Dah baca versi Bahasa Melayu.. Memang menarik! Sebab ada diskaun hebat, Aku pun order la satu, Versi Bahasa Inggeris. Membaca tue bagus untuk menajamkan minda.. err tapi kena pilih bahan bacaan yang berkualiti aa. Bila kali terakhir anda membeli buku untuk diri sendiri?31 May, 2008
Secrets of Internet Millionaires....
Dah baca versi Bahasa Melayu.. Memang menarik! Sebab ada diskaun hebat, Aku pun order la satu, Versi Bahasa Inggeris. Membaca tue bagus untuk menajamkan minda.. err tapi kena pilih bahan bacaan yang berkualiti aa. Bila kali terakhir anda membeli buku untuk diri sendiri?30 May, 2008
Bonuslink - Redeem A Bag!

Kebetulan masa tue memang nak beli beg. Ingat bila gaji masuk ari tue nak pegi beli la kat Angsana atau Jusco. Nak carik beg untuk isi pakaian baby :) yang bakal lahir akhir bulan 6 nanti.
Terlupa pulak yang points kat bonuslink dah ada agak banyak.. 5800 points banyak ke? Tak de la banyak sangat tapi di sebabkan "Points Knockdown" dapatlah redeem beg tue. Alhamdulillah.. Budget untuk beli beg tue dah boleh allocate kat benda lain!

Tadi pagi check status redemption .. hehe masih belum ada apa-apa perkembangan. Mungkin minggu depan la baru dapat.
Check out : Bonuslink
25 May, 2008
Rechargeable Battery?

Keseronokan bergadgets akan terhenti bila kehabisan kuasa.. habis bateri huhu.. Nyawa setiap gadgets seperti handphone, ipod, digital camera dan sebagainya ialah bateri. Power packs (Bateri) yang terbaik adalah bekalan yang amat perlu bagi seorang yang serious dengan gadgets.
Masih ingat pada tahun 1990 bila membeli Walkman pertama, sejak itu earphone tak pernah lekang dari telinga. Dah beribu biji bateri juga di gunakan dan dibuang begitu sahaja bila habis digunakan. Tergerak pada satu hari ketika membelek-belek bateri di Parkson dan ternampak Rechargeable Battery. Huh! Bateri boleh cas? Menarik nih! Mesti cuba. Masa tue tahun 1992, kalau tak silap beli bateri jenama Eveready Rechargeable siap dengan chargernya sekali. Aku beli dua set bateri! Seronok tak terkata bila ada bila buat one time investment dan boleh dipakai berulang-ulang kali. maksimum 1000 kali cas. Masa tue kalau nak cas bateri kena tunggu 6 jam sekurang-kurangnya baru penuh. Guna satu set dan satu set lagi cas. Begitulah rutin seharian. Bateri yang diguna tue pun tahan la untuk sehari dua. Maklum la Aku nih pendengar Walkman paling hardcore pada zaman tue. Kalau beli bateri biasa, mau sudah jatuh bangkrap! Itu baru ada sebuah walkman..
Lama juga selepas tue Aku tak bermain dengan gadget lagi.. itu pun sejak Walkman kesayangan hilang.. Rumah kena masuk maleng! Selepas tue bila masuk ke zaman Uniiversiti aku sudah gila PC pulak. Bila habis Uniiversiti dan bekerja, keinginan bergadgets timbul semula dengan kehadiran handphone, iPod dan seterus digital camera.
Gadget terutamanya digital camera memang power hunger. Tak sampai beberapa jam pakai berterusan, dah habis bateri! Untuk menyelesaikan masalah tue Aku beli GP PowerBank M520 Rechargeable Battery 2300mAh dengan 2 hours charger. Memang convenient la untuk Aku sekeluarga. Bila habis bateri, cas jer. Lagipun Nurin memang suka main dengan digital camera tue sebab tue kalau tak pakai Rechargeable Battery, memang tak larat la nak layan alkaline. Nak dijadikan cerita ntah macam mana pada satu majlis Rechargeable Battery tue boleh tertukar dengan salah seorang sepupu kami. Nak mintak balik tak pasti dah masuk kat kamera mana? Huhu.. burn la jawabnya.

