Isu Semasa
Pada tahun 1974 banyak perkara telah berlaku di seluruh dunia. Antaranya ialah Krisis Minyak Dunia, pasukan bolasepak Jerman menang Piala Dunia, India berjaya menjalankan ujian nuklear untuk kali pertama, Presiden Nixon meletak jawatan berikutan Skandal Watergate, Perjanjian damai antara Israel, Syria dan Mesir, Muhammad Ali menewaskan George Foreman dalam perlawanan tinju di Zaire. Dalam tahun itu memang banyak perkara belaku di seluruh dunia dan kesannya mencorak perkembangan dunia sekarang. Yang pastinya sehingga sekitar 1980an ekonomi negara kita masih lagi didalam kegawatan. Pakcik Aku yang tamat Universiti pun keluar tiada kerja. Oh! Pada masa itu Tun Mahathir baru dilantik menjadi Perdana Menteri.
Media
Perkembangan mutakhir pada zaman tersebut hanya boleh dicapai dan disebarkan melalui media arus perdana. Media alternatif belum wujud lagi. Alat yang paling penting ialah radio. Pemain berserta perakam radio kaset stereo mudah alih juga baru dikeluarkan pada masa tersebut dan amat popular. Bermulalah era dominan "Kaset" dan pertama kali mendengar istilah "cetak rompak" dan "Battle of The Band".
Aku mendengar lagu irama pop leleh dan permulaan era rock kapak. Kadang-kadang Pakcik dan Makcik Aku pasang kaset Micheal Jackson, Stevie Wonder, Wham dan Modern Talking! Cuma sekitar 1985 irama pop yeh yeh sedikit kembali menambat hati.
Majalah, Rancangan Radio Dan Siri Televisyen
Bersantai dengan membaca majalah Gila-Gila, Gelihati, Bujal dan kadang-kadang Bambino serta Al-Ain walaupun tidak berapa faham sangat isi kandungannya kecuali Bujal, Bambino dan Al-Ain.
Menonton rancangan kanak-kanak yang dihoskan oleh Wazata Zain, iaitu Cumi dan Ciki di RTM. Mengikuti rancangan kanak-kanak Kak Yong dan Abang Chik di radio RTM, mendengar drama radio paling popular No 5 Persiaran Satu di radio RTM, menonoton Captain Future setiap petang Jumaat.dan Ultraman setiap Sabtu. Captain Future dan Ultraman adalah antara siri kanak-kanak terawal yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu.
Istimewa bagi warga Johor Bahru ialah dapat mengikuti siaran radio dan televisyen dari Singapura. Setiap Ahad Aku berpeluang mendengar siaran LPMI - Lagu Pujaan Minggu Ini serta Rancangan Ada-ada Sahaja yang paling popular di Radio Singapura yang dihoskan oleh Adnan Maswan. Selain itu Mat Yo Yo dan Aksi Mat Yo Yo yang di hoskon oleh Mat Sentul di televisyen saluran SBC 5.
Pada malam hari pula RTM akan menyiarkan siri popular dari Amerika seperti Starsky and Hutch, BJ and The Bear, The A-Team, Battlestar Galactica, High Chaparral, Combat dan Knight Rider. Haaaa yang paling best semua siaran televisyen tersebut ditonton menggunakan televisyen hitam putih kerana tidak semua keluarga ada televisyen berwarna yang sangat mahal harganya pada masa itu. Di kampung pada masa itu cuma ada beberapa keluarga yang mempunyai televisyen berwarna.
Stesyen swasta pertama di Malaysia juga telah memulakan siaran pada tahun 1984 dan siaran dipancarkan ke Johor sekitar 1985. Pada masa itu siri paling popular di televisyen ialah McGyver hinggakan semua budak lelaki hendak menjadi sepertinya. Siri alih bahasa Jepun pun mula popular. Bermula dengan Oshin, The Ninja, Meoro Attack dan lain-lain. Tapi budak-budak biasalah, selepas menonton Mcgyver tentulah hendak menjadi Mcgyver dan selepas menonton The Ninja, semuanya hendak menjadi seperti Sasuka.
