28 September, 2009

Persiapan Raya - Part 1

Tahun ini persiapan untuk hari raya disediakan agak lewat. Maklumlah, gaji pun baru dikreditkan ke dalam akaun bank dua hari yang lepas (lagi 2 hari nak raya!). Alhamdulillah! Itu pun sudah dikira cukup bagus, kalau nasib tak baik mungkin lepas hari raya baru gaji masuk! Dapatlah kami membuat persiapan Hari Raya seadanya.

Destinasi biasa untuk kami ber "shopping" ialah di Plaza Angsana dan Holiday Plaza. Cuma kali ini kedua-dua tempat tersebut tidak semeriah tahun-tahun yang lepas. Mungkin kesan dari kegawatan ekonomi menyebabkan ramai orang berbelanja dengan cermat dan berhati-hati. Kasihan juga melihat peniaga-peniaga gerai kuih raya dan pakaian di Plaza Angsana, stok masih banyak tetapi pelanggan kurang membeli!


Seperti tahun-tahun yang lepas, Aku menunaikan pembayaran zakat fitrah di Plaza Angsana! Entahlah dah terbiasa membayarnya di "shopping complex!" jadi macam tradisi pula!


Tetapi apa yang lebih menarik tahun ini ialah selain dari membeli belah dan membayar zakat, Aku sempat juga menderma darah! Cuma esoknya memang terasa amat letih, maklumlah penat ber "shopping" masih belum belum hilang dan dalam masa yang sama menunaikan ibadat berpuasa!

Mungkin ini boleh di jadikan tradisi baru setiap kali kedatangan Ramadhan dan Syawal. Insyallah!

14 September, 2009

جاوي

كالي تراحير اكو منولس دالم جاوي 20 تحون يع لفس. تك تاحو نك دمولاكن داري مان. تاكوت ترتوليس ايت ساله. تتافي كالو تك دمولاكن تنتو اكن لوف تروس. كالو سوده لوف تنتو اكن فوفوس. اف ايت جاوي؟



nano b008 468x60








13 September, 2009

Akhirnya.. Dia Berjaya

"Abah.. Nurin haus.." Abah.. Nurin Lapar" Lagi sejam hendak berbuka puasa lebih hebat rengekkannya. "Nurin Iman kena sabar.. sekejap lagi hendak berbuka!" Ujarku. Dalam pada merengek-rengek itu, akhirnya dia tertidur! Kesiannya.. Tetapi apa yang penting Nurin Iman telah berjaya berpuasa penuh setelah beberapa kali mencuba. Alhamdulillah.

Dalam pada merengek-rengek itu, sempat juga dia meminta kuih donut, karipap dan "slurpee" untuk berbuka puasa :D

09 September, 2009

McCurry Vs McDonalds.. McDin

Tersenyum bila Aku membaca berita ini di akhbar online. Patutnya dah lama orang-orang Scotland yang mempunyai "Surname" Encik Mc menyaman McDonalds sebab menggunakan nama keluarga mereka atau menuntut royalti atas penggunaan nama tersebut!


Teringat semasa zaman "Uni" dulu ketika tinggal di Taman Kajang Utama, ada seorang peniaga burger bernama Brother Din yang berniaga di hadapan jalan masuk ke taman. Kami gelarkan Brother tu, "McDin"!

Biasalah budak-budak "Uni", bila dapat elaun atau loan pergilah ke McDonalds. Kalau sudah hujung bulan, Burger McDin pun ok juga :D

Entah ada lagi ke tak Burger Brother McDin tu sekarang? Dah lama tak ke Kajang!

08 September, 2009

Ganti Oil Seal Enjin & Fork Hadapan

Dah sampai masa untuk satu lagi "Major" servis. Projek kali ini ialah mengganti "Oil Seal" enjin dan "Oil Seal" fork hadapan. "Oil seal" enjin itu memang dah bermasalah sejak beberapa bulan yang lepas dan kemudiannya "Oil Seal" fork hadapan pun mula menunjukkan tanda-tanda kebocoran. Bila dah ada dua masalah ini barulah Aku ambil keputusan untuk menggantikannya dan buat servis enjin serentak.




Jaguh ini digunakan setaip hari untuk ke tempat kerja. Bila "Oil Seal" fork hadapan dah mula bocor, sisa minyak fork mengalir ke "Disc Brake" dan menyebabkan brek hadapan tidak mengcengkam dengan baik ketika membrek! Motor sebesar ini tidak dapat berhenti dengan sempurna tanpa brek hadapan dan belakang yang bagus. Bahaya.. sebab itu kena selesaikan secepat mngkin!

f1 b004 468x60