Pagi nih motor "Jaguh" kesayangan Aku buat hal pulak.. tak nak hidup! Bila tekan starter keluar bunyi "tik!" "tik!"... Aiks kenapa pulak tiba-tiba dia meragam. Selalu OK aje. Rasanya bateri masih elok sebab baru sebulan lepas Aku periksa keadaannya.

Untuk mengesahkannya, Aku pun buka kawasan "electrical compartment" kat tepi sebelah kanan motor dan keluarkan bateri. "Confirm" bateri masih ok. Kemudian Aku pun periksa wiring, ketatkan apa yang patut. Nampaknya semua ok.

Bila dah puas hati Aku pasang balik semuanya.. Kalau bateri Ok, wiring pun OK, cuma satu bahagian yang belum diperiksa, "Starter"! Berdasarkan pengalaman lepas, starter pun boleh ada masalah, bila carbon dia habis. Aku memang agak pasti yang carbon starter tue dah habis kerana sejak motor nih di beli, memang tak pernah diganti lagi. Motor nih tahun 1999. Dah dekat nak masuk 9 tahun dah pun..
Kena cari kedai motor yang terhapir dengan rumah lah nampaknya. Motor nih memang tak de "kick starter"! Bila electric starter dia ada masalah, nampaknya kena tolak lah motor nih sampai hidup. Nasib baik rumah aku nih kira kawasan bukit, tak perlu banyak tenaga nak tolak. Cuma masukkan gear 2, kemudian terus lepaskan klac.. "Brooommm"
Sampai di kedai motor, terus jumpa "pomen" kat situ dan terangkan apa masalah motor Aku nih. Seperti yang dijangka "pomen" tue pun syak "starter" ada masalah. Ok.. kalau macam tue terus lah buka starter dan periksa keadaannya.

Starter dah berjaya di keluarkan..

Bila starter telah berjaya dikeluarkan dari enjin, "pomen" tue pun terus buka komponen starter. Bila satu-satu komponen starter di periksa..hehe..maka sahlah.. carbon starter dah habis!! Fuhh lega.. Aku memmag berharap sangat kerosakkannya tak teruk. Kalau tak, banyak duit jugak kalau nak ditukar baru :)
Nih le carbon starter yang dah habis tu! Carbon stater tue cuma RM38 aje.. Tapi bila tengok pomen nih kerja bagus dan cekap, Aku pun cakap kat dia, yang aku nak tukar "Sprocket" dan rantai set lengkap. Nanti nak kena tukar juga, dah alang-alang buat sekali gus. Boleh jimat "workmanship"!
Hari nih terbang RM128! Tapi Aku bersyukur la yang motor dah sihat kembali. Pasal insiden pagi nih.. tak pasal-pasal Aku amik E/L pagi. Masuk opis tengahari..
2 comments:
Tima kaseh, bro. Balik terawih malam tadi JAGUH wa buat hal yang sama.. Sekarang wa dah tak panik sngat lepas baca posting lu bro.
Harap2 starter carbon laa yg buat hal..kalau tak kopak beb..
Nak tanya, kalau tolak moto dlm keadaan sekarang..moto leh hidup ker ?
Apa2 hal pun toma kasey bro..
:) Boleh tolak.. cuma kena guna tenaga lebih la.. maklumlah moto nih berat! Kalau dapat turun dari bukit lagi baik..jimat tenaga.
Post a Comment