Oleh kerana GP Rechargeable Battery 2300mAh tue dah hilang tak dapat dikesan, kenalah cari pengganti. Setelah melakukan beberapa survey di net dan beberapa web online shopping, terjumpa satu jenama yang sebelum ini Aku sendiri pun tak pernah dengar "Eneloop"! Sebenarnya Eneloop nih dihasilkan oleh Sanyo. Rechargeable Battery yang lain daripada kebiasaan. Itulah pendapat Aku pada Eneloop nih. Eneloop ini bukan sebarangan bateri. Walaupun ianya dikategorikan sebagai Rechargeable Battery, ianya masih mempunyai sifat seperti bateri alkaline biasa. Contohnya, Eneloop boleh terus digunakan pada gadgets tanpa dicas dahulu selepas dibeli dan perkara menarik tentang Eneloop ialah ia boleh menyimpan kuasa bateri setelah di cas, selama setahun. Bagi Rechargeable Battery yang biasa, kuasanya akan beransur-ansur hilang walaupun ia tidak digunakan selepas di cas.
Selepas lebih setahun menggunakkannya, Aku amat berpuas hati dengan prestasi Eneloop Rechargeable Battery. Tak dapat dinafikan memang membantu menjimatkan kos membeli bateri. Kebelakangan ini barulah nampak pengeluar lain cuba untuk memperkenalkan bateri keluaran mereka yang serupa dengan teknologi Eneloop. Contohnya GP memperkenalkan ReCyko, Sony dengan Cycle Energy dan lain-lain. Tak tau lah siapa tiru siapa..

Bila dah dapat bateri yang bagus, kenalah cari charger yang pantas. Bergantung pada kelajuan mengecas, lagi pantas charger itu berfungsi maka semakin mahallah harganya. Walaupun Aku telah menggunakan Eneloop, Aku masih lagi menggunakan GP PowerBank M520 (2 hours) Charger. Cukuplah buat masa ini.. Mungkin kalau ada rezeki nak upgrade ke versi yang boleh full recharge 15 minit! Itu yang terpantas ada dipasaran sekarang ni.
Membeli Rechargeable Batteries dan Charger bukan semudah yang disangkakan, kena buat sedikit research dulu dan menyesuaikannya dengan gadget yang ada. Persepsi yang mengatakan bahawa Rechargeable Batteries lambat untuk dicas sebenarnya tidak tepat. Jika kita memilih charger untuk prestasi tinggi (high end) tempoh mengecas ialah kurang dari sejam (Charger terpantas yang ada dipasaran ialah 15 minit). Jika memilih charger pertengahan (medium end), tempoh mengecas kurang dari 2 jam dan jika kita memilih normal charger (low end), tempoh mengecas ialah 6 jam. Kebanyakkan pengguna memilih normal charger di sebabkan faktor harga yang murah dan menganggap semua Rechargeable Batteries/Charger semuanya sama.
Labels:
Battery,
Gadgets,
Rechargeable Battery,
Review,
Technical
21 May, 2008
Reflash My XDA II

