25 October, 2009

Edisi Percuma AVG Anti-Virus 9.0

Bila memperkatan tentang Anti Virus, sudah pasti ramai yang mengakui keperluannya.  Walau pun  kesedaran tentang keperluannya telah meningkat,  tahap kesediaan untuk membeli masih lagi rendah!



Namun kita bernasib baik kerana terdapat beberapa buah syarikat pengeluar perisian Anti Virus seperti AVG  yang masih lagi menyediakan perisian Anti Virus percuma.   Versi terbaharu ini ialah  AVG Anti Virus Versi 9.0 - Edisi Percuma.,  Perlindungan asas daripada virus, perisian pengintip dan ancaman yang dibawa oleh web.
    Setelah mengujinya selama beberapa hari, didapati bahawa prestasinya adalah lebih baik berbanding Versi sebelumnya iaitu Versi 8.5.  Alokasi "CPU resource" juga lebih baik, walaupun sedang melakukan "Full System Scan", "CPU resource" masih berada di sekitar 40% - 60%.  Ini bermakna kita masih lagi melakukan aktiviti seperti melayari halaman web ketika scanning dilakukan.  Prestasi yang amat bagus walaupun ianya cuma versi percuma.

    Walau bagaimana pun untuk perlindungan yang lebih sempurna dan menyeluruh pengguna dinasihatkan untuk beralih kepada versi komersial iaitu AVG Anti Virus 9.0 dan AVG Internet Security 9.0

    Nota:  AVG Anti-Virus Free Edition hanya tersedia untuk penggunaan satu komputer untuk kegunaan rumah dan bukan komersil.


    .

    24 October, 2009

    Activate Facebook Via SMS

    Untuk mengkatifkan servis Facebook Via SMS sila taip F dan hantar ke 32665.  Selepa itu Anda akan menerima Facebook Mobile comfirmation code.  Masukkan code tadi ke akaun Facebook.  Log in ke http://www.facebook.com dan  klik --> Settings --> Account Settings --> Mobile.  Done!




    Mulai sekarang semua orang boleh ber "Facebook"!  Tak perlu smartphone yang canggih. Hanya set handphone basic pun sudah memadai.  Anda akan dikenakan caj RM1 seminggu untuk "unlimited usage". 



    Untuk tutorial bagaimana menggunakannya sila rujuk http://www.facebook.com/mobile/?settings#/mobile/?texts

    23 October, 2009

    Celcom Blue Vs New Xpax


    Menjadi warga "Celcom Blue" sejak beberapa bulan yang lepas.  Sejak itu tak perlu mengingati tentang bila perlu untuk menambah nilai!   Yang Aku tahu, Plan panggilan Aku akan tamat tempoh pada tahun 2011!  Memang mudah bila ada plan yang membolehkan kita kekal aktif sehingga 2 tahun! 


    Celcom Blue

    Kesimpulannya plan ini sesuai untuk golongan yang kurang membuat panggilan dan untuk golongan yang tidak suka menambah nilai kredit panggilan terlalu kerap (orang yang selalu lupa / buat-buat lupa / Ingat-ingat lupa).  Selain daripada itu plan ini juga sesuai untuk dijadikan  talian untuk sistem keselamatan/pengawasan premis dan kenderaan berasaskan teknologi GSM kerana kos operasinya yang murah!



    Xpax

    Sementara itu, Azza pula telah  Aku "migrate" kan  dari plan Xpax Mid ke plan terbaharu Xpax  pada minggu yang lepas.  Oleh kerana Azza memang kerap membuat panggilan ke kampung, Aku merasakan yang plan terbaharu ini amat bersesuaian.  Lagipun tak semua saudara-mara kita menggunakan talian Celcom!  Maklumlah sekarang ini, walaupun nombor dihadapannya 019 tak semestinya Celcom, boleh jadi Maxis atau Digi!

    Plan Xpax terbaharu pula lebih menarik dengan pengenalan panggilan "15 pax"!   Semua nombor dari semua rangkaian boleh didaftarkan ke dalam "15pax" untuk menikmati kadar panggilan dan SMS yang lebih rendah.  Jadi selesailah masalah berkaitan kenalan rapat atau saudara mara yang dahulunya menggunakan Celcom kemudiannya bertukar ke rangkaian lain! 

    Kesimpulannya plan Xpax terbaharu ini memang sesuai untuk pengguna yang kerap membuat panggilan dan menggunakan perkhidmatan SMS ke raingkaian yang berlainan.

    Nota: Ini bukan promo Celcom. Aku tak dibayar sesen pun..

