17 May, 2009

Satria - New Water Pump & Timing Belt

Hari Jumaat yang lepas Aku ambil cuti setengah hari untuk hantar Satria ke bengkel. Projek kali ini ialah menukar "Water Pump" dan "Timing Belt"! Kali terakhir ditukar kira-kira 3 tahun yang lepas! Aha.. memang dah sampai masa pun cuma mungkin terawal sedikit dari jangkaan. Ikutkan rancangan asal Aku nak buat kedua-duanya pada bulan 6 nanti.

Nampaknya "Water Pump" tu "give up" awal dari jadual! Masa balik dari Seremban tempohari (masa melawat kematian arwah uwan) suhu enjin naik mendadak! Mujur dapat kesan masalah tu (terdapat kesan air menitis dari kawasan water pump setiap kali berhenti) jadi Aku dah bersedia dengan bekas air sepanjang perjalanan. Bila suhu naik agak tinggi terpaksalah berhenti untuk di periksa air dalam radiator. Sepanjang perjalanan mata tertumpu pada jangka suhu di dashboard! Dari Seremban ke JB, 2 kali kami berhenti untuk memeriksa dan menambah air di radiator. Hentian pertama ialah di R&R Air Keroh dan kedua di R&R Pagoh.



MINI b005 468x60

Taklah "serious" sangat sebenarnya cuma sebagai langkah berjaga-jaga! Takut nanti "head" enjin bengkok dan "gasket" terbakar! Kalau dah bengkok "head" tentu kos membaikinya akan menjadi lebih tinggi dan pastinya menjadi lebih rumit.


Terpaksa ambil cuti setengah hari pada Hari Jumaat untuk menyelesaikan masalah ini. Macam biasa Aku ke bengkel biasa berhampiran rumah. Mekanik itu yang "rebuilt" enjin Satria ni 3 tahun yang lepas. Kiranya dia agak faham tentang masalah Satria ni dulu. Diagnosis awal mendapati "Water Pump" itu telah pun bocor! Memang sahlah kena tukar :D

Oleh kerana "Water Pump" dan "Timing Belt" terletak bersebelahan ("Timing Belt" yang menggerakkan "Water Pump" pun!) Aku pun mengambil keputusan untuk menukar kedua-duanya sekali! Senang kerja dan jimat "Workmanship". Kali ini Aku menggunakkan "Water Pump" jenama Aisin - Japan dan "Timing Belt" MMC - Japan (100,000 km), sesuai untuk Satria 1.6 tanpa pengubahsuaian. Kira-kira 3 jam diperlukan untuk kerja-kerja penukaran komponen-komponen tersebut. Nasib agak baik juga, kebetulan pada masa itu memang tiada kenderaan lain yang dibaiki di situ. Lebih kurang pukul 5, Satria telah siap dibaiki. Alhamdulillah selesai satu masalah. Bulan 7 nanti "Road Tax" dan Insurans pula menunggu :D Isk!

13 May, 2009

Kematian

Baru semalam balik dari Seremban, ada kematian. Uwan Azza (sebelah Abah) meninggal dunia pada petang 12/05/2009. Dikebumikan pada malam itu juga selepas Isyak. Kami bergegas dari JB pukul 6:30 petang. Setibanya di sana "talkin" sedang berlangsung. Alhamdulillah segalanya telah pun selamat diuruskan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah buatnya..

12 May, 2009

Bila Nurin Iman Penat!!??

Bila Nurin Iman penat dan malas berjalan, terpaksalah berkongsi "Stroller" dengan Adiknya. Macam-macamlah kerenahnya.. Nasib baiklah adiknya "sporting" kalau tak tentu dia dah mengamuk.


Nak di dukung dah besar, tak larat la. Ni lah pilihan yang ada. Walaupun "Stroller" tu adik yang guna sekarang, dulunya Nurin Iman yang punya. Adik sentiasa dapat barang 2nd hand dari kakaknya.. Kesian kat Adik :D

09 May, 2009

Sekitar Minggu Saham Amanah 2009

21 April yang lepas, Kami sekeluarga tak melepaskan peluang untuk mengunjungi Minggu Saham Amanah 2009 di Plaza Angsana. Kebetulan hari itu memang Aku sedang "MC" sebab sakit kaki (sprained ankle), tetapi menjelang petang bila dah rasa "ok" dan dah boleh berjalan, Aku gagahkan juga ke sana.

Hmmm.. mungkin kami sampai dah petang (agak lewat) lebih kurang pukul 6:30 petang dan banyak aktiviti telah pun tamat. Semua kaunter PNB pun dah "offline" tepat pukul 6:00 petang. Ingatkan sepanjang Minggu Saham Amanah 2009 ni ianya akan dilanjutkan sehingga malam! Haa.. melepaslah untuk menambah pelaburan ASB/ASW, kena pergi hari lain lah nampaknya!



Showcase syarikat-syarikat yang berkaitan dengan PNB memang hebat terutamanya oleh Sime Darby! Penerangan yang lengkap oleh petugas di "booth" tersebut sememangnya amat membantu. Nurin Iman sempat masuk pertandingan mewarna di "booth" Sime Darby.

Cuma yang tak berapa berkenan ialah terlalu ramai agen-agen dari Etiqa dan Maybank yang menggangu pengunjung. Menggangu dengan erti kata menjual produk. Pendekatan "hard selling"! Mana ada orang guna konsep tu sekarang ni untuk jual produk pelaburan? Dan yang kelakarnya ada pulak yang mengambil kesempatan untuk promote produk yang tiada kaitan dengan pelaburan.. Err "Credit Card"! Ciss.. orang lagi nak terminate.. ni siap ada yang "promote" lagi, pulak tu di Minggu Saham Amanah. Ada kaitan ke dengan pelaburan ke?

Kembali kepada asas pelaburan, "meminjam untuk melabur bukan satu tindakan bijak.." Tetapi pada pihak bank, "meminjam untuk melabur adalah tindakan yang amat bijak" :D Nampaknya bank sememangnya beriya-iya menjual produk tersebut.. hmmm bakal pelabur pastinya perlu lebih bijak! :D

08 May, 2009

Jusco Bukit Indah

Kami ke Jusco Bukit Indah tempohari. Sejak ianya di buka memang tak pernah lagi ke sana. Tak jauh dari rumah, lebih kurang 8km. Dah tak tau nak ke mana sebenarnya. Nak pergi tempat yang dekat dengan rumah, kemudian baru teringat Jusco Bukit Indah! Selalunya kami ke Sutera Mall.




Sambil jalan-jalan dan beli pakaian untuk anak-anak. Nurin Iman pun dah tau pilih pakaiannya sendiri! Lagi beberapa tahun adiknya pun sama. Masa tu mungkin Aku akan mula pening kepala :D