Menggantikan "Shock Absorber" dan "Spring Coil" daripada KYB. Kali terakhir menggantikannya ialah pada tahun 2006. Walaupun keempat-empat "Shock Absorber" masih lagi dalam keadaan elok tetapi "Spring Coil" telah menjadi agak lembut. Jadi Aku ambil keputusan untuk menukarnya kedua-duanya.
Kereta ini memang sejak dari dibeli tidak pernah dimodifikasi. Semuanya masih lagi dalam keadaan asal. Alat ganti yang digunakan juga seboleh-bolehnya sebaik atau setara dengan OEM. Untuk tidak memeningkan kepala, Aku selesa menggunakan kenderaan yang tidak diubah suai kerana yang pastinya ia menjimatkan aliran wang keluar! Walaupun tidak dimodifikasi, hanya alat ganti terbaik dipasang di kereta ini.
Untuk tayar pula, kali ini Aku memilih untuk menggunakan Michelin Energy XM1. Memilih tayar siri ini kerana faktor penjimatan minyak, keselesaan (kurang bunyi bising) dan kecekapan kuasa hentian apabila membrek. Untuk faktor pertama dan ketiga sebenarnya sangat subjektif kerana ia bergantung kepada gaya pemanduan manakala faktor kedua memang benar, tayar tersebut lebih senyap berbanding tayar yang Aku gunakan sebelum ini.
Insyallah Aku akan buat ulasan mengenai tayar ini apabila jumlah batuan perjalanan telah meningkat sekurang-kurang ke 20,000 km untuk mendapatkan ulasan yang adil.



5 comments:
utk kenariku xbyk pilihan tayar yg ada..
Ye tak ye .. kereta kecil pilihannya terhad.
Mungkin boleh guna Goodyear DuraPlus Series.. Rujuk link ini - http://www.goodyearduraplus.com/ Rasanya ada yang sesuai untuk kereta kecil.
banyak sekali tukar tuu..boleh demam dibuatnya...lepas nie rasa mcm bwk kereta baru...nice
Memang banyak belanja tu.. tapi nak buat macam mana, kereta tu dah lama habis hutang pun. Sekarang cuma jaga "maintanence" jer supaya tip-top.
Post a Comment