    22 October, 2009

    Syawal 09 - Part 3

    Kereta Abah yang rosak dan ditinggalkan di hadapan rumah makcik memang perlu dibaiki segera.  Pagi-pagi lagi Aku telah sampai ke bengkel untuk berjumpa dengan mekanik.  Setelah menerangkan keadaan kereta tersebut, berkemungkinan masalah yang dihadapi berkaitan dengan "Drive Shaft"!
    Mekanik biasa yang membaiki kenderaan Aku itu tidak keberatan meninggalkan bengkelnya untuk dibawa melihat keadaan kereta Abah.  Setelah melihat dan melakukan beberapa ujian, memang sahlah bahawa "Drive Shaft" kereta tersebut telah "loose".   Abah pun seolah-olah tidak percaya pada mulanya kerana sebulan sebelum puasa beliau baru sahaja menukarnya.  Apa-apa pun mungkin sudah nasib, komponen yang digantinya itu rosak terus... sebelum diganti sebulan yang lalu, ianya masih boleh digunakan cuma agak bising apabila kenderaan itu bergerak. Hmm sebab itulah ianya ditukar!

    Oleh kerana kereta itu tidak boleh bergerak langsung, ianya terpaksa ditunda ke bengkel.  Setelah sampai di bengkel, komponen yang rosak itu segera dibuka dan komponen baru dipesan.  Oleh kerana hari itu ialah Hari Jumaat dan sudah hampir tengahari, kami pun pulang ke rumah untuk bersiap ke masjid untuk Solat Jumaat.

    Sebaik sahaja balik dari masjid, mekanik tersebut menelefon dan mengatakan bahawa kereta telah siap diperbaiki.  Kami segera ke bengkel untuk melihat kereta dan seterusnya menyelesaikan bayaran untuk kos menarik dan membaiki kereta Abah.  Nasib baik juga harganya tidak berapa mahal.  Kena juga RM305!  Diskaun RM5...

    Setelah kereta itu sudah boleh bergerak,  kami meneruskan program berziarah ke rumah Pakcik di Taman Universiti yang tergedala semalamnya.  Aku pergi rumah Pakcik 2 kali :D  Malam semalamnya bersama-sama Pakcik-Pakcik yang lain dan sekali lagi bersama Abah..

    21 October, 2009

    Syawal 09 - Part 2

    ,Kami balik ke Johor pada Hari Raya ke 4. Pada asalnya memang mahu terus balik ke Kluang tetapi Aku membuat keputusan untuk balik ke Batu Pahat sebaik sahaja keluar dari Plaza Toll Air Hitam. Terkejut "Nyaie" bila kami tiba ke kampung sekitar pukul 12:30 malam! Maklumlah orang dah tidur dan dikejutkan pula..  Kalau tak disempatkan balik ke Batu Pahat,  bila sudah kembali ke JB nanti agak sukar untuk ke sana semula.

    Esoknya kami meneruskan  program ziarah kami ke Rumah "Atuk" dan seterusnya kami ke Simpang Renggam untuk ke rumah "Nyaie" Saudara dan 2 orang pakcik (adik-adik Abah).  Selepas itu kami merancang untuk balik ke Kluang.  Tetapi setibanya kami di rumah pakcik, kami dapati Abah pun ada di sana!  Hmm tak jadilah kami nak balik ke Kluang!  Kami sebaliknya merancang untuk pergi bersama-sama ke Kulai untuk menziarah Pak Long dan seterusnya ke JB.

    Sebenarnya banyak perkara menjadi tidak teratur sejak awal kami memulakan perjalanan berikutan terdapatnya masalah dengan rangkaian Celcom pada hari tersebut!  Kebanyakkan rancangan yang dibuat semuanya spontan.  Kali ini memang betul-betul beraya.. tanpa henti!

    Maghrib di rumah Pak Long dan kemudiannya Pak Long sekeluarga bersama-sama ke JB untuk ke rumah Makcik (Cik Ju).  Dari rumah Makcik (Cik Ju) kami ke rumah seorang lagi Makcik (Cik Jot) yang berada di Skudai.  Dari Skudai kami meneruskan perjalanan ke Taman Universiti untuk ke rumah seorang lagi Pakcik (adik Abah).  Sebaik sahaja kami ingin meneruskan perjalanan,  tiba-tiba kereta Abah mengalami kerosakkan!  Oleh kerana jam pun dah menunjukkan lebih kurang pukul 10:30 malam, Aku mencadangkan supaya Abah sekeluarga bermalam di rumah makcik dan esok pagi Aku berjanji akan uruskan penghantaran keretanya ke bengkel.

    Kami meneruskan perjalan ke Taman Universiti tanpa Abah. Setibanya di sana mereka amat terkejut mendengar berita tentang musibah yang dihadapi oleh Abah.  Manakan tidak.. kami bersama-sama bertolak dari Simpang Renggam ke Kulai melalui Lebuhraya Plus dan kemudiannya ke JB tanpa sebarang masalah petang tadi..  Hmmm.. nasib baik juga kereta Abah tak rosak semasa di lebuhraya!  Kalau tak tentu lebih banyak masalah!

    Alhamdulillah kenderaan kami tidak menghadapi sebarang masalah walaupun sejak dari raya ke 2, kami memang agak banyak berjalan..  Skudai --> Kluang --> Seremban --> Rembau --> Batu Pahat --> Simpang Renggam --> Kulai --> JB --> Skudai .. Memang amat meletihkan! Perjalanan telah pun merangkumi lebih kurang 1100 km!