11 March, 2010

Lepas SPM.. Part 2

Kejadian ini berlaku ketika di dewan ujian untuk peperiksaan bertulis.. Untuk melayakkan Aku mendapat Lesen Belajar Memandu "L".

Seperti biasa kami di minta seorang demi seorang, untuk membaca carta yang mengandungi aksara untuk menentukan keadaan pengelihatan sebelum dibenarkan masuk ke dewan untuk menduduki ujian bertulis.



Kami cuma dikehendaki menyebut apa yang ditunjukkan secara rawak sahaja. Tidaklah sesusah mana pun.. bahkan untuk yang rabun pun amat mudah. (dengan syarat kena pakai kaca mata lah), kalau tak tentu semuanya kabur!

Kemudian tiba giliran seorang yang pemuda yang hampir sebaya dengan Aku. Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan memintanya menyebut huruf yang beliau tunjukkan..

Pegawai: Ini huruf apa?
Pemuda: "A"
Pegawai: Bagus. Yang ini pula?
Pemuda: "B" eh bukan "D" eh..
Pegawai: Kenapa dengan Awak ni? Awak rabun ke?
Pemuda: Tak.. 
Pegawai: Habis tu?
Pemuda: Errr.. Saya tak tahu membaca!
Pegawai: Laaa... macam mana kamu hendak ambil ujian bertulis nih?

Rupa-rupanya sejak dari tadi, pemuda tersebut menghafal jawapan yang orang lain berikan. Tapi macam mana nak hafal kalau semuanya ditunjukkan secara rawak?  Kasihan sungguh Aku padanya.

Balik dari menduduki ujian, Aku menceritakan perkara itu pada Abah. Menurut Abah, di zamannya ujian untuk mengambil lesen belajar memandu dijalankan secara temuduga. Oh! Mungkin pemuda tadi diberikan "option" tersebut. Jadi tak perlulah Aku risaukannya :D

Sekarang ujian memandu bertulis sudah tiada lagi, sudah diganti dengan ujian berkomputer. Lebih cepat dan efisien tetapi kalau masih tidak tahu membaca tetap tidak boleh lulus!

Gambar, kredit - http://www.allaboutvision.com/eye-test/

10 March, 2010

Lepas SPM.. Part 1

Sembilan belas tahun dahulu, Sebaik sahaja tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional... 

Ada lebih kurang tiga bulan sebelum keputusan peperiksaan diumumkan. Pada masa itu Aku tercari-cari aktiviti yang sesuai untuk dilakukan. Tiba-tiba Abah mencadangkan supaya Aku belajar memandu dan Aku terus sahaja bersetuju dengan cadangannya tanpa berfikir panjang.. "Cool".

Keesokan harinya Aku terus mendaftar di sekolah memandu. Pada masa itu, Modul Kurus Pemanduan Berhemah selama lapan jam baharu sahaja diperkenalkan Jabatan Pengangkutan Jalan. Kalau tak silap, kami merupakan "batch" kedua yang menghadirinya. Pada masa tersebut, yuran belajar memandu boleh dirunding. Maksudnya jika sudah pandai membawa kereta atau menunggang motorsikal, yuran yang dikenakan lebih rendah dan begitu juga sebaliknya. Belajar memandu dan menunggang juga tidak perlu ikut jam. Kalau rajin hari-hari pun boleh berlatih dan itu pun yang Aku lakukan.

Disebabkan Aku menumpang Abah setiap pagi untuk ke sekolah memandu, Aku tiba awal sebelum sekolah memandu itu dibuka! Bila staff sekolah memandu itu tiba, Aku membantu mereka membuka pintu "shutter" dan mengeluarkan motorsikal dari dalam premis.

Sepanjang hampir dua bulan Aku seolah-olah sebahagian daripada staff sekolah memandu tersebut. Manakan tidak, setelah membantu mengeluarkan motorsikal, Aku diminta oleh mereka untuk mengisi minyak motorsikal sebelum ke padang latihan!  Tetapi tidak mengapa kerana Aku suka berbuat begitu. Kepercayaan yang mereka berikan menambahkan lagi keyakinan bila menunggang motorsikal cuma yang tidak seronok ialah motorsikal itu ada logo "L" yang amat besar! Untuk menyedapkan hati Aku anggap "L" itu bermaksud laju! Hehe..




Bila tiba dipadang latihan, Aku melakukan latihan seperti yang diarahkan oleh "instructor". Bila sudah lengkap rutin latihan motorsikal, Aku memulakan latihan memandu kereta pula. Begitulah rutin harian sepanjang hampir dua bulan.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah Aku lulus kedua-dua ujian. Mulalah berangan-angan untuk memandu kereta ke sekolah apabila mengambil keputusan SPMV nanti. Menurut "instructor" lesen Aku akan siap dalam masa seminggu.

Seminggu berlalu, akhirnya Aku mendapat panggilan daripada sekolah memandu memberitahu bahawa lesen memandu Aku telah siap. Gembira bukan kepalang.  Petang itu juga Aku mengambilnya. Malam itu, Aku mendapat berita yang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional akan dikeluarkan esok.  Terus memberitahu Abah akan hajat untuk meminjam keretanya untuk mengambil keputusan SPMV.

