15 October, 2007

Raya 2007



Inilah Baju Raya Saya..





13 June, 2007

Happy Birthday Nurin - 3rd

Nurin Iman 3 Tahun!

Inilah kek saya..

Nyummmmmmm...







16 April, 2007

Pikom PC Fair - (13-15/04/2007) City Square, JB

PC Fair nih kira event setiap tahun yang Aku pegi.. cuma kali nih pegi hari terakhir belah malam..orang pun dah tak ramai. Senang nak carik parking kereta. Follow PC Fair sejak zaman aku kat UKM lagi..first edition kat PWTC sampai la sekarang nih.. Kalau dulu2 masa kat U..pegi PC Fair naik komuter.. pas tue balik beli printer..mak aiii siksa woo pikul printer naik komuter..



Nurin dan emaknya dipaksa ke PC Fair.. tapi bila sampai sana aku suruh diaorang pegi McDonalds, beli happy meals untuk mengelakkan boring sebab tunggu aku round2 dan belek latest gadget yang ada kat situ ..hehe




Yummmmmmmmmm..........................................



Bila ada event IT macam nih baru la tau ramai warga JB yang gila IT. Tapi bila hari biasa IT mall kat Landmark tue sunyi sepi.




Apa yang murah? Hmmm... rasanya LCD Screen & Memory card kot yang lelain biasa jer aku tengok.

11 April, 2007

Zoo Negara..

Hmmm.. Janji dengan Nurin nak ke Zoo memang dah lama.. tapi disebabkan terlalu sibuk dengan kerja terpaksalah ditangguhkan. Kebetulan pada bulan Mac yang lalu ada majlis perkahwinan anak pakcik sebelah Orang rumah (di Wangsa Maju). Kami pun mengambil keputusan untuk ke Zoo Negara selepas balik dari menghadiri majlis tersebut.. Kali terakhir ke Zoo Negara ialah pada tahun 1988. Err masa Tingkatan 2!!!


Walaupun dah lama tak ke sana, tak banyak perubahan yang berlaku. Apa yang pasti, Nurin sangat "excited" apabila sampai di sana. Tiket masuk RM15 untuk dewasa, RM6 untuk kanak-kanak. Bawah usia 3 tahun FOC.



***"Lepas nih nak pegi mana Abah?"





***"Bear!! Bear!!"



***"Cipan/Tapir"



***"Emak yang ini apa?"




03 November, 2006

Pandai..

Haaa.. sekarang Nurin dah pandai cakap.. "Jelas & tak pelat" cuma kadang-kadang susun atur ayat masih tunggang langgang. Satu lagi.. dia dah pandai melawan, kalau ada orang kacau dia..dia akan balas balik.