20 October, 2009

Syawal 09 - Part 1


Syawal kali ini disambut dengan kadar sederhana. Persiapan untuk menyambutnya lebih tertumpu untuk anak-anak dan isteri. Tahun ini giliran kami untuk pulang ke Negeri Sembilan.

Aku berpeluang untuk bercuti panjang bermula pada Sabtu 19/09/2009 dan mula berkerja semula pada Hari Isnin 28/09/2009 minggu hadapannya. Alhamdulillah, kali ini kami sekeluarga berazam untuk memanfaatkan cuti tersebut sebaik mungkin dengan berziarah.

Destinasi yang dituju ialah Rembau selepas semalamnya kami berziarah di sekitar Seremban. Balik ke kampung asal Abah dan Mak mertua. Perjalanan agak lancar cuma apabila tiba di pekan Rembau, jalan agak sesak. Biasalah di masa perayaan ini memang ramai orang balik ke kampung dan berziarah!


Bila di Rembau teringat suasana macam di Johor cuma kampung orang negeri ini ada sedikit unik. Biasanya setiap rumah walaupun di kampung memiliki pagar!


Walau bagaimanapun orang yang paling seronok ialah Nurin Iman dan Nurin Amani kerana salah sebuah rumah yang kami ziarahi itu ialah rumah lama negeri sembilan yang masih di dalam keadaan asal dan mempunyai banyak tingkap.


Tak tahu kenapa kedua-duanya suka tentang rumah tersebut. Mungkin sebab keadaan sekeliling kampung yang tenang atau keunikan rumah lama tersebut....



17 October, 2009

Migrate Xpax Mid Plan to New Xpax Plan

Empat hari yang lepas Aku buat pertukaran plan Xpax Mid yang sedia ada untuk Azza. Plan yang dimaksudkan ialah plan Xpax terbaharu yang memberikan lebih banyak kelebihan berbanding plan Xpax Mid. Terutamanya "15 pax" yang membenarkan sebarang nombor dari semua "telco" untuk didaftarkan dan menikmati kadar panggilan istimewa.

Xpax Mid Plan

Sebenarnya Aku memang agak keliru dengan kepelbagaian plan dari Celcom. Maklumlah terdapat beberapa plan semuanya seperti Blue, UOX, SOX, Xpax Mid. Apa yang membezakan plan tersebut ialah kadar caj panggilan dan kumpulan sasaran. Hmmm pililah untuk plan yang terbaik dengan buat sedikit "research". Pasti ada yang sesuai!

New Xpax Plan

Untuk migrate dari Xpax Mid ke plan terbaharu Xpax, cuma taip Mig Xpax dan hantar ke 28882. Pertukaran plan kali pertama adalah percuma dan pertukaran plan berikutnya akan di caj RM5 untuk setiap pertukaran.

Secara peribadinya Aku memang menjangkakan yang plan terbaharu itu memang murah untuk senarai "15 pax". Maklumlah memang itu pun "Main Selling Point" untuk plan tersebut!" Panggilan selain "15 pax" memang agak mahal berbanding dengan Xpax Mid. Kadar Xpax terbaharu ialah 0.38 sen/minit manakala Xpax Mid ialah 0.35 sen/minit. Walau apa pun ianya masih lebih murah berbanding "Celcom Blue" pada kadar 0.45 sen/seminit!




14 October, 2009

Get no-cost, hassle-free antivirus protection for your home PC

"Microsoft Security Essentials is new security software that helps protect against viruses, spyware, worms, and more. It provides comprehensive, high-quality protection from malicious software, and it works quietly in the background so it never interrupts your work.
The best part is it's easy to download and completely free for customers running a genuine Windows operating system."


Nampaknya pengguna sekarang sudah ada pilihan Anti Virus percuma selain dari AVG Free Edition dan ClamWin Free Anti Virus.

Menurut Microsoft, pengenalan Microsoft Security Essentials tidak bertujuan untuk bersaing dengan Anti Virus komersial yang sedia ada. Sebaliknya ia hanya memfokuskan kepada 50 hingga 60 peratus pengguna Windows yang tidak membeli dan tidak mahu membayar untuk perisian Anti Virus komersial.

Sekurang-kurangnya pengguna tersebut masih mendapat perlindungan hampir sempurna daripada virus, spyware dan malware.

Details - http://www.microsoft.com/Security_Essentials/




09 October, 2009

Persiapan Raya - Part 2

Tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas Azza membuat kuih raya! Kali ini Azza menyediakan 2 jenis kuih iaitu "Corn Flakes" madu/Cokelat dan kerepek pisang! Dalam kesibukan membuat persiapan raya dan menguruskan anak-anak, dia masih berjaya mencari masa untuk menyediakannya :D



Alhamdulillah.. Usahanya ini dapat membantu mengurangkan kos persiapan raya buat kami sekeluarga. Kalau semua nak tunjuk (kuih beli), tak boleh tahan poket nanti!

Nurin Iman juga sangat gembira membantu emaknya menyediakan kuih-kuih tersebut. Bila sudah siap.. "Satu simpan dalam bekas.. dua masuk mulut Nurin Iman!" Kanak-kanaklah katakan..

05 October, 2009

Cerita Kelabu?

Nurin Iman: Abah di TV ada cerita kelabu!
Aku: Errr.. cerita apa Nurin Iman? (Terpinga-pinga sekejap)

Kemudian baru teringat di TV 2 sedang ditayangkan cerita P Ramlee. Ooo itulah cerita kelabu yang dimaksudkan :D

Entah sudah berapa ratus kali ianya disiarkan di kaca tv. Yang pastinya P Ramlee telah berjaya merekrut seorang lagi peminat kecil!




shuffle b004 468x60