28 September, 2008

10 years Old Satria

Setiap kali menyambut raya, Aku punya "first priority" ialah kereta! Selain dari persiapan Hari Raya, aspek penyelengaraan kereta amat Aku titik beratkan kerana perjalanan yang lancar menuju destinasi akan lebih memberi makna di Hari Raya nanti. Maklumlah di musim perayaan ini, kereta akan di gunakan semaksimum mungkin dan tentunya jika penyelenggaran yang tidak sempurna akan menyebabkan "breakdown"!


Kereta ini akan di selenggara setiap 5,000km untuk enjin dan setiap 20,000km untuk kotak gearnya. Aku sememangnya dah terbiasa untuk buat service setiap 5000km. Pernah cuba untuk buat setiap 8,000km dan 10,000km tapi rasa macam terlalu lama dan kurang sesuai untuk kereta yang dah berusia 10 tahun ni :D Lagipun kalau "service interval" nya 5,000km, sebarang tanda awal kerosakkan akan dapat dikesan dan dibetulkan sebelum ia merebak menjadi masalah besar!



Tayar memainkan peranan penting. Kadang-kadang Aku perhatikan ramai yang terlepas pandang tentang penjagaan tayar. "Tyre Rotation" perlu dilakukan setiap 10,000km. Dengan memerhatikan tayar, kita juga boleh mengetahui samada "absorber" kereta dalam keadaan baik atau tidak.




Bila kereta telah diselenggara dengan sempurna, Insyallah pemanduan tentu akan menjadi lebih lancar. Rancang perjalanan dan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan akan menambahkan lagi keyakinan dan ketenangan ketika memandu.

23 September, 2008

Tidak

Kita akan menghadapi masalah jika tidak mampu berkata "tidak" . Itulah perkataan yang boleh manamatkan rasa bersalah dan menunjukkan yang kita ini sesorang yang boleh membuat keputusan. Berkata tidak memang agak sukar terutamanya terhadap ahli keluarga dan rakan-rakan, tetapi lebih sukar jika kita tidak mengatakannya walaupun kita tidak bersetuju!

Banyak perkara sebenarnya terjadi kerana pada mulanya kita tidak bersedia untuk berkata "tidak" kerana hendak menjaga hati atau mengambil jalan tengah untuk meredakan sesuatu perkara. Akhirnya perkara yang tidak diingini berlaku disebabkan pada awalnya kita ragu-ragu untuk mengatakan "tidak".

Belajar berkata "tidak" pada perkara yang kita tidak suka atau tidak berkenan kerana ini akan menyelamatkan kita daripada terus terjebak, terjerat dan rasa bersalah. Lagipun keberanian untuk berkata "tidak" menunjukkan yang kita ini mempunyai pendirian yang teguh!

11 September, 2008

Bazar Ramadhan @TUTA

Dah sebelas hari berpuasa dan inilah kali pertama Aku sekeluarga ke bazar ramadhan. Selalunya kami berbuka di rumah, Azza memasak. Entah tiba-tiba hari ini teringin nak makan murtabak. " Haa nak makan murtabak ayam! "


Terus ke gerai menjual murtabak dan Azza terus membeli 3 keping murtabak. Dua daging dan satu ayam. Keluarga kami kecil :) 3 keping cukuplah untuk sekeluarga. Lagipun Aku memang tak berapa selesa berbuka dengan banyak juadah. Bukannya boleh habis semuanya pun kalau ada banyak makanan. Nanti sampai sahur pun masih berbaki lagi. Membazir!




Berpuasa sememangnya berkaitan dengan mengawal nafsu. Kita diibarat berperang menentang hawa nafsu. Rasanya ramai antara kita tewas semasa berbuka puasa bila membeli juadah macam dah tiada hari esok. Apa-apa pun, hari ini tercapailah hajat untuk makan murtabak ayam.

02 September, 2008

Perang Browser?

Akhirnya browser yang di tunggu-tunggu telah pun sedia untuk di download. Browser dari Google ini di panggil "Google Chrome" sudah pastinya akan memberi saingan kepada Internet Explorer. Teringat masa lewat 90an, perang browser antara Internet Explorer vs Netscape dan kemudiannya Internet Explorer vs Mozilla.
Pakailah mana-mana browser pun. Sebenarnya ini ialah masalah citarasa. Kalau tak suka Internet Explorer pakailah Mozilla Firefox. Kalau tak suka Mozilla Firefox boleh cuba Opera atau Safari dan kalau nak mencuba browser Google Chrome apa salahnya. Kesemuanya percuma!

Aku dah cuba dan guna kesemuanya..haha

Download Google Chrome
Download Safari
Download Opera
Download Mozilla Firefox
Update Internet Explorer 7

Nasi Lemak..

Bulan 6 yang lepas ada buat posting tentang My Mum's Nasi Lemak yang sedap. Nampaknya itu lah kali pertama dan terakhir Aku dapat rasa nasi lemak itu. Kedai Star Mart (Caltex) menjual nasi lemak tue dah tak beroperasi lagi! Haa dah tutup! Tak tau lah kenapa... hmmmm..


Posting asal