Abah membeli televisyen berwarna pertama kami pada tahun 1987, jenama Sharp kalau tak silap. Itu pun sebab televisyen lama yang hitam putih itu tidak dapat menerima siaran TV3. Jadi terpaksalah tukar. Selama TV3 bersiaran sejak 1985, setahun Aku menumpang rumah jiran untuk menonton cerita McGyver selepas balik dari mengaji.
Fesyen, Trend Dan Gaya Hidup
Di alam persekolahan, kasut sekolah jenama Bata siri Badminton Master termasuklah BM2000 dan BM2000 Turbo merupakan kasut paling popular masa sekolah rendah. Kasut jenama Panda, Pallas Jazz dan Warrior pilihan pelajar lelaki di sekolah menengah.
Beg sekolah juga mempunyai fesyenya yang tersendiri. Sekitar 1985, beg sandang bahu dan dilengkapi dengan "guitar strap" amat popular di Johor Bahru. Pakailah apa sahaja bentuk beg.. Asalkan menggunakan "guitar strap" sudah kira amat "cool".
Menerima konsep makanan segera merupakan perubahan terbesar dalam hidup. Mcdonalds pertama di Johor di buka pada tahun 1985 di Holiday Plaza, Johor Bahru. Beef Burger dan French Fries adalah pesanan pertama Aku di situ. Beef Burger cuma berharga RM 0.99 pada masa itu. Pergi ke Holiday Plaza selepas Hari Raya kerana semasa Hari Raya dapat "Collection" banyak, setelah habis satu Kg Majidee Aku "round".
Makanan ringan yang paling popular ialah Kaka,Ding Dang, Mamee, Twisties, Chickedies dan Popo (ada logo baby kat plastik pembungkus). Kesemuanya masih ada di pasaran Malaysia sehingga kini kecuali Kaka. Pernah cuba mencarinya tetapi tak jumpa di pasaran.
Gadget
Gadget paling advance yang ada pada zaman itu untuk budak-budak ialah “Game N Watch”, keluaran Nitendo dan jam tangan digital Casio. "Game N Watch" pada masa itu sangat mahal. Di Johor Bahru pada masa itu tiada kedai menjualnya. Kalau hendak membelinya, terpaksa ke Singapura. Aku pernah minta permainan itu dari Abah tetapi seperti yang dijangka, jangan mimpilah! Abah tidak akan beli permainan semahal itu untuk budak-budak.
Zaman itu juga popular dengan jam tangan digital Casio. Bagi ibu bapa yang berkemampuan pasti akan belikan anak mereka jam tangan tersebut. Harganya pun hmmm.. agak mahal juga. Aku dapat jam digital pertama tanpa jenama buatan Hong Kong yang tidak kalis air setelah dapat nombor 1 dalam exam masa sekolah rendah. Hadiah daripada Abah. Walaupun bukan dari Casio, ia tetap digital!
Pantang Larang
Semasa kecil, ketika berusia 6 atau 7 tahun, Aku masih ingat zaman itu “pantang” buka telesisyen waktu maghrib. Ibu bapa pada masa tersebut sangat berdisplin. Kalau tak mahu kena penampar janganlah sentuh televisyen waktu itu. Pada zaman itu juga, kalau ada hujan, guruh dan kilat, emak akan sibuk menutup cermin dengan kain. Kemudian mengeluarkan biskut lemak untuk di celup kedalam air teh panas…dan makan bersama-sama.
Kalau nak tidur pula, janganlah hendak mengada-gada, mahu letak bantal di kaki ataupun duduk di atas bantal, katanya nanti kena bisul. Jangan buka payung di dalam rumah nanti ada ular masuk ke dalam rumah!
Dahulu Vs Sekarang
Sekarang siaran televisyen pada waktu Maghrib sangat meriah, Doreamon, Sinchan dan drama melayu ditayangkan. "Rasanya tiada orang yang tutup televisyen masa maghrib sekarang.."