Minggu lepas PDA O2 XDA II kesayangan nih mogok! Tak tau apa pasal. Mungkin sudah terlalu banyak install software atau pun terdapat "BUG" pada ROM yang aku gunakan tue. Nampaknya untuk menyelesaikan masalah ini, terpaksalah aku reflash semula ROM PDA tue. Dalam masa berkira-kira hendak reflash ROM tue terfikir gak samada nak kekal menggunakan "Self Cooked ROM" atau pun nak kembali ke ROM Original O2.
Akhirnya Aku buat keputusan untuk kembali ke ROM Original O2. Carik fail ROM dalam simpanan.. tak jumpa! Nampaknya kena download la dari Official Site O2! Pergi ke http://www.seeo2.com/ (Official Link) tetiba link tersebut di redirect ke link baru http://www.mwg.com/ Rupa-rupanya O2 dah tak de lagi di dunia nih.. semua brand O2 dah jadi MWG! Nasib baiklah MWG masih lagi support model lama O2.. dapatlah download ROM Original XDA II nih. :)Sebenarnya macam-macam ROM aku dah pernah cuba kat PDA nih.. daripada yang Official sehingga ke "Self Cooked ROM", semuanya Aku dah cuba. PDA R&D lah katakan.. belasah jer.
Seperkara yang amat menarik mengenai XDA II nih ialah walaupun ianya model lama masih ramai pengikut/pemilik pda phone ini. XDA II ini lebih dikenali dengan nama "Himalaya" di internet. "Himalaya" ialah nama kod untuk Projek PDA tersebut semasa di kilang. PDA ini di keluarkan oleh HTC! Dahulunya HTC tidak mengeluarkan PDA jenamanya sendiri. Cuma kebelakangan ini HTC telah berjaya mengeluarkan PDA jenamanya sendiri selepas mengambil alih Dopod. Oeh kerana PDA ini mempunyai ramai pengikut, untuk mendapatkan ROM upgrade amatlah mudah. Dari ROM 2003 yang original kepada versi modified/Self Cooked WM2003SE dan yang terbaru Windows Mobile 6! Semuanya ada untuk Xda II.
ROM asal untuk PDA ini sebenarya ialah Windows Mobile 2003. Oleh kerana model ini amat popular, terdapat sekumpulan pengguna/programmer yang berjaya membuat "reverse engineering" terhadap ROM daripada model PDA yang lain untuk di port ke XDA II ini. Pemilik XDA II sememangnya amat bertuah kerana berpeluang untuk mencuba Windows Mobile 6 tanpa perlu membuang duit untuk mendapatkan model PDA terbaru.
Walaupun pemilik XDA II boleh reflash ROM PDA kepada yang lebih baik, masih terdapat sedikit kelemahan atau restriction yang memang tidak dapat dibetulkan sehingga kini. Restriction tersebut ialah berkaitan kamera. Setelah berjaya reflash ke Windows Mobile 6, mode video untuk kamera tidak dapat digunakan dengan baik dan kualti imej gambar akan terjejas. Sebenarnya ramai pemilik XDA II tak menggunakan sangat kamera nih pun. Resolution cuma 0.3 megapixel! Walau dalam standard ROM pun imej dari kameranya memang dah tak cantik..hehe. Untuk pemilik XDA II yang adventurous bolelah mencuba untuk reflash ROM kepada ROM Windows Mobile 6! Nothing to loose.. as long as kamu dah backup dan sync semua data-data penting ke PC. Reflash ke Windows Mobile 6 seumpama memberi nyawa baru ke XDA II anda :)
Dan jika tidak seronok dengan ROM yang baru..atau terlalu rindu dengan fungsi kamera pada Windows Mobile 2003, bila-bila masa boleh reflash ROM XDA II ke ROM yang Asal/Original! Sangat fleksiblel!
18 May, 2008
Segamat Trip - Part 2
Sampai di Hutan Lipur Sungai Batang, Bekok dah agak lewat.. kira-kira jam 5:00 petang. Bila sampai di sana kebanyakkan pengunjung sudah mahu pulang! Maklumlah tadi pengantin lambat tiba tadi.. pukul 3:30 baru di kompang.
Apa-apa pun kami telah selamat sampai di sana, walaupun dalam perjalanan tadi hujan, Alhamdulillah apabila sampai di sana keadaan cuacanya cerah. Hilang rasa penat memandu bila melihat pemandangan yang indah dan tenang di situ.

Nurin mula-mula takut nak mandi.... bila dah masuk ke dalam air, dia dah tak mahu naik lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)

