29 April, 2008

Budget GPS/In Car Navigation System

Aku mula meminati teknologi GPS (Global Positioning System) sejak tiga tahun yang lepas. Tetapi pada masa itu, tak banyak maklumat dan alatan yang berkaitan GPS dijual di sini. Sejak itu, Aku banyak menghabiskan masa membuat cross reference di beberapa halaman web mengenai teknologi GPS.


Secara asasnya untuk menggunakan GPS sebenarnya amat mudah. Apa yang diperlukan hanyalah peranti GPS receiver, smartphone ataupun PDA dan software berserta map. Perkhidmatan GPS nih pulak adalah percuma.. Bagi pengguna biasa, perkara yang paling dalam penting semasa menggunakan GPS adalah penunjuk arah, mencari laluan alternatif dan menggangar jarak destinasi.

Bermula sejak dua tahun yang lepas, Aku telah menghabiskan sejumlah wang untuk memiliki alatan GPS yang asas. Peranti pertama yang aku miliki adalah O2 Xda II pda dengan Os Windows Mobile 2003SE yand dibeli pada Disember 2005. Setelah memiliki PDA, Aku mulalah mencari software dan map yang sesuai untuk penggunaan di Malaysia. Lebih kurang setahun setengah selepas itu .. Aku telah membeli GPS receiver dari jenama Royal Digital BS4100. Maka lengkaplah bahagian hardware.


Setelah menguji beberapa software dan map, Aku dapati software dari Mapking dan Garmin sangat menepati citarasa dan mudah untuk digunakan. Software dari Mapking dan Garmin mampu melakukan Navigation dalam 2D/3D dan amat sesuai untuk digunakan sebagai "in car navigation".


GPS receiver yang Aku beli nih sebenarnya adalah yang paling murah yang ada dipasaran pada masa itu. (seperti biasalah, Aku nih memang budget punya orang.. tak boleh beli yang mahal-mahal, lagipun Aku nih baru nak belajar pasal GPS). GPS receiver yang menggunakan chipset Nemerix memang lebih murah daripada receiver yang menggunakan chipset SiRFStarIII.
Dari segi performance lebih kurang aje.. cuma kelemahan GPS receiver yang menggunakan chipset Nemerix ialah lambat sikit nak fix location. Cuma beza beberapa saat lebih pantas aje pun. Untuk mendapatkan fix location, memerlukan signal sekurang-kurangnya dari 2 setalit... dan sekurang-kurangnya 3 setalit untuk memulakan 3D navigation.




Langkah-langkah menggunakan GPS.
  1. Install Software GPS pada PDA. e.g Mapking.
  2. Turn On Bluetooth di PDA dan hidupkan GPS Receiver.
  3. Pair kan kedua-duanya.
  4. Lancarkan GPS software.
  5. Mulakan Navigation
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Teknologi GPS (Software & Hardware), sila sertai forum Malsingmaps. Forum ini adalah forum khusus yang membincangkan tentang GPS dan sentiasa mengemaskini map Malaysia dan Singapura (Map untuk Garmin & Mapking).

Sejak akhir-akhir ini "dedicated in car navigation system" dan smartphone + GPS (all in one device) telah memasuki pasaran. Kini pengguna tak perlu lagi membeli secara berasingan PDA/Smartphone dan receiver. Sebagai contoh device yang mempunyai built in GPS ialah Dopod D810, HTC P3600i, Nokia 95 dan Garmin Nuvi Series (in car navigation system) Cuma harga dia lah.. perghhh. mahal!

Kalau nak berkenalan dengan GPS dan tak mahu berhabis duit yang banyak, boleh ikut method Aku ni.. cuma leceh la ada 2 device kena angkut. Kos untuk setup lebih kurang RM600 atau mungkin kurang. PDA 2nd hand dari lelong.com.my lebih kurang RM300 + GPS receiver RM200. Kalau masih ada simpan PDA lama, Windows based (mesti ada bluetooth) boleh terus beli GPS receiver dan install software GPS/maps, dah boleh buat decent in car navigation system/GPS.

GPS receiver untuk "permulaan" juga boleh didapati di Dealextreme dengan harga yang berpatutan. Semua harga sudah termasuk belanja pos :D

5 comments:

Kal El said...

Haaaaa Anip, aku kenal satu benda kat gambar first tu... yang selalu aku gina, kira kawan baik gak la tu... Ameltz Yoko Yoko... tada.... iklan sket muahahahaha

anif® said...

Kekeke...

melang said...

anif. ko rasa possible x utk buat gps tracker utk motor atau kete2 kecik. harga mesti kena murah la. brapa harga gps receiver paling murah? 10q. 0129559977

anif® said...

:D Salam.. Rasanya banyak pilihan skrg nih.. tapi yang paling mudah untuk diguna dan ada support map Malaysia, amik la Garmin Nuvi. Banyak model dan sesuai untuk Kereta & Motor. Harga skrg pun dah agak murah.. Kalau ko pandai source Nuvi 200 skrg boleh dapat dalam RM700 ke bawah!

anif® said...

Rasanya artikel yang Saya tulis ini sudah tidak releven lagi. Maklumlah sekarang ini harga telefon yang sudah ada GPS pun sudah menjadi murah. Selain itu harga peranti GPS (stand alone) juga telah turun dengan drastiknya.