Hari Sabtu yang lepas Kami ke Pasar Basah, Kip Mart Tampoi. Seperti biasa kami tiba di sana lebih kurang pukul 8:30 malam.

Kalau dulu-dulu masa Aku kecik, mana ada orang pegi pasar basah malam-malam? Kalau nak pegi pasar kena bangun pagi! Kalau nak ke pasar borong lagi awal la kena bangun! Lagipun zaman tue mana ada pasar swasta.. yang ada masa tue pasar awam. Hari Isnin pasar awam tutup.

Kalau sekarang kita cakap kat budak-budak yang pasar tutup pada hari Isnin tentu mereka akan gelakkan kita :) Pasar swasta dibuka 7 hari seminggu!
Apa yang dijual di pasar awam dan pasar swasta memang tak ada beza. Sama semuanya! Cuma kat Pasar Swasta kita dah boleh guna troli. Masa dulu-dulu kalau ikut mak ke pasar kena bawa bakul :) hehe..
Tak de la mahal mana.. mungkin salah tulis kot 5 seringgit sebenarnya.. Kalau dah Jawa, Tempe mana boleh miss :)



No comments:
Post a Comment