28 June, 2008

My Mum's Nasi Lemak Telur

Sarapan yang sempurna untuk memulakan hari Ahad. Hehe.. selalunya hari Ahad nih ialah hari menonton tv dan surf internet secara marathon, dari pagi sampai malam :) kalau tak ke mana-mana la.


Pagi tadi ke Caltex belakang rumah nih. Tujuan asal ke Caltex tue sebenarnya nak beli diet Coke. Tetiba ternampak plak nasi lemak nih atas shelf. RM1.60 sebungkus. Nampak macam best jer dan beli la satu.



Err kalau makan nasi lemak @3:00 am + diet Coke kira breakfast ke? Breakfast la kot sebab dah pagi :) huhu..

Hari Sabtu Yang Padat

Hari yang penuh dengan aktiviti, huhu. Pagi ke Majlis Perjumpaan Alumni di sekolah. Memang memenatkan tapi seronok ketika di sekolah kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan senior dan junior serta guru-guru. Alhamdulillah segala aktiviti yang di rancang untuk memformalkan aktiviti alumni berada di landasan yang betul. Satu initiatif yang agak menarik bagi PIBG, pengurusan sekolah dan bekas pelajar kerana berusaha menjadikan perjumpaan ini menjadi kenyataan.


Class of 85 and 86

Menarik mengenai Class of 85 and 86 nih sebenarnya Aku jumpa mereka di internet, well melalui Projek Wachaaaaaaaaa® yang Aku buat tue. Peluang hari memang Aku takkan lepaskan untuk berjumpa mereka terutamanya Bro Zali. Setelah berbalas-balas mesej di blog dan YM akhirnya berjaya juga memujuk mereka supaya menyertai projek alumni nih. Tentulah sebab mereka ini ialah dari batch pertama dan kedua sekolah ini. Majlis takkan meriah tanpa mereka :)

Sayangnya Aku terpaksa balik awal tengahari tu sebab Abah akan datang dari Kluang untuk menghantar adik mendaftar di Kolej Islam Johor di Larkin. Sebenarnya Aku pun tak pasti kolej tu di mana, cuma agak-agak aje berdasarkan peta yang di sertakan tak jauh dari rumah Aku nih. Setelah tiba di kolej itu, kami terus mencari pejabat pendaftar untuk melapor diri dan mendaftarkan Adik ke situ. Proses pendaftaran berjalan dengan lancar.

Pejabat Pendaftar Kolej Islam Johor


Selesai mendaftar di kolej, kami terus ke asrama penginpan KYPJ yang terletak tidak jauh dari kolej. Pendaftaran di asrama penginapan juga berjalan dengan lancar. Setelah mendapat kunci dan memindahkan barang dari kereta ke bilik, kami pun keluar untuk makan tengahari yang lewat. Err makan tegahari pada pukuil 4 petang! Maklumlah Aku bujang sekarng nih, masa Abah tiba di rumah tadi pun Aku dah pesan dengan Abah yang kita akan makan tengahari di luar.

Pejabat asrama


Bangunan asrama

Keluar dari asrama terus ke Plaza Larkin untuk makan. Setibanya di sana kami terus ke gerai makan. Kami sekeluarga memang dah lapar! Kami memesan makanan yang paling cepat di sediakan, Nasi Ayam!

Nasi Ayam.....


Nampak mereka semua dah lapar..kejap jer clear semuanya :)

Alia datang JB tapi Nurin Iman dah balik Seremban lah..

27 June, 2008

Dinner @Mamak..again!

Ahaha.. makan malam kat mamak lagi :) Sebenarnya dah tak tau nak makan apa.. perut dah lapar, nak sesuatu yang cepat! Mana lagi, mamak la. Hari ini makan yang simple. Order Nasi goreng mamak + ayam huhu. Teh O ais limau.

Teh O ais limau

Trademark mamak aa, mesti ada pisang atas meja

huhu Nasi goreng mamak + ayam

22 June, 2008

Nurin Amani - Part 2

Azza dan baby di benarkan keluar dari wad pada 18/06/2008. Kami sampai di hospital pada waktu melawat tengahari dan Aku pun terus menguruskan pembayaran bil hospital. Memandangkan hari itu terdapat ramai ibu-ibu yang akan discharged sama, pengurusan dokumen menjadi lambat sedikit. Setelah doktor siap menulis laporan, kami di berikan sedikit taklimat oleh ketua jururawat mengenai pendaftaran kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara, dokumen-dokumen yang diperlukan dan prosedur yang perlu diikuti semasa membuat pendaftaran. Taklimat yang disampaikan itu sangat jelas dan amat membantu.

