Aku memang ambil cuti hari Rabu (semalam) sebab nak uruskan pembaharuan passport. Pergi ke Pejabat Imigresen Cawangan Johor Bahru di Pekan Rabu dalam pukul 10:30pagi. Borang dah siap print online dan isi kat rumah. Kalau beli kat sana kena RM1.00.
Tunggu dalam 20 minit kemudian nombor dipanggil.. Serahkan borang, ic, surat beranak, passport lama dan gambar pada petugas kaunter no 6 yang amat mesra pelanggan. Alhamdulillah tak ada masalah dengan permohonan pembaharuan tue..
"Encik beri saya RM300" Hehe.. lupa plak nak kasik duit :) "Pukul 1:20 tengahari passport Encik akan siap. Sila ke kaunter 11 untuk urusan tersebut."
Aku tengok jam baru pukul 11:15 pagi.. Balik rumah dulu la kalau macam ni..

Bila dah sampai rumah tak tau nak buat apa.. teringatkan Jaguh yang dah sampai masa nak di servis. Dah lebih tiga bulan tak service motor nih. Rasanya mileage dia dah jejak 3000km. Sementara menunggu passport tue siap aku pun pergi la service jaguh tue. Macam biasa tukar minyak 4T, oil filter, spark plug dan air filter. Air filter Jaguh nih memang dah lama tak tukar, bila mekanik tue buka filter compartment dah tak de rupa air filter langsung.. dah hancur berderai. Maklumlah kalau pergi service motor memang jarang minta tukar air filter.
Pukul 1:30 tengahari pergi semual ke Pejabat Imigresen untuk ambil passport yang dah siap tue. Urusan di Pejabat Imigresen memang smooth dan teratur. Memang improved banyak. Syabas di ucapkan untuk Pejabat Imigresen Cawangan Johor Bahru kerana layanan yang baik :)
Balik dari pejabat Imigresen, singgah di Stesyen Minyak.. Isi full tank kat Jaguh.. Lepas tue basuh motor, kasik gosok kilat-kilat. Bila dah puas hati, masuk dalam rumah terus tido. Bangun dalam pukul 6:30 petang dan rancang nak ke Jusco Taman U lepas maghrib.
Pukul 8 malam bukak TV tengok Buletin Utama.. "Harga Minyak Naik!!!" Cisss!! Hari yang baik.. mood yang bagus.. tetiba keluar cerita yang tak baik! Semalam ialah hari Rabu yang paling tak best :( huhu..

2 comments:
Wahhhh nak pi mana tu renew passport tuh? nak ikutttttt!
Awal bulan Ogos nak ke Zhuhai & Macau :)
Post a Comment