19 May, 2009

Jaguh Buat Hal - Part 2

Petang semalam Jaguh ni buat hal lagi.. Tak nak hidup! Switch on ignition key..press start button..nothing happen! no light.. no indicator! Dah berusaha tolak, pun tak mahu hidup. Kesian kat Zafren sebab bantu menolak Jaguh ni dua tiga "round"! Dahlah kerja yang dibuat tak dapat disiapkan dengan sempurna, masa nak balik "bike" buat hal pula!

Akhirnya kami bersetuju untuk membuka baterinya dan bawa ke kedai motor berhampiran untuk di uji simpanan kuasanya. Setibanya di sana, Aku terus meminta mekanik disitu mengujinya dan memang "confirm" bateri dah "flat". Memandangkan bateri ini dah pun digunakan hampir 2 tahun, rasanya lebih baik ditukar kepada yang baru. Kali ini Aku pilih dari jenis "Maintenance free" sebab harga dengan yang jenis biasa lebih kurang sama.



Kiranya Aku pun agak terdesak sebab kalau tak dibeli, Jaguh tu terpaksa ditinggalkan di Nusa Bestari ( Petang itu Aku ke sana sebab ada kerja yang perlu dibereskan). Rasanya kedai tu pancung Aku cukup-cukup :( Kalau di kedai "spare part" Aku boleh dapat dengan harga yang lebih murah! Apa-apa pun tak kisahlah janji Jaguh dapat dihidupkan.

Sementara menunggu bateri yang baru dibeli itu dicas sepenuhnya, kami pun ke kedai mamak berhampiran untuk makan malam. Setelah selesai makan, kami singgah semula ke kedai motor untuk mengambil bateri yang telah siap dicas dan terus ke "office" untuk dipasang ke Jaguh. Alhamdulillah setelah siap dipasang, Jaguh dapat dihidupkan :D Lega.. Selesai satu lagi masalah!

Anyway terima kasih kepada Zafren sebab membantu Aku menolak Jaguh yang berat itu dan makan malam di mamak! Ish.. segan betul dengan dia sebenarnya. Patutnya Aku yang "wajib" belanja dia makan. Dah terbalik pula!

2 comments:

anif® said...

pe lagi.. belanja la next time.. no prob..(mcm saya plak zafren)

anif® said...

Hahaha.. dah belanja dia tempohari.