Ramai diantara kita terjebak didalam masalah kewangan disebabkan kurang kesedaran tentang bagaimana untuk mengurus sumber pendapatan dan perbelanjaan dengan baik. Malah ramai yang terjerumus ini sebenarnya terdiri daripada professional muda yang sepatutnya tahu bagaimana untuk mengurus kewangan diri dengan baik.
Bagaimana mereka boleh terjebak? Berdasarkan pengalaman, kebanyakkan mereka ini terjebak sebaik sahaja mereka mendapat pekerjaan pertama. Harus diingat kebanyakkan dari graduan, semasa belajar tentunya ada mengambil pinjaman dengan JPA, MARA, PTPTN dan Yayasan Negeri. Maksudnya sebaik sahaja tamat belajar, hutang yang telah sedia menunggu!
Biasalah bila sudah mula bekerja dan mendapat pendapatan yang agak baik, mereka berhasrat pula meningkatkan taraf hidup. Kalau dahulu menaiki kenderaan awam atau bermotorsikal, sudah sampai masa untuk membeli kereta. Mula menambah hutang kedua. Bayaran muka muka minimum dan tempoh pinjaman maksimum 9 tahun. Tidak mengapa kerana mereka masih bujang dan pastinya mampu untuk menanggung dua hutang.
Bila sudah berkereta, tentulah tidak menarik jika tidak dipasang dengan aksesori. Orang mudalah katakan.. Sport rim! Oh itu sudah pasti.. Tayar import berprofil rendah! Sistem audio hebat yang menyokong iPod, teknologi Bluetooth berserta skrin sesentuh dan GPS! Semua yang dihajati semasa zaman belajar cuba dipenuhi. Kemudian bila mula berkira-kira untuk membeli, barulah menyedari.. "Oh kena simpan sedikit wang dahulu baru boleh membeli sistem audio idaman itu". Alhamdulillah akhirnya terdetik untuk menyimpan!
Satu hari ketika berjalan di sebuah pusat membeli belah, didatangi seorang agen kad kredit yang comel. Agen tersebut menyakinkan yang anda mampu untuk untuk memiliki barangan yang dihajati dengan menggunakan kad kredit! Beli dahulu, bayar kemudian dan cuma perlu bayar minimum 5% setiap bulan keatas baki tertunggak. Wah! hebat! Tidak tahu ada produk kewangan sebegini hebat ada dipasaran! Err.. tanpa disedari mula menambah hutang ketiga!
Ada kereta cantik dan pekerjaan yang bagus. Mesti ada wanita yang menyukai dan disukai. Masa berlalu, dimulai dengan perkenalan, akhirnya mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin. Setelah berkira-kira dan mencongak. "Err kena mula menyimpan, kalau tidak tidak sempat untuk kumpul wang untuk hantaran serta belanja perkahwinan". Alhamdulillah akhirnya terdetik sekali lagi untuk menyimpan!
Satu hari ketika melakukan "blog walking" dan "online banking" di internet, ternampak iklan mengenai pinjaman peribadi. Tanpa penjamin, mudah dan kelulusan segera! Boleh menyelesaikan apa sahaja masalah dan perkara yang dihajati. Sambil berkira-kira dan mencongak, "Hmmm ok lah.. mohon pinjaman peribadi, bila dah dapat wang pinjaman itu nanti, boleh menyelesaikan hutang kad kredit dan buat belanja perkahwinan." Nak pinjam berapa agaknya? RM30,000 cukup rasanya.. Apa-apa hal pun perkahwinan perlu disegerakan :D Hutang nanti boleh dibayar kemudian. Err.. tanpa disedari mula menambah hutang keempat!
Jika sudah ada empat hutang yang perlu dibayar. Eh! Tiga sebenarnya, sebab pinjaman keempat menghapuskan pinjaman ketiga. Uish bijak juga strategi ini! Ambil hutang untuk hapuskan hutang lain! Tetapi realitinya masih tidak akan meredakan keadaan. Kalau semua hutang tersebut telah pun merangkumi 50% atau lebih dari pendapatan, anda telah pun dikira terjebak!