Abah selamba menjawab..

"Baru dapat lesen sehari dah sibuk nak bawa kereta!, Dah, esok pergi ke sekolah naik bas aje"

Hehehe.. Oh! Zaman itu lesen  "P" belum diwujudkan lagi.

Gambar, kredit - http://cha86.blogspot.com/

09 March, 2010

Space Gambus Experiment - Review Part 2

Aku sepatutnya menulis ulasan ini bulan Januari yang lepas, iaitu sebaik sahaja Aku menerima kiriman CD daripada Encik Kamal Sabran. Tetapi apa boleh buat, ada komitmen lain yang perlu didahulukan.

Aku bukannya pengulas professional. Apa yang diulas hanya berdasarkan pengalaman yang amat cetek dan sebagai peminat muzik. Sebagai pendengar dan peminat muzik, kadang-kadang Aku tercari-cari karya yang berbeza daripada yang lain. Sebaik sahaja menerima Album Space Gambus Experiment, buat seketika Aku berjaya melupakan muzik aliran arus perdana.

Pemain CD yang telah berhabuk di atas rak dibersihkan semula. Maklumlah sudah lama tidak mendengar lagu-lagu menggunakkan CD. Muzik digital telah mematikan seni mendengar lagu! Pertama kali mendengar lagu-lagu dari Space Gambus Experiment memang mengujakan. Perasaan yang sama seperti pertama kalinya Aku mendengar Album Play Metallica By Four Cellos oleh Apocalyptica, 13 tahun yang lalu.






Muzik ini Aku kategorikan sebagai New Age, walaupun Aku sebenarnya  tidak tahu apa sebenarnya kategorinya! Walau apa pun, mendengar muzik ini membuatkan Aku seolah-olah berada diawang-awangan dan relaks. Bunyi-bunyian pelik dari kosmik dan gambus menjadikkan album ini unik. Pelik dan unik tetapi tidak menyakitkan telinga. Mantap!

Terdapat 10 buah lagu di dalam album ini.  Antara lagu-lagu yang menarik perhatian ialah Pengembara Cahaya, Sonik Al Kosmik, Gerhana, Pulang Kakanda Bulan dan Dari Dalam Kalbu.


Album ini juga memperlihatkan susunan muzik yang bagus. Muzik di dalam album ini seolah-olah bersambung diantara satu dengan yang lain. Penghasilan album ini memang amat teliti. Dari segi susunan muzik, booklet serta kulit album!  Tema "Retro" pada CD benar-benar mengembalikan nostalgia.

Album ini perlu dimiliki oleh semua. Lupakan sebentar muzik arus perdana. Hayati kehebatan album Space Gambus Experiment. Syabas diucapkan pada Encik Kamal Sabran dan rakan-rakan lain yang menjayakan album ini.

Untuk lebih lanjut sila rujuk - http://kamalsabran.blogspot.com

08 March, 2010

"Sayang" Dayang Nurfaezah feat. Marcell


Baru sahaja melihatnya di Youtube pagi ini setelah melihat status Encik Ghaz di Yahoo Messenger mengenai projek terbaharunya ini. Malas nak bercerita panjang mengenainya.. Ok layan..


Kalau anda terperasan, Isma Yusoof a.k.a Azma Aizal Yusoof pun ada di dalam "Music Video" ini. Permulaan yang baik setelah pelbagai kontroversi yang melanda beliau. Masih muda dan berbakat, belum terlambat untuk membetulkan keadaan.





Photo & Music Video, credit to The Media Hustler Sdn. Bhd.

Ccleaner - Version 2.29.1111

Utiliti mengurus cookies/temp internet files telah pun di kemaskini ke versi 2.29.111. Review mengenai perisian utiliti ini boleh di rujuk "entry" ini - CCleaner - Mengurus Cookies/Temp Internet Files


Aku menggunakkannya untuk memastikan privasi sentiasa terjamin iaitu untuk memadam "cookies" dan "temp internet files" selepasa menutup browser. Utiliti percuma dan berkualiti yang perlu ada bagi setiap pengguna Windows!




CCleaner - Freeware Windows Optimization

CCleaner v2.29.1111
  • Improved speed when loading Cleaner screen.
  • Improved Registry Cleaner speed when displaying issues.
  • Improved Registry Cleaner performance when fixing issues.
  • Changed Wipe MFT Free Space to run before Wipe Disk Free Space.
  • Improved Include and Exclude screen when browsing for folders and files.
  • Added Recursive support to Custom folders in Include screen.
  • Added support to specify multiple file types for Custom folders in Include screen and INI files.
  • Improved how Language Resource DLLs are loaded into memory.
  • Improved application detection algorithm.
  • Improved internal communication between process threads.
  • Improved file scanning when scanning system folders.
  • Improved Windows 7 and IE8 support.
  • Minor GUI text changes.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.ccleaner.com