31 August, 2009

Merdeka!!!!

Aku taip artikel ini lebih kurang 2 tahun yang lepas di blog yang lain. Cuma kali ini Aku kemaskini dan "edit" beberapa bahagian untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.


Erti kemerdekaan masa sekolah/kolej/universiti:

1. Bila dapat keluar ke Bandar.
2. Bila dapat MC dari Hospital/Pusat Kesihatan.
3. Bila dapat balik kampung/Cuti Semester.
4. Bila dapat pergi "Swing" kat Holiday Plaza. Dataran Merdeka
5. Bila habis SPMV Exam.


Erti kemerdekaan masa alam pekerjaan:

1. Bila hutang kereta langsai (waaaaa..lambat lagi)
2. Bila hutang credit card langsai (waaaaa.. lambat lagi)
3. Bila hutang rumah langsai(waaaaa..lambat lagi)
4. Bila anak-anak dah ada kehidupan sendiri (waaaa..lambat lagi)
5. Bila pencen. (waaaaaaaaaaaa....lambat lagi aa)

Errr rasanya bila kita Aku nak merdeka sepenuhnya nih?

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Selamat menyambut Hari Merdeka kepada semua. Pada yang pulang ke kampung/bercuti sempena Hari Merdeka ni, pandulah dengan cermat dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.

24 August, 2009

Dodgy Degrees

Pendedahan Starprobe mengenai institusi pengajian tinggi yang menjalankan program meragukan memang amat dialu-alukan. Teringat semasa baru mula-mula bekerja (sekitar tahun 2000), pada masa itu ledakan internet sedang berlaku. Boleh dikatakan semua jenis perniagaan dan institusi berlumba-lumba untuk menyediakan perkhidmatan secara online. Ini termasuklah sejumlah institusi pendidikan yang "legal" menyediakan kursus PJJ secara online. Disamping itu terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab (penipu) mengambil kesempatan untuk menyediakan PJJ secara online juga. (kebanyakkannya berpusat dari luar negara)

Jika menyambung pelajaran di institusi yang sah, ianya tidak akan menjadi masalah. Yang menjadi masalah ialah apabila kita "terpedaya" untuk mengikuti kursus PJJ secara online dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Terpaksa menanggung kerugian dari segi kewangan dan "degree/diploma" yang tidak diiktiraf (palsu).



Aku pernah buat "joke" pasal belajar secara online ni. Ialah.. belajar pun secara online, bayar yuran pun secara online.. Exam pun secara online.. Dapat "result" pun secara online.. Bila dah habis belajar dan grad tentulah secara online :D Diorang akan email "degree/diploma" as an attchement.. lepas tu print sendiri.. hahaha..



22 August, 2009

Risau Tak Tentu Pasal

2 bulan yang lepas..

Sekali sekala dapat berkumpul dan bertemu saudara mara tentunya mengembirakan. Bila dah lama tak berjumpa tentulah ada banyak cerita yang ingin dikongsi bersama. Mendengar cerita dari pakcik-pakcik dan makcik-makcik tentu sekali memberikan idea dan tip bagaimana cara mengurus kehidupan dan keluarga agar lebih baik.


Dalam banyak-banyak cerita yang tentunya menarik perhatian ialah bagaimana sesebuah keluarga mengalami pengalaman pertama seperti menghantar anak belajar di IPT/Sekolah berasrama dan menguruskan majlis perkahwinan yang pertama dalam keluarga.

Semestinya ibu bapa adalah insan yang paling risau manakala yang punya diri (anak) menggangapnya biasa sahaja. Yang terlebih-lebih ni ibu bapanya, risau tentang perkara yang remeh-temeh :D

Hari Pertama Ramadhan

Alhamdulillah kami sekeluarga berjaya mengharungi hari pertama ramadhan. Orang yang paling "excited" untuk berpuasa sebenarnya Nurin Iman. Walaupun Nurin Iman agak sukar untuk dikejutkan dan sedikit merengek bila dah bangun, namun dia tetap bersahur bersama-sama kami.

Mungkin tahun ini dia berjaya untuk berpuasa penuh buat pertama kalinya. Semuanya nampak elok sehinggalah tengahari bila Nurin Iman merengek nak makan "koko crunch"!

20 August, 2009

Zoo Johor 2009

Kali terakhir kami pergi ke zoo, kalau tak silap pada 2007! Kami ke Zoo Negara! Kali ini kami ke Zoo Johor. Dah bertahun tak ke Zoo Johor! Sebenarnya ianya tak dirancang sama sekali. Kebetulan semalamnya, Aku baru balik dari Jakarta dan mendapati seisi rumah mengalami demam. Azza dan Nurin Amani baru hendak deman. Manakala Nurin Iman pula sudah 2 hari demam dan beransur pulih.






Pihak sekolahnya telah merancang untuk ke Zoo Johor pada minggu yang sebelumnya. Nurin Iman tahu pada hari tersebut cikgu dan rakan-rakan sekelasnya hendak pergi ke Zoo Johor. Dia kelihatan amat bersemangat untuk mengikutinya walaupun demamnya belum pulih lagi. (Dia masih dalam cuti) Terpaksalah kami membawanya ke sana dan seterusnya berjumpa dengan rakan-rakanya yang telah sedia sampai. Kebetulan pada masa itu ibu mertua pun ada di rumah, jadi kami pun membawanya sekali ke sana.


Tak banyak perubahan struktur di Zoo Johor, tetapi sekarang ianya lebih cantik dan kemas. Haiwan-haiwan juga kelihatan lebih terurus dan berjaga. Syabas diucapkan kepada kakitangan dan pihak pengurusan Zoo Johor! Tiket masuk, Dewasa RM2 dan Kanak-kanak RM1! Rasanya paling murah di Malaysia.