kalau "kita" email terus ke Datuk Bandar pasal masalah ni, mungkin baru ada respon kot!
Post a Comment