Masalah utama pengguna Windows ialah Malware! Biasanya Malware ini terdiri daripada Spyware, Adware, Hijackers dan Trojan Horses. Perisian anti virus, terutama yang bukan komersial pula tidak akan mengesannya kerana Malware ditakrifkan sebagai bukan virus.
Cuma sejak kebelakangan ini terdapat beberapa buah syarikat perisian anti virus yang mula mengintegrasikan program anti malware dan anti virus di dalam satu produk perisian. Kebiasaannya produk perisian tersebut merupakan produk perisian anti virus komersial. Rasanya memang belum ada anti virus percuma yang dilengkapi dengan perlindungan malware yang betul-betul berfungsi dengan baik.

Oleh kerana kebanyakkan daripada kita masih menggunakkan persian anti virus percuma, penambahan perisian anti malware adalah satu langkah yang amat baik. Salah satu produk perisian anti malware yang popular ialah Spybot. Spybot telah berada di internet sejak tahun 2000 dan yang paling penting ianya juga percuma! Pangkalan data pengesanan malware juga lengkap dan berupaya dikemaskini secara online, jika diperlukan. Persian ini juga mampu melindungi komputer secara "real time" setanding dengan produk komersial.
Kesimpulannya jika mahukan perlindungan daripada Malware, perisian ini adalah menjadi satu kemestian untuk digunakan dan ia merupakan pelengkap terhadap mana-mana perisian anti virus percuma.
No comments:
Post a Comment