15 October, 2007
13 June, 2007
16 April, 2007
Pikom PC Fair - (13-15/04/2007) City Square, JB
PC Fair nih kira event setiap tahun yang Aku pegi.. cuma kali nih pegi hari terakhir belah malam..orang pun dah tak ramai. Senang nak carik parking kereta. Follow PC Fair sejak zaman aku kat UKM lagi..first edition kat PWTC sampai la sekarang nih.. Kalau dulu2 masa kat U..pegi PC Fair naik komuter.. pas tue balik beli printer..mak aiii siksa woo pikul printer naik komuter..

Yummmmmmmmmm..........................................
Bila ada event IT macam nih baru la tau ramai warga JB yang gila IT. Tapi bila hari biasa IT mall kat Landmark tue sunyi sepi.

Apa yang murah? Hmmm... rasanya LCD Screen & Memory card kot yang lelain biasa jer aku tengok.
Labels:
Jalan-Jalan,
Keluarga,
Nurin Iman,
PC Fair
11 April, 2007
Zoo Negara..
Hmmm.. Janji dengan Nurin nak ke Zoo memang dah lama.. tapi disebabkan terlalu sibuk dengan kerja terpaksalah ditangguhkan. Kebetulan pada bulan Mac yang lalu ada majlis perkahwinan anak pakcik sebelah Orang rumah (di Wangsa Maju). Kami pun mengambil keputusan untuk ke Zoo Negara selepas balik dari menghadiri majlis tersebut.. Kali terakhir ke Zoo Negara ialah pada tahun 1988. Err masa Tingkatan 2!!!

Walaupun dah lama tak ke sana, tak banyak perubahan yang berlaku. Apa yang pasti, Nurin sangat "excited" apabila sampai di sana. Tiket masuk RM15 untuk dewasa, RM6 untuk kanak-kanak. Bawah usia 3 tahun FOC.
***"Lepas nih nak pegi mana Abah?"
***"Bear!! Bear!!"
***"Cipan/Tapir"
***"Emak yang ini apa?"
Labels:
Jalan-Jalan,
Keluarga,
Nurin Iman
03 November, 2006
Pandai..
Haaa.. sekarang Nurin dah pandai cakap.. "Jelas & tak pelat" cuma kadang-kadang susun atur ayat masih tunggang langgang. Satu lagi.. dia dah pandai melawan, kalau ada orang kacau dia..dia akan balas balik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Inilah Baju Raya Saya..


Nurin Iman 3 Tahun!

Nyummmmmmm...