Lebih kurang begitulah situasi dimana mereka ini terjebak pada awalnya. Mungkin menyangka yang mereka ini mampu untuk membayar hutang tanpa mengambil kira langsung hal-hal kecemasan yang bakal berlaku dan keadaan ekonomi semasa. Atau mereka juga menyangka yang langit sentiasa cerah, jadi tak perlulah menyediakan payung sebelum hujan!
Apa-apa pun berhati-hatilah ketika mengambil hutang baru terutamanya hutang kad kredit. Kalau boleh mula menyimpan seawal mungkin. Hutang tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan mendatangkan masalah yang lebih besar jika tidak mampu membayarnya.
Sebagai panduan sila muat turun E-Book ini secara percuma dari AKPK

12 comments:
salah satu sebab kenapa aku tidak bercadang untuk apply loan ptptn semasa belajar peringkat ijazah sekarang. hurm.
Kalau keluarga berkemampuan untuk tanggung.. tak perlu ambil loan..
pengurusan kewangan peribadi ada diajar di sekolah? under subjek apa ya? tak perasan pulak. kemahiran hidup?
sebenarnya, makin naik gaji maka makin byklah perbelanjaan. haha!
dulu, masa bujang dan baru habis belajar - gaji RM800 pun sanggup terima. yg penting, pengalaman. sebab pengalaman tak boleh dibeli. itupun, masih boleh simpan RM200 lepas bagi mak bapak dn tolak belanja sendiri.
sekarang, gaji dah naik sekali lipat nak simpan RM50 pun payah. kalo simpan pulak asyik bolos. apa pun, elakkan berhutang. ada duit bleh beli. takde duit, toksah pandang.
:D setuju dengan kamu m-i-o.. Kalau tak de duit, toksah pandang!
Di zaman saya belajar dulu.. tiada subjek kemahiran hidup.. (nampak sangat dah tua)
yes..pendek kata besar periuk besarlah keraknya..tu belum dengar panjang plak berkata2..pengurusan kewangan amat penting demi menjamin hidup yang bebas dr hutang..hahahhah..
Kalau dapat membezakan kehendak dan keperluan, Insyallah tak akan terjebak! Sesuai untuk buat tajuk blog --> "<span>pengurusan kewangan amat penting demi menjamin hidup yang bebas dr hutang"</span>
semua orang sememangnya ada hutang termasuklah diri aku sendiri. cuma yg membezakannya cuma banyak @ sedikit jumlah hutang tersebut.
klu tak berhutang mana nak mampu nak beli kereta, rumah dsb. lainlah kalau kita orang kaya, boleh beli tunai.
bila dah ada hutang, kenalah pandai uruskan kewangan sendiri. klu x boleh kelaut kita..
:D betul tu..kalau tak hutang memang tak ada harta la jawabnya. Tapi formula yang selalu saya guna ialah.. downgrade setiap apa yang kita fikir kita mampu untuk berhutang ke tahap 30%. Insyallah kewangan kita akan selesa.. tidak terlalu tertekan.
tp situasi sekarang berbeza tuan..semua barang boleh dibeli tanpa perlu byr downpayment..
pinjaman kereta, rumah boleh dpt pinjaman 100%..tu yg golongan yg tak mampu pn boleh beli..lepas tu pening x dpt byr ansuran dgn bank..
kesimpulannya, berhutanglah ikut kemampuan diri sendiri..
Itulah masalahnya. Gunalah strategi apa pun. Penjual akan counter balik dengan macam-macam skim. Apa-apa pun berhati-hatilah, <span>berhutanglah ikut kemampuan diri sendiri..</span>
hurmm.. hutang maybank utk simpan kat asb.. lain xde kot? alhamdulillah..
tapi nk gak cari rumah.. xpe la.. harta wajib tu..
Post a Comment