25 October, 2009

Edisi Percuma AVG Anti-Virus 9.0

Bila memperkatan tentang Anti Virus, sudah pasti ramai yang mengakui keperluannya.  Walau pun  kesedaran tentang keperluannya telah meningkat,  tahap kesediaan untuk membeli masih lagi rendah!



Namun kita bernasib baik kerana terdapat beberapa buah syarikat pengeluar perisian Anti Virus seperti AVG  yang masih lagi menyediakan perisian Anti Virus percuma.   Versi terbaharu ini ialah  AVG Anti Virus Versi 9.0 - Edisi Percuma.,  Perlindungan asas daripada virus, perisian pengintip dan ancaman yang dibawa oleh web.
    Setelah mengujinya selama beberapa hari, didapati bahawa prestasinya adalah lebih baik berbanding Versi sebelumnya iaitu Versi 8.5.  Alokasi "CPU resource" juga lebih baik, walaupun sedang melakukan "Full System Scan", "CPU resource" masih berada di sekitar 40% - 60%.  Ini bermakna kita masih lagi melakukan aktiviti seperti melayari halaman web ketika scanning dilakukan.  Prestasi yang amat bagus walaupun ianya cuma versi percuma.

    Walau bagaimana pun untuk perlindungan yang lebih sempurna dan menyeluruh pengguna dinasihatkan untuk beralih kepada versi komersial iaitu AVG Anti Virus 9.0 dan AVG Internet Security 9.0

    Nota:  AVG Anti-Virus Free Edition hanya tersedia untuk penggunaan satu komputer untuk kegunaan rumah dan bukan komersil.


    .

    3 comments:

    anif® said...

    avast punya ok x? apa antivirus free yg bagus?

    anif® said...

    Banyak yang percuma. Cuma kalau nak mudah guna, boleh cuba Microsoft Security Essential. Ada buat entry mengenainya http://www.anif.co.cc/2009/10/get-no-cost-hassle-free-antivirus.html Untuk download http://www.microsoft.com/Security_Essentials/

    anif® said...

    tq..