34 comments:
belum lahir lg mase ni.hehe. tp yg jam casio tu ade lg smpai 90an.
Orang zaman sekarang lg azan maghrib, lg kuatkan TV sbb xnk dgr azan. Mak bapak xkesah nk buat cmne. :(
x aci!! kenapa sampai 1981 je? saya 1982..
anyway, mcgyver mmg minat gile.. rasa cool sgt dia tuh. meoro attack mmg feveret la.. mmg minat kat gila2 dan gelihati.. rasa mcm ada lg 1 yg glamer.. x ingat..
semua siri tv tu sempat.. isu politik je x amik port sgt
betul2.. yanpn membesar dengan mjlah bambino, bujal.. al-ain?? x sure mgkin ader.. da luper.. up sket ada bintang kecil x silap.. gelihati dgn gila2.. ayah x pnh belikn.. pasal x berfaedah sgt.. selalu baca kt uma jiran..
klu rancangan tv plak.. plg igt kelab kanak2 angkasapuri kt RTM ader kakyong.. klu cenel spore aksi Mat yoyo.. yoyo ngan yaya ntah baper kali tukar still gak tgk.. pg2 tgu cenel spore mula siaran.. layan lagu kebangsaan derang pastu ade katun the smurf dan jga disney club ke pe tah namenyer..
hehehe... ingat lg x ngan tv yg jenis betingkap ngan pemain piring yg besar tu... susah nk dpt dh skrg nie... kalu time saya rancangan Along ler yg best.. ape tu siti sifir... memang best zaman kanak2 saya dl yg berbeza dgn kanak2 skrg... hahaha... tu belum lg ngan permainan tradisional... kalu bab buka payung lam rumah rsnye sampai skrg masih di ikuti... tp xtau ler kan... kalu dl siaran lam tv byk lagu patriotik... ingat lg x ngan lagu "kampungku, malaysia boleh, senyum dn byk lg..."
Al-Ain tu kalau tak silap majalah terbitan Al-Arqam. Isi kandungannya bagus. Rasanya itu majalah kanak-kanak yang 100% islamik.
Belum terlambat untuk patah balik sebenarnya... Budaya yang boleh diubah.. mulakan dengan keluarga sendiri dulu.. INsyallah
Hehe.. Ala itu menurut satu kajian jer.. ada banyak kajian tentang generasi x ini. Ada yang melangkau sehingga 1983 maksimum.. Ada satu majalah lagi...kalau tak silap Batu Api.
TV jenis tu kat kampung ramai yang dah modified jadi akuarium :D. Oh Along & Siti Sifir tu 90s.
aku yg tulis ni : adrin
oh, buat aku rasa muda plak. hihi
hehe.. atuk aku ada dulu tv tu.. kaler coklat. dari kayu.. nak tukar channel kena pulas tombol dia..
dah ingat dah lagi satu majalah.. gelagat... heheh
tapi kan, masa saya kecik (90an), rancangan alam ria cuti sekolah, rasanya kak erin yg mengacara.. tengok2 sampai sekarang pon masih dia yg mengacara.. masih title akak lagi..
awet muda kan dia tu?
suka gak majalah al-ain tu.. nasyid2 al-arqam pun best2..
plg best masa tu tengok TV Singapura..SBC 5..adegan panas dlm cerita org puteh tak kena potong..sanggup tunggu sampai pagi w/pun esok terpaksa pergi sekolah..
Wah.. Ye ke? Curi-curi tengok TV malam-malam ye? Haha..
:D Muda lagi...
Kak Erin dan Abang Nas?
Pioneer-lah katakan, memang best tapi tulah..ada pulak kes lain sampai terpaksa diharamkan pula.. Infact Raihan & Rabani pun bermula dengan Nada Murni..
Masa zaman itu salah satu kekaguman ialah apabila pergi ke rumah saudara mara dan TV mereka ada remote control :D Pada saya itu sungguh hebat!
Anif,
ini dia lirik lagu Gaban!