Terima kasih kepada semua kakitangan wad 1A di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kerana memberi layanan yang baik semasa Azza dan baby berada di sana.

20 June, 2008

Nurin Amani - Part 1

Alhamdulillah Nurin Amani selamat di lahirkan pada 17/06/2008, awal 2 minggu dari due date. Rasanya dia dah tak sabar nak melihat dunia. Anyway Aku amat bersyukur sebab kedua-duanya sihat. Memang agak terkejut juga pada mulanya apabila menerima panggilan daripada Azza mengatakan yang dia dah terasa sakit malam tue (Isnin, 16/06/08). Aku pun terus ke Terminal Bas Larkin untuk mendapatkan tiket untuk balik ke Seremban malam itu juga. Nasib nampaknya menyebelahi Aku, dapat tiket dari kaunter Plusliner untuk perjalanan jam 9:30 malam. Alhamdulillah.

Sampai di Seremban lebih kurang pukul 1:00 pagi. Nazri, Emak, Azza dan Nurin datang menjemput Aku di Terminal One. Aku ingatkan Azza dah ada di hospital, rupa-rupanya dia tunggu Aku sampai dari JB! (Kalau ikutkan perancangan yang telah pun dibuat, sebaik sahaja Azza merasa sakit, Abang ipar kami akan diminta untuk menghantar Azza ke hospital). Kami terus ke Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban. Azza di daftarkan masuk ke wad lebih kurang pukul 1:40 pagi.




Tengahari itu Aku dan Emak melawat Azza dan bawakan dia masakan dari rumah. Masakan hospital mana best hehe. Menurut Doktor, Azza dijangka bersalin malam nanti. Hmmm.. Harap-harap sempatlah nak ke hospital malam nanti.

7:45 malam, Azza telefon rumah emak mengatakan yang dia akan dipindahkan ke "labour room". Kali ini Aku bertekad untuk sampai ke hospital secepat mungkin. Sampai di hospital dalam pukul 8:30 malam dan Aku terus ke labour room. Menunggu hampir sejam setengah namun tiada apa-apa berita. Kemudian keluar seorang Doktor pelatih memanggil nama Aku. Aku pun tanpa melengahkan diri terus mengikutinya masuk ke labour room. Hospital Seremban memang sudah diiktiraf sebagai hospital mesra bapa sejak 1999. Ini bermaksud bahawa suami boleh menemani isteri semasa proses kelahiran.


"Awak nak temankan isteri masa bersalin nanti? "

"Kalau setuju sila baca borang ini dan tandatangan di bawah"

"Err Saya Ok.. nak masuk temankan isteri"

"Ramai orang cakap dia ok..tapi bila nampak darah dia pengsan"

"Insyallah saya ok"


Bila dah isi serta menandatangani borang dan mendapat pelepasan untuk menemani isteri sewaktu bersalin, Aku terus di arahkan ke bilik no 2. Memang kesian tengok isteri yang sedang sakit nak bersalin.. tak dapat nak digambarkan. Azza tak lekang beristifar sepanjang waktu semasa berada di labour room.

Aku menemai Azza dari mula sehingga selesai proses kelahiran. Memang ini merupakan satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan seumur hidup. Peluang seperti ini sepatutnya mesti diambil oleh semua bapa! Tempat jam 10:36 malam, Nurin Amani selamat dilahirkan. Alhamdulillah!

Pukul 12:45 malam Azza dan baby telah pun di pindahkan semula ke wad. Setelah mereka berdua di pindahkan di wad barulah Aku berpeluang untuk mendukung Amani buat kali pertama dan mengazankannya. Azza kelihatan gembira dengan kehadiran baby baru kami.

Pagi itu doktor mengesahkan Azza dan baby sihat. Tengahari nanti baby dan emaknya dah boleh keluar wad. Tak sabar nak tunggu orang baru balik ke rumah!