<span>Otoko nandaro? Guzuguzu suru na yo
Ore wa koko daze hito ashi osaki
Hikari no hayasa de ashita e dasshusa
Wakasa wakasatte nanda furimukanai koto sa
Aitte nanda tamerawanai koto sa
Gaban! Abayo namida
Gaban! Yoroshiku yuuki
Uchuu keiji gaban!
Warui yatsura wa tenshi no kao shite
Kokoro de tsume wo toideru mono sa
Ore mo omae mo namonai hana wo
Fumitsukerarenai otoko ni naru no sa
Wakasa wakasatte nanda akiramenai koto sa
Aitte nanda kuyamanai koto sa
Gaban! Abayo kinou
Gaban! Yoroshiku mirai
Uchuu keiji gaban!
Wakasa wakasatte nanda furimukanai koto sa
Aitte nanda tamerawanai koto sa
Gaban! Abayo namida
Gaban! Yoroshiku yuuki
Uchuu keiji GABAN!</span>
boleh nyanyi sama2 ngan anak2.. hehe...
Space Cop Gaban? - Hahahaha..
jgn lupa cerita "Kesatria Baja Hitam"..tayangan bermula sblm Space Cop Gaban...
Hahaha... Kesatria Baja Hitam!
Tiba-tiba Saya teringat cerita kartun Transformers, Voltron, Mask, G.I. Joe dan Thundercat...
Saya lahir sedekad selepas bro. Rancangan TV paling saya minat masa awal 90 an ialah Satria Baja Hitam dengan motor belalangnya. :D
Cuba juga untuk meminatinya.. tetapi aura Ultraman lebih hebat.. rasanya sampai sekarang masih ada Ultraman.. Tapi Ultraman apa yang terbaharu Saya tak pasti..
aah... tapi yg paling xleh blah.. kak erin la.. dari saya 8 thn sampai 28 thn, masih lagi kak erin.. abang nas tu, masa dah besar baru dia ada..
kesatria baja hitam adalah hero yg paling hensem.. nama dia kotaro minami..
ultraman masa dulu, yg saya suka ultraman ace.. yg kena ada 2 org tu.. hakuto!! minami!!! aish...
haha.. 80an.. best! zaman kaset dan tv pun hanya ada 3 channel je.. pepagi sabtu tengok kartun, tak de ps3, ada game & watch dan micro genius.. beraya pun seronok.. tapi tak tahan nak balik kampung, dulu naik bas lompat-lompat.. ipoh ke negeri 9, sampai setengah hari.. memang la best...
Betul tu... Tak banyak pilihan channel. Senang nak decide :D
Part naik bas lompat-lompat tu rasanya paling nostalgik la.. dah lama tak naik bas jenis tu.
:D Peminat Ultraman rupa-rupanya...
aku last naik bas pun lebih kurang 4 tahun lepas, masa bercinta dulu.. la ni, jgn harap..
Saya lebih kurang dua tahun lepas..itu pun bas ekspress. Bas lompat-lompat rasanya dah dekat 20 tahun tak naik!
Ada jugak yang tak reti bahasa tak kira time magrib,zohor atau asar mesti dok melalak (karoeke) jer keje nya. Tak sembahyang ker? Uzur ker? Ada kesedaran sivik ker tak diaorang nie? Anak aku nak tidur pun susah. Kalau korang ada set home theatre yang hebat sekali pun, korang pasang setakat korang sendiri dengar cukuplah. Nasib aku dah tegur dengan tuan diri yang tinggal di sebelah rumah aku tue. Aku naik heran pula sebelum ni yang aku tahu korang berdua je lelaki dok rumah tetapi sejak bila ada suara perempuan dok karoeke dalam rumah korang nie? Korang dah kahwin ke belum? Saudara atau adik beradik? Aku tak nak tumpang dosa yang korang buat kalau betul le korang buat dosa.
Aiseh.. kalau macam tu memang bermasalah la jiran sebelah rumah tu.. Jenis jiran tak perihatin!
Post a Comment